hehe

Monday, April 1, 2013

Check And Balance

Lewat kebelakangan ini, ramai yang konfius dengan pegangan politik aku.
Ada yang menggelarkan aku sebagai 'lalang'.

...................

Jangan kita keliru.
Pegangan politik jauh sekali nak disamakan dengan pegangan agama.

Condong ditiup angin politik itu memang sewajarnya.
Itu resmi berpolitik.
Mereka (politikus) akan cakap/buat macam-macam untuk memastikan kita terlentok ke arah parti yang diwakili mereka.
Adalah normal bagi kita untuk cenderung kepada mana-mana penawaran yang dikira memenuhi selera, bertepatan kehendak dan selari dengan keadaan semasa.
Yang penting kita suka.

Kalau dibuat dalam beragama, kita wajib mati direjam.
Ini berpolitik.
Mereka paling tinggi jawatannya pun tetap manusia.
Bukannya tuhan yang disembah.
Hatta mereka alim ulama.

....................

Ini zaman baharu.
Zaman 'action speaks louder than words'.
Zaman dulu-dulu baru merdeka, orang kita takut nak memimpin dan dipimpin orang sendiri lagi.
Juga masih terlalu awal kita nak tentukan parti A atau B yang layak mentadbir.
Logiklah kita terus condong, lentok dan meleleh (basah merembes) hanya dengan hamburan angin dari tiupan mulut politikus-politikus sahaja.

Sekarang sudah lebih separuh abad.
Maklumat hujung jari.
Realiti depan mata.


Dulu zaman nenek moyang kita.
Kini kita juga sudah dewasa.
Mungkin kita sendiri pernah ditipu oleh politikus.
Atau kita sendiri pernah merasai ketidakadilan politikus.
Atau kita sudah punya otak sendiri?

Perlukah kita condong ke arah A hanya kerana nenek moyang kita pernah/masih melukut di situ?
Perlukah kita condong ke arah B hanya kerana kita risaukan masa depan anak cucu kita nanti?

Nenek moyang kita pernah diberi pilihan, kita perlu diberi kebebasan memilih juga.
Juga anak dan cucu kita.

......................

Kita pilih mana yang sesuai.
Sekarang ini adalah zaman dan model politik terbaik untuk Malaysia.
Walaupun matlamat tidak menghalalkan cara, tapi sekarang adalah yang terbaik.

Dulu, kerajaan kurang memandang masalah akar umbi.
PR datang dengan pelbagai manifesto populis macam harga kereta, ptptn, harga minyak, harga rumah, kontrak kerajaan, air dan banyak lagi yang jika tidak diselesaikan akan membawa imej buruk kepada kerajaan BN.
Maka, BN selesaikan.
Paling tidak pun, diambil tindakan sewajarnya.
Keuntungan, kepada rakyat juga.

Sebab apa kerajaan BN ambil pusing desakan-desakan PR?
Sebab sekarang ini suara PR sudah besar.
Mereka inilah "check and balance" kepada kerajaan BN.

Jadi, undi kepada PR juga bagus untuk meneruskan kelangsungan aktiviti "check and balance" ini.

........................

Janganlah kita terlalu mengharapkan sebuah negara yang ideal, suci, murni dan indah-indah macam disyurga.
Sebab rakyat dan pemimpinnya bukan malaikat, bukan juga para nabi dan sahabat.

Pangkah dan pasrah.









Thursday, January 24, 2013

Tujuh Tahun Dulu


Macam baru semalam
Saat tanganmu menadah doa
Saat itu jarum waktu bagai terhenti.

Aku dan mataku ralit memerhati
Tak sabar kuteroka hati,
Berhati-hati.

.............

Ada hati yang kita lukai
Ada pokok kutebang, tumbang
Ada bunga kauracun, layu
Ampun.

……….

Lama juga Tuhan pisahkan kita
Tapi aku tak pernah lupa.

Kemudian Tuhan temukan kita semula
Rupanya kau juga tak pernah lupa.

………..

Makin hari makin dalam rasa hati
Tujuh tahun dulu masih rasa panasnya
Ini pasti,
Sejati.

Moga Allah berkati
Rapatkan roh dan jasad kami
Dipisahkan hanya bila mati

Moga cinta 7 tahun dulu
Sampai langit 7 lapisan tembusnya
Sampai dikenang 7 keturunan kisahnya.

…………

7 hari lagi.








