hehe

Friday, October 8, 2010

Bisnes Mudah Dari Rumah

bisnes paling mudah adalah bisnes dari rumah.

anda tak perlu jual barang, tak perlu jumpa orang.
duduk sahaja depan komputer, tak kira malam tak kira siang.
esok hari boleh mula kira wang.

tak ada produk, tak perlu jumpa orang, tak perlu buat apa-apa.
itu bisnes ke?
bisnes apa ni?

.........................

"kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, kita akan berjaya menjana pendapatan hingga 30k sebulan"

bagaimana usahanya?
haaa..senang sahaja.
anda pegang duit rm50 banyak-banyak, tangkap gambar (pastikan muka anda tidak kelihatan), upload di facebook dan tag kawan-kawan (pastikan 'kawan-kawan' itu tidak dikenali).
kalau tak ada duit rm50 yang banyak, tak usah risau.
copy paste sahaja gambar dari sesiapa, dan mengakulah gambar sendiri.

tak pun, cari kawan-kawan yang dah lama tak jumpa atau pernah tinggal satu negeri dengan anda (tempoh perkenalan tidak penting). pastikan kawan itu sudah lama anda tak jumpa, supaya mereka tak tahu anda pinjam kerata, pakaian dan hp saudara-mara anda untuk berjumpa mereka.
tak pun, pergi sahaja ke kedai kereta mewah (TERPAKAI) dan bergambar di sebelahnya.
tak pun, trend terbaru adalah dengan print screen akaun bank anda.
pastikan kesan-kesan editing menggunakan photoshop tidak kelihatan jelas sangat.
yang penting, paparkan KEKAYAAN anda.
bisnes apa, jual apa, macam mana nak buat itu semua tak penting!
yang penting KAYA!!!

........................

sumpah kami bukan MLM atau skim cepat kaya.
itu semua haram.
ini bisnes halal, sah undang-undang.

anda cuma perlu bayar wang pendahuluan (modal perniagaan) dan perlu cari seberapa banyak ahli di bawah anda.
lagi banyak ahli anda, lagi cepat la anda kaya.
tapi sumpah kami bukan MLM atau skim cepat kaya.
cuba dulu baru percaya!

3 comments:

zan-get-sue[change_the_world] said...

kutu moden..kutu tipu...kutu buat duit beribu....tapi hidup macm kutu..melompat tak menentu..isap darah sampai tergaru2

hisyam said...

ingat cucunenekkebayan nak promo program jutawan baru...semua program yg dok ada n seangkatan dgnnya adalah tipu....hati2.....

cucunenekkebayan said...

sapik: hmmm..malangnya masih ramai yg percaya. sanggup tak pakai syampu biar kutu beranak pinak atas kepala. melayu mudah percaya~

hisyam: ko bg modal rm57ribu, cari 37 orang, maka ko akan jadi kaya raya. sebulan income ko rm89,233. takyah buat pape. tunggu je cek masuk. ni bukan MLM, kita ada produk. jual kalkulator saintifik. mau join?