hehe

Tuesday, February 1, 2011

Messy Mesir: Mesir Kucar-Kacir.

Menggeletar tangan.
kencang jantung bila tengok kekecohan yang berlaku di Mesir.
tak tergambar kalau aku berada di sana.
aku doakan yang terbaik untuk mereka.

..................

Rusuhan yang bermula di Tunisia, dah merebak ke Mesir pula.
baru aku tahu, semangat amarah boleh jadi wabak penyakit.
boleh merebak seluruh dunia.

patutla orang kata marah ini macam bara api.
makin ditiup, makin menjadi.

kalau dulu, gerakan Islah di Timur Tengah merebak sampai ke semenanjung kita.
aku harap kali ini masih ramai rakyat kita pakai kepala otak, bukan kepala lutut nak nampak hebat.

.......................

kita ni biasalah.
kalau jadi kat negara orang, bukan main kita simpati.
risaukan 'sedara-mara Islam' kita di sana.
risaukan anak kawan kita kat sana.

tapi kat negara sendiri,
bila harga air naik, kita demo.
yang ni kalah pilihanraya, kita demo.
guling-guling atas jalan berdemo.
nak tubuh kerajaan baru, kita demo.
harga minyak naik, kita demo.
kita pulak naik minyak.

dekat universiti pun kita demo.
kecik-kecik dah pandai nak berdemo.
tudung labuh cecah lantai pun sibuk terpekik-terlolong berdemo.
janggut panjang berjuntai pun sama berdemo.
demi agama, bangsa dan negara katanya.
pergi jahanam la.

.....................

ini sebenarnya adalah pengajaran kepada kita semua.
kepada rakyat biasa,
kepada pemimpin kita,
dan kepada yang konon-konon bersemangat gila dengan politik tanahair.

demonstrasi bukanlah jalan penyelesaian masalah.
apa juga masalah tak boleh selesai dengan berdemo.

percayalah, jangan nak sucikan nama demonstrasi dengan menambah perkataan 'aman' dihujungnya.
kerana dalam 1000 orang yang berdemo tu, aku yakin 990 orang daripadanya tidak tahu dan faham apa yang dipekiknya.

kalau dah terpekik-pekik tu, aman ke?
kalau berdemo tutup mulut pun, anda menggangu lalulintas jalanraya.
aman ke?
kepala hotak kaulah.

...................

kepada mereka yang kepala otak asyik nak berdemo tu,
sudah-sudah la.
mesti ada sebab kenapa majoriti rakyat Malaysia tak undi anda.
mesti ada sebab kenapa harga barang naik.

takkanlah semuanya nak penuhkan tembolok kroni dia sahaja.
dia pun nak menang pilihanraya jugaaaa.


p/s: aku harap pelajar-pelajar kita tak terpengaruh pula dengan semangat demonstrasi di Mesir dan ajar pula kepada kawan-kawan di sini. yang baik dibawa pulang, yang buruk itu tinggalkan saja di sana.

No comments: