Buat yang tak tahu, Kampung Baru adalah sebuah kampung milik orang Melayu di tengah-tengah kota maju Kuala Lumpur.
ramai orang marah bila ada cadangan nak majukan Kampung Baru.
sebab nanti akan hilang identiti dan hak orang Melayu.
aku sokong prinsip ini.
............
cumanya, aku rasa pembaharauan perlu dilaksanakan di Kampung Baru.
sekarang ni kawasan itu terlalu hodoh, miskin, tak teratur dan memalukan.
itu identiti kita orang Melayu?
mat rempit, budak-budak tak senonoh dan mat Indon penuh.
ada hati kita nak cakap Kampung Baru itulah identiti orang Melayu lagi?
Kampung Baru nak di jadikan pusat pelancongan?
bagi orang luar tengok betapa daifnya bangsa majoriti di Malaysia?
kalau aku jadi orang luar, kesimpulan daripada pemerhatian aku di Kampung Baru sangat mudah.
yang memajukan Malaysia, pastinya bukan orang Melayu.
sebab Kampung Baru menggambarkan sebaliknya.
.............
cuba contohi pembangunan di Kampung Molten, Melaka.
amat cantik.
amat.
tapi tulah.
takkan kerajaan jugak yang kena keluarkan duit.
habis tu macam mana nak fund Menara Warisan?
2 comments:
wei ayat last ko TERBAIK ahahahahahahaha
camnilah citer....kampung baru semak akibat pemilik...terlalu bnyak sampai tak tertilik...
pening mencari,
dan mustahil ditemui,
satu lot tanah pemilik sampai 300,
camne nak carik sume?
tggu mampus la hahaha
dah jadi macam adat...
apa-apa pun kerajaan,
nak senang kerajaan..
nak kaya kerajaan..
nak pandai kerajaan..
ramai juga tak perlu kerajaan..
tak heran Menara Warisan pun kerajaan fund..
tapi ramai je yang tak sokong kerajaan.........
Post a Comment