hehe

Friday, March 30, 2012

Kesalahan Tun Mahathir

Tun M adalah idola aku.
Pemikiran Tun M aku kaji sampai sekarang.

...........................

Setiap dasar yang dibuat oleh pemimpin takkan boleh jadi tepat kepada semua manusia.
akan adanya kesilapan di mana-mana.
Tun M bertuah sebab dalam tempoh masa lebih 20 tahun, beliau berkesempatan memperbaiki kelemahan, menampal lubang dan mengikis daki-daki yang terdapat dalam setiap dasar yang beliau perkenalkan.
Akhirnya, dasar-dasar beliau diterima majoriti masyarakat Malaysia dan kesannya dapat dinikmati hingga ke hari ini.
Air tangannya masih ditagih walau sudah turun takhta.

...........................

PPSMI adalah satu dasar yang diilhamkan oleh Tun M.
Namun, tak berapa lama selepas itu Tun M telah meletakkan jawatan sebagai PM.
Maka, tak sempatlah beliau untuk menampal lubang-lubang dalam dasarnya ini.

Sampai hari ini, halatuju, hidden-agenda dan kebaikkan PPSMI masih samar-samar untuk majoriti rakyat Malaysia.

Ini bukan cara Tun M, setahu aku.
Dan PPSMI terus menjadi kesalahan terbesar yang pernah dilakukan oleh Tun M;
Kepada bangsa Malaysia.

.............................

Sistem pendidikan kita yang lama banyak hidden-agenda.
Hidden-agenda yang baik sebenarnya untuk pembentukan sebuah bangsa Malaysia.

Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu yang digunakan oleh semua pelajar puluhan tahun lamanya dan dengan bahasa ilmu itulah yang telah melahirkan puluhan ribu profesional berbilang bangsa di Malaysia.
Profesional berbilang bangsa yang tidak kekok berbahasa Melayu dan fasih berbahasa Inggeris juga.

Bahasa ilmu itu jugalah yang telah sedikit sebanyak mengingatkan bangsa cina dan india, tentang bumi mana yang sedang mereka diami dengan amannya.
Sampaikan makin ramai cina dan india sudah tidak lagi berbahasa kantonis dan tamil.

Kerana mereka sedar, untuk menjadi profesional, mereka perlulah cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Matematik. subjek ini pula diajar dan perlu dikuasai dalam bahasa Melayu.
Mahu tak mahu, mereka perlu fasih dahulu bahasa Melayu.

Kerana mereka juga sedar, bahasa kebangsaan mereka adalah bahasa Melayu.

Sebab mereka bukan lagi warganegara China atau India.
Matlamat pembentukan negara Bangsa Malaysia, sudah hampir-hampir tercapai.

.............................

Tapi, bila Tun M meragut rangkulan bahasa Melayu daripada subjek Matematik dan Sains, bangsa cina dan india mula membuka mata.
Mereka sedar ada pilihan yang lebih baik untuk mereka.
Bahasa ibunda mereka selamat.
Sekolah jenis kebangsaan mereka selamat.

Bahasa Melayu tidak lagi penting buat mereka.
Daripada bahasa ilmu, Bahasa Melayu jadi cukup sekadar subjek wajib lulus.

Lama-kelamaan, rangkulan Bahasa Melayu dilepaskan perlahan-lahan oleh bangsa cina dan india.
Maka, terjelepuklah bahasa Melayu itu tidak lagi dipedulikan.

Tinggallah bahasa Melayu yang hanya dipapah oleh A. Samad Said.

Dan seluruh masyarakat Malaysia telah perlahan-lahan melangkah kembali kebelakang, meninggalkan matlamat pembentukan negara bangsa Malaysia.


..............................

Bahasa jiwa bangsa.

Kalau bahasa Inggeris yang digunakan, Inggerislah orangnya.
Kalau bahasa cina, cinalah jiwanya.
Kalau Tamil, indialah caranya.





Thursday, March 29, 2012

Test Market

Masih adakah lagi pembaca cucunenekkebayan?

Tuesday, March 6, 2012

Pilihanraya: Pilihan saya (bahagian 2)

Seorang kawan biasa saya ada mengatakan bahawa sesuatu yang ada perkataan "raya" ni sangat besar maknanya dan sangat penting peranannya.

kalau yang kecil, kita panggil jalan.
yang besar kita panggil jalan raya.

yang kecil kita panggil pasar.
yang besar, pasar raya.

hari biasa kita panggil hari sahaja.
yang besar dan penting bagi kita, kita panggil hari raya.

hantu pun, kita panggil hantu raya.

bunga yang penting bagi negara kita; bunga raya.

maka, begitu jugalah dengan pilihan dalam hidup kita.
pilihan yang menentukan masa depan agama, bangsa dan negara kita dan generasi seterusnya.
pilihan sebesar dan sepenting ini kita panggil sebagai PILIHAN-RAYA.

....................

anda diberikan pilihan untuk memilih.
satu itu tahi anjing.
satu lagi tahi kucing.

anda pilih salah satu, anda masih dapat tahi.
najis. busuk. tak berguna.

dan kemudian anda semua terus-terusan mengutuk, menghina, memakihamun pilihan yang ANDA SENDIRI PILIH.

ya, anda sendiri yang pilih.
dan, ya.
anda yang telah memilih tahi.

....................

mengapakah anda hanya perlu memilih antara tahi anjing dan tahi kucing?
tiadakah pilihan lain yang lebih baik?

atau....
anda boleh memilih untuk tidak memilih mana-mana kerana kedua-duanya tahi?
tahi yang najis, busuk dan tidak berguna.