hehe

Tuesday, November 29, 2011

POLITIK JIJIK BARISAN NASIONAL

Pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional, bakal-bakal pengundi barisan nasional dan penjilat-penjilat buntot ahli politik Barisan Nasional sekalian.

Korang nak sangat suara anak muda didengari kan? hah, ini suara aku, seorang anak muda berusia 23 tahun, yang baru sedar tentang kejijikan method politik Barisan Nasional, seusai Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011 tadi.

Ya, aku tewas peringkat akhir tadi. tapi itu bukan sebabnya. bukan aku tak pernah merasa kekalahan lagi hina daripada ini.

Aku bukan cyber trooper upahan Pakatan Rakyat. Bukan juga peminat mereka. Seluruh keturunan aku adalah penyokong tegar Barisan Nasional. Malah aku sendiri pernah dilamun cinta Barisan Nasional.

...................................

kita tolak tepi penganjuran macam sampah oleh Unit Pidato Pemuda BN.

tapi kita perlu lihat bagaimana sistem politik yang diamalkan Barisan Nasional puluhan tahun lamanya dalam (aku percaya) SEMUA acara/program yang dianjurkan mereka, berfungsi.

1. Pemuda BN punyalah memandang hina anak muda, bila nampak sangat cuba menggunakan 2 orang perempuan gedik nak mampos menjadi pengacara majlis. cakap pun tak betul, tergelak sana, tergelak sini,  terjerit sana, terpekik sini. kononnya, orang muda kalau tengok perempuan cantik (boleh la) akan lebih tertarik dengan program ini. Akibat terlalu gedik, mereka mengajak audience untuk menyanyi2 pada waktu maghrib. Tapi selamatlah ada orang lain yang tegur (floor manager dari ASTRO).

2. Tektik menggunakan betina gedik digunakan sekali lagi ketika persembahan selingan. Tiba-tiba, dalam pertandingan PIDATO POLITIK, persembahan selingannya adalah nyanyian goyang2 ponggong, pegang2 tangan oleh 2 orang wanita berseluar ketat (yang kemudian mengaku sebagai artis) sambil disambut jeritan "kocak!! kocak!!" (lancap!! lancap!!) oleh hadirin berbaju biru dan putih merah.

3. tak pernah dibuat dalam satu majlis, 2 kali lagu Negaraku dinyanyikan bersama. Satu untuk menyambut ketibaan Timbalan Ketua Pemuda BN dan sekali lagi ketika ketibaan KJ. Urusetia keliru nak kipas timbalan atau ketua pemuda.

4. Penonton disuruh bertepuk tangan, duduk rapat-rapat penuhkan kerusi supaya nampak cantik dalam gambar dan rakaman video nanti. sampai ada peserta yang dah turun pentas, kena naik balik dan berlakon menuruni anak tangga sambil mendapat tepukan. video ini akan dipersembahkan kepada DS Najib dan DS Najib akan berasa kagum dengan Pemuda BN. KJ dapat nama, sambil balaci-balacinya tersengih2 mengutip t-shirt2 percuma sebagai kenangan. Dasar dan tindakan kerajaan juga akan dibuat hasil daripada kajian maklumat2 rekaan syok sendiri ini. tu sebab tak berkesan!!

5. Masih banyak kerusi kosong. Lantas, cadangan bijak penganjur ialah dengan meletakkan pelajar-pelajar sekolah yang tak tahu apa, mat-mat rempit berbaju melayu putih bersamping UMNO (dilondehkan sampai paras punggung konon stylo) sebagai penonton. mereka bukan penggemar pidato, apatah lagi PIDATO POLITIK. lalu mereka bersembang, keluar masuk dewan (yang kecik nak mampos), main hp, bukak fb, sampai peserta terganggu. dengan umpan, cabutan bertuah!

6. Kau gagap macam mana pun, tak fasih bahasa Melayu pun, cakap apa orang tak paham, tapi kau masih boleh masuk final DAN MENANG asalkan kau cina. sebab kuota peserta Cina perlu dipenuhi. inikan pemuda BN yang mendokong 1Malaysia. (Walaupun salah satu drp 8 nilai utama 1Malaysia adalah MERITOKRASI!!)

7. Peserta tak perlu huraikan isi pidato sangat. cukup sekadar buat lawak bodoh, terpekik terlolong, maki hamun PAS, PKR, DAP, Anwar Al-Juburi, Nik Ajis, Karpal Singh dan mendapat teriakan/sorokan penonton sudah cukup melayakkan diri kita sebagai pemenang. Soalan pusingan spontan pun TAK PERLU JAWAB! gunakan sahaja alasan tak cukup masa nak jawab dan bila penonton ketawa terbahak2 sebab kebodohan jawapan kau, maka kaulah bakat yang dicari oleh BN! Unit Pidato BN mengembara seluruh negara mencari bakat seperti kau, sebagai badut politik BN.

8. Mula-mula kata peserta final hanya 10 orang. tapi tiba-tiba, secara senyap-senyap ada dua peserta yang sudah kalah di semi-final, di masukkan pada peringkat final. mungkin sebab beliau ada FAN CLUB SENDIRI (ye, peserta itu ada fan club) maka akan NAMPAK meriahlah acara nanti. atau adakah mereka ini bakal bertanding di bahagian masing2? nanti adalah benda nak buat orang kampong kagum.

.......................................

Wahai ahli politik BN, tukarlah cara.
aku sebagai orang muda, LOYA dengan cara salam cium tangan, tepuk terpaksa, terpekik2 "1Malaysia" (sambil diberi arahan jari telunjuk PERLU diangkat paras bahu) dan "hidup BN!" itu.

Kalau dah terdesak sangat pun, janganlah NAMPAK sangat nak gunakan ARTIS dan PEREMPUAN untuk tarik minat anak muda. 

Buatlah sesuatu acara dan program itu dengan seikhlas hati. dengan niat betul2 mahu menaikkan nama BN di HATI RAKYAT, BUKAN DI HATI BOS KAU UNTUK KAU NAIK PANGKAT atau jadi calon bahgian!!!!!

Akurlah kepada realiti. 
Kenapa korang lebih rela memalsukan tepukan, daripada menganjurkan satu acara yang MENDAPAT TEPUKAN GEMURUH, IKHLAS daripada orang ramai???

Jujur aku bagitahu, banyak idea2 baru yang dibawakan oleh BN (pemuda) yang bagi aku sangat bagus dan fresh. rupa-rupanya, idea sahaja fresh, tapi pendekatan sudah lama BASI!!

.......................................

hhmmm..tak tahulah.
aku betul2 kecewa dengan BN.
baru aku tahu, macam ini rupanya kehidupan ahli politik dan politician wannabe.

BN sudah hilang seorang anak muda, tukang kempen kedai mamak (dan facebook, blog) percuma mereka atas kebodohan Pidato Politik anjuran kepala taik Pemuda BN.

Cukuplah dengan 3 acara mereka aku sertai.
Muntah hijau aku bila fikirkan.
pemimpin angkuh, bongkak, takbur, bodoh.
pengikut bahalol, penjilat, bacul, barua org melayu!
Korang sertai, ikut dahulu, barulah korang akan FAHAM.

"tell me, and i will forget.
Show me, and i will remember.
Involve me, and i will UNDERSTAND!!!"

.......................................

BN pilihan orang muda konooonnnnnn!!!!
Tuuiiihhhhh!!!!

aku akan berkempen untuk generasi sezaman aku untuk menolak mentah2 BN.
moga kalah PRU nanti.
supaya mereka belajar sesuatu,
the hardest way.