hehe

Tuesday, June 7, 2011

Ahli Melayu.

aku dah semakin bosan dengan perangai orang Melayu.
baik ahli politiknya, ahli perniagaannya, mahupun pekerja kerajaannya.

................

ahli politik Melayu masih sama walau orang Melayu makin lama makin hilang ditelan tanah sendiri.
masih guna teknik "offer projek" untuk dapat undi, untuk dapat betina, untuk wang mahupun untuk dapat jantan (walaupun ahli politik itu jantan juga).
walaupun itu hanya projek reka-reka sahaja.
masih guna teknik kutuk sana, fitnah sini, kerja untuk anak bini sendiri.
orang lain ni hanya untuk dapat undi.
masih gunakan agama untuk raih populariti, walaupun malam-malam teguk todi.
masih berlakon alim ulama, guna hadis dan ayat suci, untuk nampak membela agama.
padahal ikut sahaja telunjuk DAP, MCA dan Lee Kwan Yew.

.................

yang berniaga pun sama.
sembang nak tolong bangsa, tapi yang nampak perut sendiri sahaja.
kalau nak tolong pun, kita kena jadi hamba abdi dia.
konon rezeki turun dari dia, bukan dari tuhan kita.

nak dapat projek, masih kena bagi duit, hadiah, wanita dan lelaki (bagi yang songsang).
walaupun kita paling miskin dalam Malaysia.

..................

apa kelebihannya bila ramai orang kita dalam kerajaan?
tiada.

angkat telefon pun nak tak nak sahaja.
macam la kerja bertimbun tak boleh layan kita seminit dua.
kurang ajar tu usah cakap la.
yela, kita bukan bergelar Dato' Seri atau orang-orang kaya.
kerja macam mana pun, takkan kena buang punya.

..................

kita yang biasa-biasa ni boleh ubah mereka yang di atas ni sebenarnya.
kalau kerajaan salah, kita balun betul-betul.
jangan takut kalau dia tu ahli politik ke, pengarah ke, ketua jabatan ke.
dia bukan boleh buat apa.
undi ditangan kita.
tambah lagi yang bernafsu binatang, mintak rasuah ke, mintak betina ke, mintak jantan ke (yang songsang).
jangan ingat ada jawatan tu, boleh buat suka hati sahaja.

.....................

yang pembangkang pula, jangan la tak boleh ditegur.
konon sebab mereka ini golongan ulama.
pewaris nabi.
tak undi masuk neraka.

jangan takut, itu semua dusta.
kalau benar mereka ulama, takkan jadi ahli politik punya.
apatah lagi ahli politik di Malaysia.

.....................

ingat, kita sudah lama merdeka.
tapi kita tak jauh beza dengan dahulu kala.
sebab kepala otak masih sama dari zaman purba!

5 comments:

hasnol said...

jangan lupe ade jugak pekerje bukan kerajaan-swasta terdiri dari org melayu.

Org melayu jugak yang ranapkan projek yg diberi pada syarikat mereka untuk majukan negara,tapi hasil xde.hampeh.

jgn lupe ade jugak org swasta amalkan rasuah,angkat telefon pon bolayan je.

-aku bukan pro kerajaan tp pandangan ko terhadap orang bekerje kerajaan amat rendah
-cube ko buat entry pasal comparison antara org swasta n org kerajaan(yang tak semestinya pro kerajaan).

thanks!

cucunenekkebayan said...

memang la ade orang melayu kerja swasta. ape daa.

dan memang la ade projek kerajaan yang swasta ranapkan. tapi they run it as a business. ni pekerja kerajaan yang provide SERVICE for the people. bezakanlah sendiri.

memang la ade org swasta yang amalkan rasuah. tp kalau orang kerajaan, ahli politik yang rasuah hanya kerana ada power semata-mata (dan kita yang pilih mereka), do you think it's fair?

kalau semua point aku ko kata "ade je orang lain yang buat macam tu" mmg takkan berkembang la otak kita.

contohnya, aku cakap ko berak tak basuh bontot. ko ckp balik "ade je orang lain tak basuh bontot dari lahir".

ffuuuhhhh...

hasnol said...

bro
my point is kalo ko tukar kerajaan sekalipun,semua orang swasta tukar jadi govermen server sakalipun,tetap berlaku bnde yang same.They're all same.
sebab mentaliti yang sama.
bukan isu otak berkembang ke tak bro.
isunya,mcm mane nak berubah,kalau semua orang sama saje??bnde mcam ni macam dah jadi kebiasaan.
contohnya orang sekeliling ko amek ganja,kaki clubbing.jd ko rasa tu perkara biasa jela.bukan masalah besar pon.dan boleh jd ko pon terdorong buat same.
------------------
Kita memang ada hak untuk mengundi.tapi pasti ke kite kenal betul2 dengan orang yang kita undi.aku rasa ramai hipokrit je lebih.semua!

SEMUA ORANG kene tukar mentaliti,tukar sikap dulu.But how?itu yang kite kene cari solution.How?How?I still keep thinking the best solution indeed.

tq.

zan-get-sue[change_the_world] said...

kalau kau nak fikir semua solusi dunia memang tak dapat lah....tukar mentaliti tu bukan macam tukar baju atau tukar seluar...kena paham sebenarnya masalah sekarang ni...apa yang salah kena tegah...takkan nak tukar mentaliti yang salah tu jugak?salah undang2 ada...kalau ada penjenayah bunuh orang...aku tnya ko nak hukum ke atau ko nak tukar mentaliti....tukar mentaliti tu seket bro :)

ibra said...

sape ckp kita ni merdeka?!

merdeka yang xde roh merdeka. tu yg jd mcm apa yg kita dok tgk skrg.

orang dalam dah jd satu keperluan, kalau boleh nk kabel besar pemeluk! (eh, ada lg ke org guna besar pemeluk?) apapun, orang2 (esp melayu) yg suka sgt guna org dalam segala hal, waima utk anak masuk sekolah asrama, aku sbg rakyat marhaein ni xhalalkan sbb depa dh tutup peluang org lain. hal ni xkira la BN ka, PAS ka, PKR ka, sume pun pakat dok ambik kroni2 dia ja. (eh, asal tetiba komen aku hilang hala tuju ni? layannn~)