hehe

Thursday, December 30, 2010

Piala Rezeki

aku memang nak sangat malaysia menang Piala Suzuki tu.
pecah suara bertempik di stadium dan kedai mamak.
bukan apa, terlalu banyak isu kita dihina dengan indon tak sedar diri tu.

indon ni bangga sangat dengan keASLIan mereka.
pasukan mereka, timnas tu takde yang asli.
nama indon, muka belanda.
yang betul-betul mat saleh pun ada.
yang negro hitam pekat pun ada!
pemain mereka semua ikut telunjuk mat saleh.
mana semangat konon negara bermartabat tinggi yang merdeka dengan darah?
tuih!!

come on.
harimau muda pun kena laser juga.
siap laser pakai laser semulajadi (?). hehe
kena ugut, ganggu semasa menginap dan latihan.
kamu menang ngak dong?
dapat ngak 5 gol kamu itu dong?
dong? dong?

siap bagi penalti free lagi.

.....................

aku masih tak percaya.
yang aku seolah-olah ketagih berlawan cakap (facebook) dengan buruh-buruh binaan dalam page-page anti-malaysia.

hahaha.
dah lama tak jadi bodoh.
sebodoh-bodoh manusia.

Friday, December 17, 2010

Debat Di-Raja: Untuk Sida-Sida Istana

bila tiba debat di-raja, maka ramailah yang akan turun mencemar duli.
juga turun mencemar hati dengan lagak seorang raja padahal kuli.
biasalah,
dulunya kuli, kini ada pertandingan yang perlu dihakimi.

ramai juga raja yang sudah turun takhta.
masih tidak biasa duduk atas kerusi biasa.
dulu hebat, dia ingat hebat sampai bila-bila.

raja-raja yang berkuasa,
jujurlah mengira kerna kalian akan dihitung di sana.
lupakan seketika tanahair yang perlu dijaga.

kalau gagah bala tenteranya,
takkan runtuh tembok negara,
akan tertawan pentas di-raja.

................

debat untuk mencari siapa hebat,
bukan dicari siapa berkuasa.

debat itu seni tikaman lidah,
bukan seni menikam hati.

debat untuk membuka minda,
jangan dibuka pekung didada.

................

di Batu Pahat,
moga dipahat kenangan indah.

Tuesday, December 14, 2010

Kawan dan Lawan

kalau kita muda, berbangsa Melayu dan berniaga sendiri,
bersedialah untuk dihancur-remukkan usaha itu.

tapi, kalau kita muda, berbangsa selain Melayu dan teringin berniaga,
bersedialah untuk menjadi idola dan dicontoh-pamerkan kepada semua.

....................

Malas sangat ke kita?
bodoh sangat ke kita sampai tak reti kira-kira?

Benarkah mereka ni rajin?
Menepati masa?
pandai berniaga?

mereka yang berfikiran begini adalah lawan kita sebenarnya.
tapi mereka ni jenis lawan yang perlu dibuat kawan.

...................

berkawan biar seribu.
berlawan biar satu sama satu.

...................

tapi seperti biasa, bukan semua begitu.
ada kawan yang perlu aku anggap lebih daripada sekadar kawan biasa.

kawan yang tidak perlu dibayar, tak perlu dipaksa dan sukarela.

aku terhutang budi kepada anda.
terima kasih untuk segalanya.

Monday, November 22, 2010

Usahawan Melayu

tak ramai Melayu nak menjadi usahawan.
bidang keusahawanan ini lebih banyak dimonopoli oleh orang cina.
apa sahaja mesti ada mereka.
dari daging kambing halal, sampailah ke kaligrafi ayat quran.

..................

galakkan daripada kerajaan cukup bagus.
tapi kerajaan agak skeptikal dengan usahawan Melayu pula.
tambah lagi usahawan kita yang muda-muda.
mesti dipandang sebelah mata.
siap dicerca dan dihina, macam kita tak pandai buat kerja.

aku jumpa beberapa usahawan Melayu.
ada yang betul-betul berjaya diusia muda.
kebanyakkannya bersemangat ingin bekerjasama.
tolong-menolong sesama Melayu.

tapi bila dah berjaya tu berlagak sombong pula.
walau kita nak bagi duit pada mereka, mereka masih sombong.
konon-konon macam duit kita tu tak diperlukannyanya.
sebab mereka dah cukup kaya.
siap suruh kita bagi orang lain pula.

rupa-rupanya, ungkapan "aku akan tolong Melayu" itu hanyalah ungkapan nak berlagak.
supaya mereka rasa berkuasa dan kita memerlukan pertolongan mereka.
walaupun kita bayar mereka, bukan tolong percuma.

..................

ingat la.
rezeki itu milik tuhan.

diberi bila-bila masa.
ditarik tanpa sempat merasa.

