hehe

Saturday, October 16, 2010

Rantaian Makanan.

padi-->tikus-->ular-->burung helang.


kalau dilihat kepada rantaian makanan di atas, yang paling berkuasa adalah padi dan burung helang.

padi berkuasa, sebab padi paling awal dalam rantaian makanan.
tiada padi, maka tiadalah tikus dan ular dan kebulurlah burung helang.
jika bekalan padi mencukupi, yang paling berkuasa adalah burung helang.
sebab burung helang paling akhir dalam rantaian makanan ini.

walaupun padi berkuasa, padi tidak boleh ikut suka dia.
burung helang pun sama.
padi yang terlalu banyak hingga tidak habis dimakan tikus akan menyebabkan ia terbiar, tidak laku dan akhirnya dibuang begitu sahaja.
burung helang yang terlalu banyak juga tidak baik.
tidak cukup ular untuk dikongsi dengan burung helang yang lain.
sebab burung helang tidak biasa berkongsi juadah dengan helang yang lain.

................

taukeh-taukeh di Malaysia dan ramai juga yang sekadar berkongsi keturunan begitu berbangga dengan status 'kuasa ekonomi' ini.
mereka mendakwa, tanpa mereka negara kita tidak akan kaya.
senarai terkaya di Malaysia juga dikuasai mereka.
itu buktinya; kata mereka.

usahawan-usahawan mereka, ibarat padi.
robert kwok misalnya, merupakan pengeluar gula terbesar dan terkaya.

usahawan-usahawan mereka juga ibarat burung helang.
taukeh judi, taukeh shopping complex dan tempat-tempat dimana berakhirnya kitaran wang kita, ditelan mereka.

................

tapi, cuba kita bayangkan, kalau kita yang majoriti bilangannya ini berhenti membeli gula cap robert kwok.
pasti robert kwok tinggal kepala, sebab bahagian badannya yang lain terpaksa dipotong akibat diabetis.
sebab terpaksa makan gula sendiri.

cuba kita bayangkan pula, kalau kita tidak berkunjung ke midvalley atau berjaya times square dan beralih ke pasaraya mydin sahaja.
adakah taukeh-taukeh ini akan terus kaya raya?
adakah mereka akan terus berbangga?

jadi, siapakah yang benar-benar berkuasa?
siapa yang bergantung dengan siapa?

jangan mudah percaya dengan kata-kata cikgu sains kita.

................

tapi biasalah spesis kita ni.
nak makan padi sahaja.
gandum ada, jagung ada tak dipandangnya.
akhirnya, jadi makanan burung helang juga.

6 comments:

Anonymous said...

mana ada mula dlm rantaian makanan...

Anonymous said...

kuasa beli dari Cina juga...pendapatan per kapita mereka jauh lebih tinggi...

cucunenekkebayan said...

anon: pendapatan per kapita ni adalah purata. melayu ada 16 juta orang. kalau 50% daripada 16 juta orang melayu yang pendapatan per kapitanya sama tinggi dengan cina, jumlahnya dah 8 juta orang. cina hanya ada 6 juta orang sahaja. semua cina kat malaysia ni kaya ke?

Anonymous said...

1. semak fakta anda dengan tepat. kalau benar 50% daripada 16 juta orang Melayu pendapatan per kapitanya adalah sama dengan Cina maka tak akanlah sudah 20 tahun DEB dilaksanakan masih lagi penguasaan Melayu pada tahu 20%?

Kalau Cina 60% seperti yang didakwa Melayu sudah 3 kali ganda lebih berbanding dengan Melayu.

Maknanya kalau Melayu ada 16 juta orang. Cina 8 juta didarabkan dengan 3 akan menjadi 24 juta.

2. Ini bukan persoalan kaya atau miskin. Ini persoalan kuasa beli. Ada juga Cina yang miskin. Namun majoritinya sama ada kaya atau golongan menengah.

Melayu pula antara kaya dan miskin

Perkiraan biasa = menengah + kaya atau lebih banyak berbanding kaya + miskin.

3. Kesemua pusat beli belah pergi cara pengurusan mereka dan dapatkan statistik mengikut pecahan kaum dan anda akan mendapat jawapannya.

3. bacalah sendiri realiti kuasa beli dan ekonomi Cina dan Melayu oleh web UMNO sendiri

4. Robert Kuok sudah tidak lagi menguasai gula di Malaysia. Syed Bukkhary sudah ambil alih. Kedua , perniagaan gula hanya 10% daripada keseluruhan perniagaan Robert Kuok. Google betul - betul berapa jenis bidang perniagaan yang Robert Kuok ada. Robert Kuok juga tidak bermula dengan perniagaan gula. Hanya salah satu daripada pelaburannya.

5. tak pernah Cina kata sebab senarai jutawan di Malaysia yang bantu ekonomi Malaysia. hanya sumbangan mereka dalam operasi dan pergerakkan ekonomi. majoriti perniagaan di malaysia baik yang paling bawah hingga ke struktur paling atas juga cina.

80% perniagaan eksport dan import dijalankan oleh Cina.

( http://www.google.com.my/#hl=en&cr=countryMY&biw=1600&bih=717&tbs=ctr%3AcountryMY&q=80%25+tax+pay+by+chinese&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=6955ca92657dc739 )

tak percaya lagi sumber google.pergi ke jabatan ekonomi kerajaan dan tanya adakah 80% keseluruhan cukai di malaysia dibayar oleh cina?

bukankah cukai itu sudah melambangkan sama ada kekayaan , kuasa beli , ekonomi ataupun PENDAPATAN PER KAPITA ?

we pay 80% of the tax...

lebih daripada 80% keseluruhan cukai pendapatan negara adalah daripada orang cina
http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=6049

6. padi-->tikus-->ular-->burung helang.

padi juga cina

burung helang juga cina

Padi - cina sebagai pemula ekonomi negara. asas. kerajaan terima cukai tinggi. wang itu dikembalikan kepada melayu . itu tikus.


melayu sendiri tidak bersatu dan makan sesama sendiri. itu ular..

akhirnnya pepecahan ini cina juga yang jadi burung helang makan kesemuannya.

2 2 yang paling berkuasa dan paling penting dalam rantaian perlambangan anda

7. dah memangpun realitinya majoriti melayu shopping di mydin. bukan kata melayu tiada di shopping lain cuma lebih sedikit. tak percaya pergi mydin.

8. even as u said melayu ada 16 juta. cina hanya 8 juta. u pergi midvalley and etc sepatutnya melayu 2 kali ganda lebih daripada cina..

anggaran kasar setiap 3-8 orang cina hanya bersamaan 1 nisbah melayu di tempat tempat sedemikian...

this got no facts proven..but kunjungilah sendiri

cucunenekkebayan said...
This comment has been removed by the author.
cucunenekkebayan said...

perghh..ini adalah komen paling panjang penah aku dapat. pada yang malas baca, ya, mamat cina yang menulis ini adalah betul. beliau jenis yang suka membetulkan sahaja.

melihat pada lenggok bahasa, kesalahan tatabahasa, cara bidasan, panjang ulasan, aku kenal siapa dia walaupun tidak bernama.

the funniest thing about life is, do not trust facts and figures. because the only sources of facts and figures are pen and papers.