hehe

Wednesday, April 27, 2011

Ibarat Makan Nasik Lemak Sambil Poco-Poco Dan Mengirim Email.

Malaysia memang banyak membuat sesuatu perkara yang kadangkala di luar batas pemikiran aku selaku rakyat marhaen ni.

banyak benda yang aku suka, tidak disukai oleh policy makers di Malaysia.

....................

aku membesar dengan sarapan ruji nasi lemak.
kadang-kadang makan tengah hari pun nasi lemak.
sampai sekarang pun, tengah malam membelasah nasi lemak juga.

aku tidak obes.
otak aku tidak sembab dan lembap.
mungkin sebab namanya nasi 'LEMAK', maka bunyinya macam negatif.
kalau tak obes dan lembap, kanak-kanak akan 'naik lemak'.
mungkin.

tidak seperti 'HAPPY' Meal yang dijual di McDonald.
yang dijual untuk kumpulan sasarannya adalah kanak-kanak.
disogok pula dengan barang mainan.
McD yang satu dunia tahu sebagai antara punca kanak-kanak obesiti di US.

jadi rasanya perlu kita tukar nama nasi lemak kepada 'nasi sambal ikan bilis' sahaja.

.....................

aku tidak membesar pula dengan tarian poco-poco.
aku rasa menari dengan irama seakan dangdut ini kelakar.
jadi aku tidak suka.

tidak pula aku obes sebab kurang menari.
aku cergas dan cerdas tanpa poco-poco.
tapi tidak perlulah sampai difatwakan haram.

haram kerana pergerakannya menyerupai bentuk salib?

maksudnya, haramkan tanda tambah dalam matematik?
haramkan perbuatan mendepa tangan ketika menarik nafas waktu bersenam?
huruf t??

bukankah segala yang kita lakukan bermula dan berdasarkan kepada niat??

...................

aku membesar di era berkembangnya teknologi maklumat atau IT.
pagi,petang, siang, malam mengadap komputer.
di meja, di riba atau di tangan.

tidak juga aku obes.
tapi aku mengaku yang aku obses.

tidak lama lagi akan ada email 1Malaysia dengan kos pembangunan rm50juta pula walaupun sudah ada berlambak-lambak penyedia akaun email PERCUMA di dunia ini.

kita buat jalan, jalan retak.
kita buat stadium, bumbung runtuh.
kita buat bangunan, bumbung bocor.
retak, runtuh dan bocor ni boleh dilihat dan dilaporkan.

kalau kita buat email pula;
maklumat peribadi bocor tak siapa yang tahu.

.................

tapi ini semua pandangan peribadi aku yang makan nasi lemak, tidak poco-poco dan menggunakan email percuma sahaja.

terpulanglah.

7 comments:

sri tribuana said...

spot on bro, poco2 haram kt perak jer jd kalau tak nk haram buat tempat lain

Anonymous said...

Translation kepada Nasi Lemak = "Fat Rice". Jadi sebab tu kot orang kurang akal kata makan nasi lemak boleh jadi gemuk=Fat. Kalu ya, semua orang melayu dari dulu sampai sekarang gemuk-gemuk seba makan fat rice.

keh..keh...bangang.

abuarif said...

Ko nak beli apa dgn RM50 juta! Rasanya masa quate harga utk eduwebtv pun x sebyk tu...

Email... Email free dari ISP gila melambak.. Dek kerna obses dgn tema 1Malaysia.. Kononnya patriotik abih...

Apa kebenda sume ni..

Anonymous said...

mak sangat setuju...
kat sekolah banyak mana sangat nasik tu dihidangkan dengan kos mampu beli oleh bebudak sekolah dan nak makan dalam masa 20 minit..
poco-poco...tak minat, dan tak pernah terfikir itu btk salib
IT, mak tak pandai - no komen

Anonymous said...

TerbAik!
Tp i expect u nk ckp psl reaktor nuklear bila u mention psl bangunan runtuh etc tu. Hehe

cucunenekkebayan said...

sritribuana: hmm..tu yang pelik tu. kalau babi, haram kat seluruh dunia pulak. kalau ni saya cuba cari 'apa kepentingan politik mufti perak' ni, tapi tak jumpa pulak. hehe

anon: lepas ni ade "low fat rice" atau nasi lemak rendah lemak. haha

abuarif: mungkin nak beli server kot. mcm fb, server harganya berbilion2 tuh. nak mudahkan kempen pilihanraya kot. hantar email burst. haha

emak: setuju. bukannya mampu beli sambal sotong ke paru ke rendang ayam ke..

nanakotni: haha. tu isu lain lak la.

Anonymous said...

pasal nasi lemak n email 1 malaysia tu aku pn xsetuju sama mcm apa yg penulis tulis. tp pasal poco-poco tu lain plk pandangan aku..mungkin ya rasanya xsesuai dgn budaya org islam. tp btl jgk, apa pn berlandaskn dgn niat.