Mahasiswa Hari Ini : Tangan Kiri, Tangki Tahi

mahasiswa hari ini
masih sama macam dulu
macam aku
dan yang lain yg tak sebulu.

yang paling dipandang hebat adalah
yang paling 'berani' 'bersuara'
yang paling lantang 'mengkritik'
yang paling menentang 'haluan dan peraturan'
yang jadi tangan kiri.

bukan susah nak dikenali dan diangkat 'wira' generasi baru
turunkan bendera orang
mengamuk di forum orang
sembang dengan 'nada keislaman'.

kau ingat segulung ijazah yang BAKAL diperoleh itu
lambang segulung lembaran ilmu
walaupun belajar sastera di Malaysia,
ilmu politik, ekonomi Cuba dan Argentina fasih digunanya.

bila popular,
jadi alat, catur, tangki tahi ahlul politik negara
semuanya bukan sebab kau bijak
tapi sebab golongan ini paling mudah dipijak.

bersuaralah
berbincanglah
berilah cadangan
berilah ulasan
tapi jangan ingat kau seorang sahaja dalam dunia ini ada ilmu
dan jangan ingat dalam dunia ni kau seorang ada masalah..
kucing, anjing, ikan jaws dan burung juga ada masalah.

eh.
arrkk..arrrkkk...aaarrrkkk

buat adik-adik dan rakan seusia yang masih belajar,
belajarlah dahulu.
dunia universiti itu masih terlalu kecil,
sekecil akalmu.

sabar.
masa kau akan tiba.




Wednesday, October 24, 2012

Bisnes Modal Air Liur

Ahli politik dengan ahli perniagaan saling memerlukan.

Ahli politik memerlukan ahli perniagaan untuk "fund" political activities mereka.
Ahli politik juga memerlukan mereka ini sebagai benchmark "keberkesanan pembangunan ekonomi masyarakat" yang dibawa oleh ideologi parti politik masing-masing.

Ahli perniagaan pula memerlukan ahli politik kerana mereka adalah penggubal dasar.
Ahli perniagaan merebut peluang ekonomi yang dibuka oleh penggubal-penggubal dasar ini.
Ahli politik akan "membantu" ahli perniagaan yang dilihat dapat memberikan pulangan kepada political milage mereka.

Bagi aku, ini satu hubungan yang sihat dan adil.
Dengan syarat, kedua-duanya (ahli politik dan ahli perniagaan) ini benar-benar genuine dan reliable.

We are not talking about rasuah/salahguna kuasa dan sebagainya.

................................

Nurul Izzah bodoh.

Ramai juga melayu kita yang bodoh mengikut ahli-politik-nasib ni kerana mempertikaikan hutang korporat milik SYARIKAT-SYARIKAT Tan Sri Syed Mokhtar yang berjumlah hampir RM36billion ini.

Pertamanya, itu bukan hutang SATU syarikat. Syed Mokhtar ada berpuluh-puluh syarikat.

Kedua, nature of business SYARIKAT-SYARIKAT beliau bukanlah menjual cekodok pisang atau kacang putih atau putumayam atas motor di pasar.

Ketiga, hutang syarikat tak sama macam bapak kau hutang ceti haram boleh main mintak berapa banyak bapak kau perlukan untuk membayar pelacur cina dan gayboy-gayboy peliharaannya. Bank akan kaji kemampuan bisnes kau dahulu sedalam-dalamnya sebelum meluluskan pinjaman. Adalah amat mengkagumkan kalau syarikat beliau mempu berhutang sebanyak RM36billion! itu menunjukkan prestasi kewangan syarikat beliau adalah AMAT MEMBERANGSANGKAN!

Keempat, syarikat-syarikat beliau BUKANLAH syarikat milik kerajaan atau GLC yang boleh senang-senang abah kau nak tengok akaun bank dan senarai hutang-hutangnya. Ia ibarat suruh Anwar Ibrahim menunjukkan kemaluannya di youtube! (eh, tu senang. dah pernah tgk)

..............................

Nurul Izzah bodoh, begitu juga pengikutnya.

Kaji balik, bila dan siapa yang memulakan serangan ke atas Tan Sri Syed Mokhtar ini.

Ia bermula apabila beliau menyatakan hasrat untuk mengambil alih pelabuhan pulau pinang yang selama ini kerugian. di ulang, YANG SELAMA INI KERUGIAN walaupun di bawah kawalan taikun-taikun cina yang konon hebat berniaga ini.

Hinggakan cina-cina ini DENGAN SOKONGAN CM PULAU PINANG menubuhkan satu konsortium untuk melawan pembelian hak pengurusan pelabuhan ini.

