hehe

Thursday, November 4, 2010

Galas Sapi.

aku paling tak sabar nak tulis pasal keputusan pilihanraya kali ini.
perasaannya macam kita berjaya mendarat di bulan.

...................

tapi biasalah.
kalau BN menang, mesti pakai undi hantu.
takpun SPR tipu.

kalau PAS menang, ini semua takdir tuhan.
sebab tuhan akan bantu pihak yang benar.
ini adalah petunjuk bahawa rakyat dah benci BN.

...................

tapi boleh la BN menang.
BN banyak tabur derma la, pembangunan la.
itu semua rasuah pilihanraya!

itu semua haram hukumnya.
tengok macam PAS, masa pilihanraya, mereka bagi zakat.
ini lain.
ini ZAKAT ye kawan-kawan.
cuma masa pilihanraya ni sahaja Nik Ajis berkesempatan nak edarkan wang zakat.
jangan pula kita salah sangka.
hanya tuhan sahaja yang tahu niat murni mereka yang berjuang kerana Islam ini.
kita takkan tahu.

alaaahh.
macam rasuah seks kat Perak dulu tu la.
itu MACAM je rasuah.
tapi sebenarnya sedekah untuk mendapatkan projek je.
dah orang sedekah, hukumnya wajib diambil.

...................

BN dah menang di Galas dan Batu Sapi.
Harapan aku pulak,
galas la tanggungjawab yang diberi walau seberat sapi.