Friday, November 5, 2010

Zakat sebagai pas rasuah pilihanraya?

cnk: ntah! org bagi zakat ko nak tuduh rasuah lak!

anon: ye ke? masalahnye zakat kepada orang asli yang mualaf mmg halal kan? tapi kalau duit zakat TANPA akad...tu haram kan?

cnk: betul2! nak wat mcm mane kan? dah memang kebetulan lak time2 pilihanraya ni diorng nak masuk Islam! berkesan sungguh kempem nik ajis, sampai org masuk Islam!

anon: tapi sekurangnye kan...bnde tu betul kalau nak dipertikaikan pon hukum dier masih tepat....lgpon nak melawan dengan kempen 250 najib...nak buat macam mane lagi......cume dicari jalan yang betul...x delah main kasik je duit dalam bilik.....buat terbuka kan? selalunye rasuah orang buat tertutup...dalam bilik dalam sampul

cnk: betul2. at least nak rasuah pun biar la atas nama Islam! ape da BN ni! suka membelakangkan agama.

anon: zakat bukan rasuah......selesai la soalan ko tu.....

cnk: betul tu. ini zakat la. mcm dulu tu la. dulu tu sedekah seks. ia masih sedekah, dapat pahala tu. kita tau la kan. kita ni org PAS, pengetahuan agama meluas. tak macam UMNGok tu. tak belajar agama!!

anon: yelah2.....(aku bukan orang pas...aku dah keluar...aku cume anti umno je) tapi masih salah kan BN beli undi? bnde dah terang lagi bersuluh...kemudian x de pulak orang nak siasat...bile nik aziz bagi zakat bersepah pula wartawan bising? tol x?

cnk: macam biasa la. betul ape ko cakap tu. sebab kalau BN menang mesti tipu punya lah! mustahil tuhan tak tolong PAS! kita dah berjuang fisabilillah dah! aku pun tak tau mcm mana boleh malaysiakini dapat tau pasal ni! mesti wartawan umno sendiri yg bagi info ni! cibai tul la..

anon: dulu aku ade mase pilihanraye hulu langat.....aku dah tgk jentera BN beroperasi camne.........

cnk: mmg. umno menang cara kotor. tuih!

anon: yelah2 pas kaki rasuah blkg name agame~! mmg kau pukul anak sindir menantu je kan dengan komen2 ko hehe....aku nak apply gak lah skill ni

cnk: eh dok eh

Thursday, November 4, 2010

Galas Sapi.

aku paling tak sabar nak tulis pasal keputusan pilihanraya kali ini.
perasaannya macam kita berjaya mendarat di bulan.

...................

tapi biasalah.
kalau BN menang, mesti pakai undi hantu.
takpun SPR tipu.

kalau PAS menang, ini semua takdir tuhan.
sebab tuhan akan bantu pihak yang benar.
ini adalah petunjuk bahawa rakyat dah benci BN.

...................

tapi boleh la BN menang.
BN banyak tabur derma la, pembangunan la.
itu semua rasuah pilihanraya!

itu semua haram hukumnya.
tengok macam PAS, masa pilihanraya, mereka bagi zakat.
ini lain.
ini ZAKAT ye kawan-kawan.
cuma masa pilihanraya ni sahaja Nik Ajis berkesempatan nak edarkan wang zakat.
jangan pula kita salah sangka.
hanya tuhan sahaja yang tahu niat murni mereka yang berjuang kerana Islam ini.
kita takkan tahu.

alaaahh.
macam rasuah seks kat Perak dulu tu la.
itu MACAM je rasuah.
tapi sebenarnya sedekah untuk mendapatkan projek je.
dah orang sedekah, hukumnya wajib diambil.

...................

BN dah menang di Galas dan Batu Sapi.
Harapan aku pulak,
galas la tanggungjawab yang diberi walau seberat sapi.

Wednesday, October 20, 2010

Hang Tuah dan wanita UMNO

nota:

UMNO adalah parti untuk orang Melayu.
fungsinya untuk memartabatkan Melayu.
maka, tidak kira lelaki, perempuan atau wanita, pemimpin-pemimpinnya perlulah tebal jiwa Melayunya.
sekurang-kurangnya, perlulah lebih tebal daripada make-upnya (bagi perempuan dan wanita).

.............

semangat ini ditonjolkan.
tapi penuh kemusykilan di mata aku.

terutamanya oleh wanita-wanita yang memakai baju kemeja putih dengan lambang UMNO di dada; sebelah kanan kalau tak silap.
penonjolan ini sangat jelas.
terutamanya apabila lambang UMNO itu, ditonjolkan ke depan sedaya-upaya.
kuat sungguh semangat UMNO mereka.

wanita-wanita ini semua mengaku ahli UMNO.
rambut kuning, tapi UMNO.
seluar ketat, tapi UMNO.
dah tak reti cakap melayu, tapi UMNO.

rupa-rupanya,
ada beza antara Melayu dan Melayu UMNO.

...............

"how long to wait?" kata wanita UMNO itu.

ketika ini, ramai yang rasa nak tarik rambut kuningnya sebab beliau terus kehadapan, tidak beratur macam orang normal yang lain;
yang juga Melayu.
yang juga UMNO, walau tidak berkemeja putih seperti beliau.

bangla itu tidak menjawab.

"hey, this is for UMNO. I'm UMNO" kata wanita itu penuh sopan.
kenyaringan suaranya itu sudah ditakdir tuhan.
bukan salah beliau.

mendengar penjelasan wanita itu dari UMNO, terkencing-kencing bangla itu menjawab.
"satu jam boleh siap, puan"

"ok. 1 hourS from HERE i come collect. don't late" katanya tegas dan terus beredar.
ketegasan penting untuk jawatan penting dalam UMNO.

................

aku pejam mata.
aku cuba bayangkan suatu keadaan ni:

Hang Tuah sedang menggenggam keris taming sari di tangannya.
di hadapannya ada Hang Jebat Derhaka dan wanita UMNO itu.

siapakah yang akan ditikam Hang Tuah?