Namun, bila dah terbukti Syed Mokhtar, seorang Melayu mampu daripada segala aspek untuk mengambil alih pelabuhan ini, meraka mati akal dan menggunakan cara serangan paling primitif iaitu menyerang Syed Mokhtar secara peribadi.

Syed Mokhtar kroni la..
Syed Mokhtar berhutang banyak laa..
Syed Mokhtar dilindungi UMNO laaaaa...

..............................

Paling bebal adalah mereka yang menyokong gabungan cina-cina ni.
Ketuanya, Nurul Izzah Guru Tadika ni.

Apa salahnya tengok orang Melayu kaya?
Tak cukup ke sumbangan beliau kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara?

Kalau cina dapat projek berbilion-bilion ringgit, takpe pulak?
Mereka bukan kroni DAP?
Sebab mereka memang bijak berniaga?

Puihhh!!!

............................

Nurul Izzah, apa kau tahu selain ceramah politik bawah khemah tu?
Kau pernah ada perniagaan sendiri?

Melayu kaya,  kroni.
Cina kaya, azali.
Ni siapa yang jenamakan melayu macam ni?
Mestilah DAP komunis anti-melayu tu, dan melayu bahalol macam Nurul Izzah dan pengikutnya sokong.

Baca buku-buku tulisan Donald Trump.
Berapa bilion pulak hutang dia?
Macam mana rapatnya dia dengan pemimpin-pemimpin US?

Baca buku biografi Steve Jobs.
Macam mana rapat dia dengan presiden US dan pemimpin politik di US?

Sekarang ni pun, Mark Zuckerberg pun begitu rapat dengan Barack Obama.

Apa kalau kau ahli perniagaan, kau tak boleh rapat dengan pemimpin politik?
Cuma gayboy boleh rapat dengan bapak kau??

.............................

Dalam bisnes, hutang mampu bayar adalah perkara biasa.
Hutang oleh syarikat juga sangat diperlukan oleh institusi perbankan kerana disitulah punca pendapatan bank-bank.

Dalam politik, hanya berhutang janji.
Modal cuma air liur dan kisah simpati seks songsang bapak.



Thursday, July 19, 2012

GEMPAR: Azwan Ali Kini Bertudung!

Di Universiti Malaya, ada Akademi Pengajian Islam (API).
Pelajar API diberikan pilihan untuk majoring dalam subjek sains di Fakulti Sains.
Maknanya, mereka akan belajar Kimia dan Usuluddin (contoh) dalam satu masa.

Diceritakanlah kepada aku oleh seorang sahabat, bila pensyarah bertanya kepada salah seorang daripada pelajar API apakah cita-cita beliau bila tamat pengajian, lantas dengan penuh berhemah, pelajar solehah itupun menjawab:
"Saya ingin menjadi Saintis Islam,"

Dijawab pula dengan sinis oleh pensyarah tersebut:
"Habis, saya bukan saintis Islam?"

...............................

PAS dan pengikutnya dahulu begitu bencikan artis-artis.
Artis-artis diibaratkan sebagai syaitan yang mengajak manusia melakukan kemungkaran.
Aritis-artis ini hanya digilai oleh orang UMNO sahaja.

Namun, bila ada segelintir artis yang kini berserban, berjanggut dan bertudung, terus disambar mereka.
Artis-artis ini terus diusung ke mereta tempat untuk memberikan kuliah agama.
Kuliah artis-artis yang baru mendapat hidayah ini lebih valid kenyataannya berbanding mufti Perak.

Sebab apa?
Sebab motto perjuangan mereka adalah "perubahan".
Perubahan seorang artis itulah simboliknya.

Tapi, adakah PAS yang memberi hidayah kepada umat Islam?
Kempen poltik PASkah yang mendetikkan hati seorang manusia untuk kembali mengenal Tuhannya semenjak lahir?

..................................

Artis-artis ini juga bila mahu bertudung, akan merujuk Tok Guru Imam Besar Khalifah Nik Aziz.
Ketua Pemberi Hidayah sekalian umat Islam seluruh Malaysia.

Yang peliknya, adakah hidayah datang sama dengan Borang Keahlian PAS?

Yang peliknya, kenapa yang dirujuk adalah ulama politik?

Perlukah sinar hidayah anda mendapat publisiti macam Tayangan Perdana Filem Syukur 21?

Musykil.

..................................

Abby Abadi, anda bertudung baru sahaja berapa bulan.
Sudah layakkah anda menghina orang lain yang masih belum menemui hidayah?
Lupakah adegan-adegan drama atas katil, laga-laga hidung, pegang-pegang tangan anda?

