hehe

Wednesday, September 28, 2011

Mudahnya Malaysia

Ya Allah Ya Tuhanku.
Turunkanlah bala ke atas bumi Malaysia ini.
Agar rakyatnya sedar, tidak angkuh, rajin dan mensyukuri nikmatMu.

Terbinanya negara ini begitu mudah tanpa jerih peluh dan titis darah.

Yang bulat membesar
Yang sepet membulat
Yang lembut bercabang
Yang penyet meninggi 

Lumrah hambaMu Ya Allah
Kami lupa bila selesa
Kamilah yang hina bila terkena

Turunkanlah AbabilMu.

 Amin.

Monday, September 26, 2011

Teksi 1Malaysia

Disebabkan aku tak berkesempatan untuk renew road-tax lagi,
beberapa hari ni aku terpaksa menaiki teksi.

Selain daripada hakikat masih banyak teksi tidak mahu menggunakan meter dan sengaja menggunakan laluan yang jauh,
aku tertarik dengan peranan pemandu teksi terhadap perkembangan politik/sosial Malaysia. 

...........................

Pemandu teksi pertama merungut banyak ketidakadilan dalam ekonomi bumiputra vs bukan bumiputra. nampaknya masih ramai yang tidak faham maksud "keadilan" itu sendiri. mereka mahukan keadaan "sama-rata".

pakcik india ini juga mengajak aku untuk berfikir yang tuhan Alla itu tidak wujud.
"u baca bismillah semua. tuhan Alla ada kalu, apa dia tak boleh kasi diffuse itu bom ka? apa dia tarak nampak ka itu bom dalam masjid??" 

"kenapa tuhan Alla biar saja u all muslim mati kena itu bom??"

...........................

Aku mahu ke PWTC untuk ke pejabat pos dan makan tengah hari pula.
Berat benar pakcik teksi berkopiah putih ini nak hantar ke sana. "ko ni orang UMNO la?" tanya beliau pantas.

"UMNO korup"

"rosmah bomoh"

"najib pembunuh"

"mahathir laknat"

"hakim, polis, ahli BN penipu"

"penyokong BN murtad, kafir, masuk neraka"

balas pakcik itu tanpa henti sebaik sahaja aku menjawab "tidak" kepada soalan pertamanya.

cakapnya laju.

pandunya begitu perlahan.

memaksa aku mendengar ceramah bergerak beliau, tanpa boleh aku meninggalkan kerusi.

............................

jangan diabai golongan ini.