hehe

Friday, February 25, 2011

Pilihanraya=Pilihansaya

Kalau anda semua perasan, cucunenekkebayan dah makin kurang menulis.
terutamanya bab-bab politik ni.
sebab aku tak suka tulis benda sama yang pernah aku tulis dahulu.

senario politik Malaysia masih sama, tiada perubahan.
PAS kata UMNO, UMNO kata PAS.
PR kata BN, BN kata PR.
itu fitnah, ini yang benar.

.................

cuma pilihanraya kampus baru-baru ini sahaja ada kelainannya.
ada penculikan yang mencelikkan.
minta tolong emak kempenkan pun ada.
usung mayatlah, pecah pintulah.

bagi aku, sebagai mahasiswa ni, tak payah la nak beria-ia sangat nak terpekik-terlolong dengan pilihanraya kampus tu.
percayalah, lebih 3/4 students dalam tu tak pernah peduli pun pasal pilihanraya takda matlamat ni.

turun mengundi dipaksa.
pangkah undi ikut list nama.

manifesto?
nak buat tangki air gergasi.
nak buat lif kat fakulti.
nak buat laluan berbumbung seluruh kampus.
pergi la mampus!

setiap tahun, sama sahaja manifestonya.
copy and paste sahaja.

....................

aku cadangkan, mansuhkan saja pilihanraya kampus ni.
buang masa, duit dan tenaga.

nak kata memberi pendedahan kepada pelajar, terlalu sikit kesan baiknya.
pendedahan apa kalau berdemo, bergaduh, terpekik sana sini ganggu orang?
apa faedahnya?
yang terlibat secara langsung pun amat sedikit bilangannya.

takkanlah setakat cara-cara nak bakar bunting, gunting bunting, tampal poster pun nak kena ajar kat universiti?
takkanlah nak pangkah undi pun kena ada pendedahan?

....................

aku rasa,
mungkin berdasarkan kebodohan anak-anak muda remaja inilah, maka pakatan rakyat mencadangkan dalam Buku Jingga, agar mereka yang berumur 18 sudah layak mengundi.
kerana kebodohan mereka ini senang dimanipulasi untuk menyokong ideologi bodoh mereka pula.

ironi bukan?

5 comments:

anonxanon said...

abang john...wau muler menulis balik?hehehehe lame sayer tunggu abang john nyer penulisan ni....hoho

Siddiq Mahyildin said...

setuju parok

Anonymous said...

sapa yg setuju pilihanraya kampus merupakan perkara membazir dan menggangu perjalanan kuliah pelajar, sila angkat tangan !

Bert said...

aku rasa
mungkin ada teori konspirasi di sebalik ini wahai cucunenekkebayan

cucunenekkebayan said...

anon: haha. baru je mula nak tulis balik dah kena sound. hehe

siddiq: setuju parok tu ape?

anon: aku dah lenguh angkat tangan.

bert: mungkin. illuminati!!!