Apa pula kaitan hidayah bertudung anda dengan Perhimpunan Mansuh ISA?
Lakonan drama atas pentas politik sesudah tidak laku di kaca TV?

Hijrah anda untuk agama atau untuk politik?

Atau masih untuk publisiti?

...................................

Cukuplah.
Hentikanlah wayang agama untuk politik anda semua.

Perjuangan agama dengan mata pedang.
Bukan dengan mata pena;
untuk pangkah bulan atas kertas undi!

Thursday, July 5, 2012

Misteri Kubur Bertingkat

Dulu waktu aku pergi Singapura, orang sana bagitahu aku yang mayat ditanam bertingkat-tingkat.
Maknanya, dalam satu lubang kubur, ada berlapis-lapis mayat.
Lubang kubur dah jadi macam rumah flat.
Macam "Strata title".

haha.

...............................

Petroleum  adalah satu sumber yang tidak boleh diperbaharui .
Sumbernya sangat terhad dan boleh habis pada masa tertentu.
Sebab itu kerajaan berkuasa penuh mengawal pengeluaran dan harga minyak di sesebuah negara.


Tanah juga sama sebenarnya.
Boleh ditambah (macam Singapura) tapi sangat tidak praktikal, secara ekonominya.
Apatah lagi tanah yang sesuai untuk didiami manusia.
Sangat terhad keluasannya.

Di atas tanah yang terhad inilah terbinanya rumah-rumah untuk kediaman manusia.
Tanah terhad, tapi bilangan manusia bertambah setiap minit.
Maka, permintaan untuk rumah akan meningkat.
Keluasan tanah kian terhad. Tidak meningkat.

Masalah utama di Malaysia pula adalah, yang kaya tidak hanya memiliki satu rumah.
Rumah dibeli bukan lagi untuk kediaman tapi untuk pelaburan pula.

Jadi, pemaju-pemaju perumah kini tidak lagi membina rumah untuk kediaman manusia.
Mereka bina untuk pelaburan manusia-manusia kaya sahaja.
Sebab itu, harga sebuah rumah (style "Studio" berkeluasan kurang 800 kaki persegi) berharga RM 670,000.00 di Kuala Lumpur.
Satu unit kondominium 3 bilik lebih kurang 1000 kaki persegi di jual pada harga RM1.2 juta.

Yang menjadi kehairanannya, SEMUANYA SOLD-OUT!!
Jadi pemaju dengan senyum lebar akan meneruskan pembinaan baru dengan harga yang lebih mahal pada masa akan datang.
Sebab mahal macam mana pun tetap akan ada pembelinya!

Tinggallah kita yang berpendapatan sederhana ni ternganga-nganga, bangun subuh pagi, tempuh jalan sesak 2-3 jam untuk ke tempat kerja sebab rumah jauh ceruk hutan.
Itu sahaja yang kita mampu.

..................................

Ironinya, makin dekat hartanah itu dengan LRT, makin mahal harganya.
Makin mahal harganya bermakna yang kaya-raya sahaja mampu membelinya.
Bila sudah kaya-raya pula, takkan pergi kerja naik LRT.
Mestilah berkereta.

Maka kita, dah la miskin, rumah jauh, tak dapat berjimat naik LRT pula.

....................................

Sudah tiba masanya kerajaan kita menggubal satu undang-undang baru yang menghadkan jumlah pemilikan hartanah.
Ia satu mekanisma terbaik untuk menghalang pemaju-pemaju tamak haloba dan orang-orang kaya ini mengeksploitasi pasaran hartanah negara.

Sedangkan gula pun dikawal harganya.

.....................................

Jangan sampai nanti ada Skim Kubur Pertamaku atau Perkuburan 1Malaysia (PK1MA).




Tuesday, June 12, 2012

Mana Bagusnya Demokrasi?

Tidak susah untuk mengiktiraf ciptaan sendiri.

........................

Cuba pejam mata, bayangkan perkara pertama yang muncul bila kita berfikir tentang DEMOKRASI.

Kalau aku, ini adalah yang bermain difikiran:
1. wajah Najib sedang berucap dengan Rosmah Mansur yang memakai head-band bermain badminton.
2. wajah Anuar Ibrahim mata lebam sambil berteleku di atas katil mengelap sesuatu di celah kangkangnya.
3. wajah Nik Ajis mengusung tabung derma untuk pembinaan lebuhraya.
4. gambaran lautan manusia berbaju kuning, merah, hijau diselang-seli dengan beruk-beruk melompat terpekik.
5. wajah Rosmah sedang kusyuk mengaji Quran sambil bersimpuh dan rambut tersembut dihadapan anak yatim.
6. lagi wajah Rosmah sedang bersenam aerobic.
7. lagi wajah Rosmah sedang memeluk kanak-kanak yang sedang menangis.
8. lagi sekali wajah Rosmah sedang menyanyi duet bersama Mawi.

