hehe

Tuesday, June 7, 2011

Ahli Melayu.

aku dah semakin bosan dengan perangai orang Melayu.
baik ahli politiknya, ahli perniagaannya, mahupun pekerja kerajaannya.

................

ahli politik Melayu masih sama walau orang Melayu makin lama makin hilang ditelan tanah sendiri.
masih guna teknik "offer projek" untuk dapat undi, untuk dapat betina, untuk wang mahupun untuk dapat jantan (walaupun ahli politik itu jantan juga).
walaupun itu hanya projek reka-reka sahaja.
masih guna teknik kutuk sana, fitnah sini, kerja untuk anak bini sendiri.
orang lain ni hanya untuk dapat undi.
masih gunakan agama untuk raih populariti, walaupun malam-malam teguk todi.
masih berlakon alim ulama, guna hadis dan ayat suci, untuk nampak membela agama.
padahal ikut sahaja telunjuk DAP, MCA dan Lee Kwan Yew.

.................

yang berniaga pun sama.
sembang nak tolong bangsa, tapi yang nampak perut sendiri sahaja.
kalau nak tolong pun, kita kena jadi hamba abdi dia.
konon rezeki turun dari dia, bukan dari tuhan kita.

nak dapat projek, masih kena bagi duit, hadiah, wanita dan lelaki (bagi yang songsang).
walaupun kita paling miskin dalam Malaysia.

..................

apa kelebihannya bila ramai orang kita dalam kerajaan?
tiada.

angkat telefon pun nak tak nak sahaja.
macam la kerja bertimbun tak boleh layan kita seminit dua.
kurang ajar tu usah cakap la.
yela, kita bukan bergelar Dato' Seri atau orang-orang kaya.
kerja macam mana pun, takkan kena buang punya.

..................

kita yang biasa-biasa ni boleh ubah mereka yang di atas ni sebenarnya.
kalau kerajaan salah, kita balun betul-betul.
jangan takut kalau dia tu ahli politik ke, pengarah ke, ketua jabatan ke.
dia bukan boleh buat apa.
undi ditangan kita.
tambah lagi yang bernafsu binatang, mintak rasuah ke, mintak betina ke, mintak jantan ke (yang songsang).
jangan ingat ada jawatan tu, boleh buat suka hati sahaja.

.....................

yang pembangkang pula, jangan la tak boleh ditegur.
konon sebab mereka ini golongan ulama.
pewaris nabi.
tak undi masuk neraka.

jangan takut, itu semua dusta.
kalau benar mereka ulama, takkan jadi ahli politik punya.
apatah lagi ahli politik di Malaysia.

.....................

ingat, kita sudah lama merdeka.
tapi kita tak jauh beza dengan dahulu kala.
sebab kepala otak masih sama dari zaman purba!