**respon kepada tuntutan yang tidak mahukan sumpah laknat, tidak cukup dengan video dan hanya menuntut kepada 4 orang saksi.
zaman dahulu kala, banyak pelukis handalan.
melukis untuk merakam memori.
lukisan ada terlalu banyak kelemahannya.
sukar untuk kita lukis 100% sebijik macam realiti.
dan tidak semua reti melukis dengan baik.
.................
zaman sekarang sudah ada jurugambar atau photographer.
dari filem, beralih ke format digital.
yang boleh disalin tanpa limitasi.
boleh juga diubahsuai ikut suka hati;
juga tanpa limitasi.
boleh juga diterjemahkan ke pelbagai sudut berbeza.
mengikut mata jurugambar.
bergantung juga pada mata yang melihatnya.
A picture speaks a thousand words.
itu kelemahannya.
.................
zaman sekarang juga ada perakam video atau videographer.
ada yang besar, untuk wayang gambar.
yang kecil untuk majlis peribadi.
yang tersembunyi pula untuk adegan sendiri.
ya.
masih boleh disunting.
cuma mustahil untuk aksi dan posisi tertentu.
..................
zaman dahulu.
sebelum ada alat untuk melukis.
sebelum tercipta kamera filem atau digital.
jauhhhhh sebelum terfikirnya perakam video.
bagaimana manusia merakam/merekod sesuatu perkara?
sesuatu perkara yang perlu ada bukti, atau dihukum mati?
ya.
dengan mengemukakan 4 orang saksi.
..................
relevenkah kaedah ini, pada keadaan sekarang ini?
ketika zaman manusia sanggup buat apa sahaja?
bagaimana jika keempat-empat saksi ini bersubahat sama?
.
.
.
.
tidak cukupkah dengan video lengkap dan jelas itu?
bukan lagi 4 orang saksi.
tapi tidak kurang daripada 4 juta yang menyaksi.
.
.
.
.
bukankah Islam sebuah agama yang selari dengan peredaran zaman?
3 comments:
Merujuk kepada Al Qur'an, surah Annur ayat 4 :
Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
Ini bermakna 4 orang saksi diperlukan jika tuduhan zina itu adalah terhadap perempuan yang terjaga kehormatannya.
Contohnya jika tuduhan zina dibuat terhadap Wan Azizah atau Nurul Izza maka wajib ada 4 orang saksi.
Jika tuduhan itu dibuat terhadap lelaki seperti DSAI atau perempuan jalang maka tak perlu 4 orang saksi sebaliknya digunakan bukti-bukti yang lain.
Wallahualam.
hah! bagus. ini yg diperlukan. terima kasih.
yee ye je kao....
Post a Comment