........................

Apa itu PENGAMALAN demokrasi sebenarnya?
di Malaysia, pengamalan demokrasi tidak lebih daripada "pembuangan undi ketika pilihanraya".
jadi, setiap apa yang dilakukan oleh penagih-pengemis demokrasi ini hanyalah untuk meraih undi.
tidak lebih daripada itu.

perjuangan bangsa, agama dan tanah air itu hanyalah wayang untuk mendapatkan undi.
memberi wang RM500, RM5,000, jaminan syurga, kuasa rakyat, itu semua adalah wayang.
untuk mendamba simpati, sokongan dan harapan demi satu undi daripada kita semua.

Sampai ulama' yang menjadi tempat rujukan sewajarnya, mengeluarkan pelbagai fatwa wajib mengundi.
Sampai pejuang-tukang kempen facebook mengeluarkan ARAHAN WAJIB SHARE JIKA KAMU ISLAM DAN TAKNAK MURTAD.

...........................

aku ambil contoh Anugerah Bintang Popular sebagai perbandingan.
Aaron Aziz dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular setelah mendapat undi yang paling banyak.
Maka dengan itu, bolehkan kita jatuhkan kepastian yang Aaron Aziz adalah Pelakon Paling Terbaik atau hanya sekadar popular?

Bagaimana seorang artis boleh popular?
Dengan gosip murahan, tayang buah dada, kes cerai berai, skandal dengan menteri?
Beli surat khabar BH satu lori menurut kata Neelofa?

Bagaimana seorang ahli poltik boleh popular?
Dengan cara lebih kurang sama.
Gosip murahan, tayang (read: takut) bini, kes cerai berai dan skandal dengan artis.

............................

Sebab itu, ahli politik di Malaysia amat inginkan penguasaan terhadap media.
Supaya budi sekecil kuman, boleh nampak macam gajah depan mata.
Supaya salah sebesar babi boleh nampak sesuci bayi.

PR begitu marahkan BN yang mengawal media arus perdana.
Lantas mereka kuasai betul-betul media elektronik dan media sosial.
BN, tak perlu ulas lagi.

kejap-kejap cakap 200,000 yang berhimpun.
Pastu tukar ke 350,000 pulak.
video pendemo nazak, gambar nik ajis sembahyang, mak azmin ali menangis, kulum-kulum, romen-romen.

yang ni cakap dia, yang tu cakap dia.
yang kita iyakan saja.

.............................

Jadi bila sudah merasakan partinya popular setelah memberikan rasuah terang-terangan seperti BRIM, Baucer Buku, insentif Felda dan beberapa pengumuman dasar pembangunan palsu untuk 1malaysia, barulah pilihanraya akan dilangsungkan.

Bila nampak ramai berdemo, ramai berhimpun, ramai yang bagi derma, mereka pun mendesak yang satu lagi untuk diadakan pilihanraya kalau boleh esok juga!

SATU-SATUNYA signal untuk membubarkan parlimen adalah indikator POPULARITI parti!

katalah bilangan rakyat yang layak mengundi 10 juta orang.
6 juta telah mengundi BN dan 4 juta lagi mengundi PR.
KATALAH (nauzubillah), BN menang pilihanraya.

Atas tiket apa?
Keberkesanan dasar?
Kebagusan perkhidmatan kerajaan?
Kerajaan yang adil, bijak dan saksama?

kalau betul bagus, kenapa masih ada EMPAT JUTA rakyat yang menentangnya?

Katalah PR kalah pilihanraya.
Adakah sebab PR tak bagus?
Kalau tak bagus, kenapa masih ada 4 juta penyokongnya?
Bodohkah 6 juta rakyat Malaysia yang tak menyokongnya?
Berkesan sangatkan video Anuar dan Azmin dengan pelacur masing-masing?
Altantuya? Kapal selam?
Dah lupa??!!

.................................

Apakah kriteria yang ada pada Saidina Abu Bakar hingga menjadi pilihan Nabi Muhammad SAW untuk menggantikannya memimpin umat Islam?

Popular?

Apakah cara pemilihan yang dilakukan Rasulullah?

Pilihanraya?

......

"SIAPA YANG KATA DEMOKRASI INI TERBAIK, TENTULAH PENCIPTANYA"


Sekian,

CucuNenekKebayan
Pengerusi Lantik Sendiri
GERANDI