hehe

Thursday, July 15, 2010

Surat Terbuka Kepada YAB Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia.

Kehadapan YAB Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia.

terima kasih atas hadiah 5sen harga minyak dan 20sen harga gula itu. ini adalah hadiah paling berharga buat seluruh rakyat Malaysia. lebih-lebih lagi untuk saya sekeluarga yang tidak pernah lupa memangkah BN setiap kali pilihanraya.

ini adalah bukti betapa rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. YAB Dato' mengambil tindakan bijak menaikkan harga untuk meningkatkan pencapaian rakyat dan negara agar kami semua tidak senang-lenang bergoyang kaki makan gaji buta. dengan gaji yang lumayan ditawarkan oleh sektor pekerjaan di negara ini, matlamat 'rakyat berpendapatan tinggi' rasanya begitu hampir untuk dicapai. YAB Dato' memang seorang pemimpin yang berpandangan jauh!

terima kasih juga kerana YAB Dato' telah memberikan penjelasan tentang kenaikan harga minyak ini awal-awal. mental, fizikal dan poket kami memang sudah bersedia sedari dulu lagi. tidak langsung kami terkejut dengan berita ini. ini semua salah berita TV1 yang lembap menyampaikan maklumat. bodoh sungguh mereka itu. kami yakin, dengan penjimatan rm750juta setahun itu, pembangunan negara kita akan makin rancak, KLCC akan jadi makin tinggi!

bagi kami, kenaikan sebanyak, eh, sesikit 5sen dan 20sen itu tidaklah membebankan kami. sebab kami memang jarang isi minyak dan makan gula. kalau isi minyak pun paling banyak 2 liter. kami lebih suka naik pengangkutan awam yang sangat efisyen dan jaringan yang luas. sampaikan, petani-petani di kampung saya pun naik LRT pergi ke kebun dan sawah masing-masing. tidak sedikit pun kenaikan ini membebankan kami. malah kami berbangga sebab robert kwok akan jadi makin kaya! kita kan rakyat 1malaysia!!

YAB Dato', saya mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha Dato' ini. kalau boleh, naikkan harga semua benda di negara ini. barulah kami semua rasa macam hidup di tokyo, paris dan london! teringin sangat nak merasa hidup di sana. tapi taklah sampai ingin bunuh diri akibat tekanan hidup macam orang jepun pula. YAB Dato' jangan risau.

Akhir kata, sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih. sudah tiba masanya kami sebagai rakyat Malaysia membalas jasa YAB Dato' dan barisan Dato' itu. kami berjanji, malah sanggup bersumpah untuk beri hadiah setimpal pada kertas undi barisan YAB Dato' pada PRU ke-13 nanti.

salam sayang ikhlas,



azri zahier azmi

pengerusi,
persatuan orang kaya-kaya Malaysia

16 comments:

ainiey said...

bukan ke gula diselaras 25sen??..

sapik said...

HAHAHAHAH SIOT POST TERBAIK!!!!!!

Anonymous said...

job done well.

nana said...

Sarcastic! way to go baby!

cucunenekkebayan said...

alaaahhh..20sen ke 25sen ke, ape ade hal?

setakat lima sen je bezanya..tak jadi kudis pun. hehe

sapik said...

saye dengan ini mengisytiharkan menjadi ahli persatuan orang kaya2 malaysia yang dipengerusikan azri zahier @ john @ yahya

akmalazam said...

saya dengan ini mengisytiharkan pengahlian sebagai ahli persatuan orang2 kaya malaysia~

koambirsdar said...

hahahaha...sumpa gempak...

ainiey said...

hahahhah..ye la, xde hal pun..muhaahahah..

Anonymous said...

boleh je nk subsidi sume klu boleh rumah ko pon ko nk subsidi kan...klu jadi mcm greece sape nk tolong?euro?asia?indon pon tak tau leh tlg...at least greece tu euro try gak nk tolong...silap2 kene jual negara...baru padan..baru la nk ckp pemimpin teruk...pikir la panjang bro...klu nk tulis surat tak yah la nk tapis2..tapis2 ni org short minded

cucunenekkebayan said...

pulak..
bila masa aku kata semua nak disubsidi ni? tp kalau nak bg subsidi utk umah aku leh gak.

ermm. risau ko kan kita jadi mcm greece? tp ko tak baca betul2 ni. greece jatuh sebab bagi subsidi kat rakyat ke? penah dengar konspirasi Macedonian sbg punca kejatuhan greece? penah? haa..ni short minded ni.

bila cost of living tidak selari dengan pendapatan rakyat (akibat penarikan subsidi)ko rase rakyat akan semakin produktif atau pasif sbb nak jimatkan perbelanjaan diorang? bila rakyat pasif, negara tak produktif. maka pendapatan negara pun akan berkurang. mcm indonesia. comparatively, kos hidup tinggi (bagi org indon) dan pendapatan rakyat rendah. ko nak kita jadi mcm indon? nak? nak? sape nak tolong? ASEAN? abah ko?

kita tulis bertapis2 ni la bukti tak short minded. short minded ni mcm ko yg main sembur je. budi bahasa kene jaga, BRO. haha

Anonymous said...

best la post nih!!! :D

Anonymous said...

Huraian jawapan yang mantap....
tahniah...


mak.

hahuu~ said...

noice dow ko!!

hahuu~

Anonymous said...

klcc kasi UP lg 2riban tgkt. muahaha

Anonymous said...

Mana ada naik harga..itu semua adalah penyelarasan harga..