hehe

Thursday, July 1, 2010

Ulama Politik = Gedik.

apa tugas ulama sebenarnya?
menjaga kepentingan dan kelangsungan agama, atau berpolitik?
berpolitik yang benar-benar politik.
sampai politik jadi keutamaan dan agama dikesampingkan.

...................

terbaru, UMNO begitu berbangga sebab ramai ulama muda menyertai mereka.
masuk surat khabar berhari-hari.
masuk buletin utama.
kecoh satu dunia.
tak tau la apa yang pelik sangat.
mungkin dalam UMNO tak ada seorang pun alim ulama.
semuanya jahat-jahat belaka.
mungkin.

bagus la ulama dah ramai masuk UMNO.
berkesan sungguh.
terus dibatalkan hasrat nak buat judi bola sepak.

...................

PAS tak habis-habis menghentam UMNO/BN pasal isu judi dan arak.
tapi kat kelantan bersepah kedai arak.
judi aku tak pasti.

kata Nik Aziz, arak di Kelantan tak dijual kepada orang Islam. haha.
macam la kat tempat lain arak boleh dijual kepada orang Islam.
tapi ramai je orang Islam beli.
tauke-tauke arak tu tak sanggup nak rugi.

macam rokok la.
satu dunia tak bagi jual kepada bawah 18 tahun.
tapi, kat Malaysia pun bersepah budak sekolah hisap rokok macam naga.
kat Kelantan pun sama.

Tok Guru, bukankah membuat, menjual, menolong jual, menguruskan itu juga jatuh hukum haram dan berdosa kalau melibatkan arak ni?
paling kelakar, Nik Aziz kata bukan Islam boleh minum arak.
aku tak taulah.
Ridhwan Tee kata semua agama mengharamkan arak.


.....................

hmmmm.
banyak sungguh tindakan dan kenyataan pelik-pelik yang dikeluarkan oleh ulama-ulama kita ni. sampaikan rakyat marhain mcm aku ni pening kepala.

memang la bagus kalau nak tegur menegur apa yang salah tu.
tapi kalau demi kepentingan politik, tentulah teguran itu teguran yang tidak jujur.

di negeri dia boleh, di negeri lain tak boleh.
kalau parti dia punya ulama, betul.
kalau ulama parti lain, tu semua ulama makan suap.

..................

beginilah.
lepas ni, pakai sahaja satu gelaran.

kalau rasa nak jadi ulama, jadi ulama sajalah.
kalau nak jadi ahli politik, jadi ahli politik sajalah.
ulama dan politik memang tidak boleh disatukan.

politik ini memang cara permainannya kotor, jijik dan memerlukan pemainnya pusing-pusing, tipu-tipu, fitnah-fitnah.
macam main judi.
cuba bayangkan kalau judi ni politik.
jadinya, ulama main judi (Nik Aziz berpolitik).

..................

ulama anti yahudi.
facebook adalah yahudi.
facebook digunakan oleh ahli politik.
bila ulama jadi ahli politik,
ulama juga guna facebook.
maksudnya, ulama sokong yahudi demi politik!








p/s: add la facebook nik aziz.

14 comments:

Anonymous said...

tapi john,
bukankah arak tu salah satu yang menyumbang kepada ekonomi negara?

cucunenekkebayan said...

tu sbb aku ckp.
kat kelantan, boleh lak jual arak?

Anonymous said...

kau ni mcm tau byk je
ko minum arak ke?

cucunenekkebayan said...

minum. beli kat kelantan.

ko tau babi macam mana?
ko makan babi ke?

sapik said...

(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.

MEREKA INI adalah golongan yang dilaknat......


nabi muhammad pon berpolitik......
ulama pewaris nabi...kerana mereka berilmu....

namun matlamat mmg x menghalalkan cara.....

x penah2 la plak aku tgk cina haramkan arak

sbb dewa mabuk wujud dalam budaya cina.....

orang india pon ade samsu.....

diorg boleh minum arak

dulu islam pon pernah menghalalkan arak
sehinggalah turun ayat mengharamkannya.....

meluluskan penjualan tidak bermaksud menjual.....

t-qah said...

Tun M sendiri pernah kata, polotik itu kotor!

