hehe

Wednesday, April 13, 2011

Buka Burqa

ramai orang Malaysia kalau nak tunjuk pandai akan membandingkan Malaysia dengan negara-negara maju yang lain.
apa sahaja negara maju buat, itu dikatakan bijak dan akan disembah mereka.

banyak negara maju juga ingat merekalah yang terbaik.
negara lain patut sungguh mencontohi tindakan mereka.

pengharaman burqa atau purdah ketika mereka menyalak-nyalak mengatakan sistem demokrasi mereka adalah yang terbaik.
mereka berselindung disebalik usaha memartabatkan hak wanita Islam.
kononnya pemakai-pemakai burqa ini dipaksa untuk menutup seluruh tubuhnya.

ok. itu bodoh.
siapa-siapa yang tahu bahasa perancis boleh tolong translatekan supaya mat saleh berlagak pandai ni boleh faham.

kalaulah mereka dipaksa untuk pakai burqa, semestinya pengharaman ini akan disambut dengan gembira.
tapi, disebabkan mereka memang secara sukarela menanggung kepanasan, ketidakselesaan dan pandangan sinis masyarakat sekeliling (sampai ada yang sanggup berhenti kerja) di dalam burqa, maka mereka pun melakukan protes untuk menyatakan ketidakpuasan hati!

sebab apa?? sebab memang mereka yang nak begini.
maknanya, tiada paksaan.
maknanya, kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing (bukan setakat kebebasan menganuti agama sahaja) perlulah ditegakkan.
maknanya juga, tidak boleh ada paksaan untuk menanggalkan burqa itu!

.....................

hasil daripada video-video, bahan-bahan bacaan dalam internet yang aku tonton dan baca, mereka kapir lakhnat ni takut sebenarnya.

ada lebih kurang 2000 pemakai burqa di perancis.
sebahagian daripada mereka ini adalah mualaf.

yang secara sukarela memeluk agama Islam.
dan sukarela juga memakai burqa.

.....................

hanya mereka yang tidak suka dan tidak rela.

No comments: