hehe

Tuesday, May 31, 2011

Budaya Yang Merugikan Kita

Aku rase dulu aku pernah tulis pasal budaya Melayu yang merugikan kita kot.
Tapi aku memang selalu lupa benda yang aku pernah cakap.
jadi, aku tulis la lagi sekali.
haha.

................

Orang Melayu cakap berlapik.

"ada minuman bir halal yang dikeluarkan oleh satu kilang di asia barat, yang di pasarkan oleh seorang warga asing didapati mengandungi alkohol lebih daripada paras yang dibenarkan," lapor sebuah agensi kerajaan yang telah melakukan kajian di ibu kota, baru-baru ini.

Boleh tak kau sembur je jenama apa, keluaran mana???!!!!

Orang Melayu memang suka spekulasi.
maka, rugi besarlah peniaga-peniaga Melayu yang menjual air malta HALAL yang juga boleh didapati di masjidil haram ini.

.................

kalau video Anwar Ibrahim tu kau tayang satu dunia!
Tuih!

Thursday, May 5, 2011

Aku Naik Saksi: Wallahi, Wabillahi, Watallahi

**respon kepada tuntutan yang tidak mahukan sumpah laknat, tidak cukup dengan video dan hanya menuntut kepada 4 orang saksi.



zaman dahulu kala, banyak pelukis handalan.
melukis untuk merakam memori.

lukisan ada terlalu banyak kelemahannya.
sukar untuk kita lukis 100% sebijik macam realiti.
dan tidak semua reti melukis dengan baik.

.................

zaman sekarang sudah ada jurugambar atau photographer.
dari filem, beralih ke format digital.
yang boleh disalin tanpa limitasi.
boleh juga diubahsuai ikut suka hati;
juga tanpa limitasi.

boleh juga diterjemahkan ke pelbagai sudut berbeza.
mengikut mata jurugambar.
bergantung juga pada mata yang melihatnya.
A picture speaks a thousand words.
itu kelemahannya.

.................

zaman sekarang juga ada perakam video atau videographer.
ada yang besar, untuk wayang gambar.
yang kecil untuk majlis peribadi.
yang tersembunyi pula untuk adegan sendiri.

ya.
masih boleh disunting.
cuma mustahil untuk aksi dan posisi tertentu.

..................

zaman dahulu.
sebelum ada alat untuk melukis.
sebelum tercipta kamera filem atau digital.
jauhhhhh sebelum terfikirnya perakam video.

bagaimana manusia merakam/merekod sesuatu perkara?
sesuatu perkara yang perlu ada bukti, atau dihukum mati?

ya.
dengan mengemukakan 4 orang saksi.

..................

relevenkah kaedah ini, pada keadaan sekarang ini?
ketika zaman manusia sanggup buat apa sahaja?
bagaimana jika keempat-empat saksi ini bersubahat sama?
.
.
.
.
tidak cukupkah dengan video lengkap dan jelas itu?
bukan lagi 4 orang saksi.
tapi tidak kurang daripada 4 juta yang menyaksi.
.
.
.
.
bukankah Islam sebuah agama yang selari dengan peredaran zaman?