Anonymous said...

hier..... nak komen..nak jawab....nak luahkan rasa hati jangan sampai makan diri sendiri....

nasihat dari mak....

cucunenekkebayan said...

sapik: lesen meluluskan penjualan arak ni free ke? tauke arak bayar lesen, duit tu letak kat mana? guna kt sape?

agama lain mmg mengharamkan arak dan judi. baca blog ridhuan tee. ada rujukan2nya.

zaman dulu2 mmg arak halal. sbb tuhan taknak suruh nabi buat perubahan yg terlalu drastik. kene sembahyang, xleh minum arak n mcm2 lagi. taknak nanti orang tolak Islam bulat2. pelan2 kayuh la maknanya.

persoalannya, kenapa kelantan boleh luluskan penjualan arak, tp negeri2 lain tak boleh? takut hilang undi bukan Islam?

dan ulama yang aku bincangkan di sini adalah ulama agama. sbb sebenarnya, maksud ulama tu adalah seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang dan tak semestinya ilmu agama.

jadi, kalau ko nak digelar ulama Islam, jgn berpolitik. nnt jadi la ulamak politik (org yg tinggi ilmu politik).

cucunenekkebayan said...

tikah: politik dan orang di dalamnya kotor. terpalit juga pada orang yang mengikutinya.

emak: hehe. itu hanyalah sinikal sahaja. jgn risau.

cucunenekkebayan said...

sapik: nih link2 ada sentuh sket pasal pengharaman arak mengikut agama lain.

http://kasihislam.blogspot.com/2009/11/amanat-almarhum-dato-ishak-baharom.html

http://satumalaysia.wordpress.com/2010/04/18/wujudkan-peraturan-larang-pemimpin-negara-minum-arak/

sapik said...

iyelah tujuan aku menunujukkan bahawa dulu islam menghalalkan arak adalah utk memberi gambaran bahawa sebelum ISLAM nyata arak itu tidak menjadi sesuatu yang haram........


tu je.....


soo maksudnya orang2 bukan islam seperti kristian(protestan) dibolehkan minum arak....mmg dah minum arak beribu2 tahun dahulu.....



membantah penjualan arak ditempat yang ramai orang islam...susah la orang islam nak beli....

bukan membantah penjualan secara keseluruhan...


politik itu kotor kerana kita tidak pernah menganggapnya bersih........kerana budaya politik sekular yang kita amalkan bukan budaya politik sebenar.....

yang pasal duit lesen arak tu aku x leh la nak jawab.....kene tanye orang yang menggunakan dan menguruskan duit tersebut


ps.wei x de ke orang2 emo komen kat post ni ahahahahahaha

cucunenekkebayan said...

dah memang minum arak beribu2 tahun dulu tak bermaksud tidak diharamkan. sama la mcm beribu2 tahun dulu lagi sex sejenis ni diharam dan dilaknat tuhan. tp sampai sekarang ade je orang buat.

Anonymous said...

bdh nye,,

ulama' dan politik x blh disatukan,,
ko nie, kalo nk b'ckp biar la ade ilmu,,

nie main hentam je,, kalo mcm tu ambik la yahudi, cina, munafiq, fasik, buat jadi pm ko,,

pemimpin dulu pn ulama' jgak,,
pemimpin skrg ramai yg xtahu agama tapi bila naik ats pentas mula la nk cakap psl islam,, kate ulama' nie slh campur kan islam dan politik,, "islam dan politk xblh disatukan"

jadi pendapat ko skrg nie,, ulama hanya blh duduk kat masjid tunggu org dtg jumpa dye,, dan biar kan org yg xde pengetahuan islam pimpin negara,,

hurm,, nasib la jumpa manusia mcm ko nie,,

Anonymous said...

30 tahun tggal di kelantan. x penah tau plak psal ni. kat kl sng dpt kat 7e. kat kltn x de plak jual dlm 7e ke tesco ke, carrefour ke. klau mcm tu pemerintah2 bn lg truk la sbb membenarkan pembukaan kilang arak tepi federal highway nun. atau aku yg salah kerana menuduh bn membenarkan pembukaan kilang tersebut. nak sokong mane ni??hehehehe~