hehe

Friday, January 15, 2010

tidak perlu risau: hanya kuatkan iman kita.

hmmm. ntah la.

hujah mereka sama sebijik dengan hujah sebahagian daripada kita.
bijak muslihat dan permainan minda mereka.
sampai ada di kalangan kita yg bermati-matian percaya.

baca artikel dalam malaysianinsider.
disebabkan penganut Islam sendiri keliru, maka mereka buat konklusi sebenarnya Islam adalah agama yg tidak wujud dan hanya derivative daripada agama lain (HINDU).
sebab apa?
sebab kita terlalu mudah bersetuju tanpa kaji muslihat mereka.

susah sangat ke orang kita nak faham?
perkataan Allah memang digunakan daripada dahulu sebelum Islam lagi.
Allah mmg bukan exclusive kpd Islam, apatah lagi kpd Melayu.
tp itu dahulu.
beribu tahun dahulu.
sebelum Islam wujud.

bukankah kedatangan agama Islam menghapuskan agama2 lain sebelumnya?

begini.
kita semua tahu, bible sekarang sudah ditukar2 dan dipalsukan.
maksudnya, kandungannya tidak lagi suci dan tidak benar.
Adakah kita menghalalkan kalimah suci itu digunakan utk menyebarkan ajaran yg kita tahu salah?

tidak sedihkah kita, melihat kalimah Allah dibuat rantai, wajahnya dibuat karikatur, dilawakbodohkan mereka (sbb mereka bebas mentertawakan tuhan sendiri) sebab kalimah itu sudah terlalu dekat dan lekat pada hati kita?

perlukah kita hanya menyedapkan hati setiap masa, dengan berkata 'oh, itu Allah mereka. Allah aku lain"

isu natrah contohnya.
seorang budak direbut dua agama.
kenapa orang Islam bersatu menentang natrah diambil balik oleh keluarganya? sedangkan itu keluarga kandungnya! kenapa orang Islam ketika itu tidak hanya yakin dan percaya dalam hati, yang natrah akan tetap berpegang kepada ajaran Islam yg sudah belasan tahun dianutinya?

sebab kita semua dulu PERNAH ada perasaan risau itu. risau natrah akan keliru dengan didikan mana yang harus dia ikut.

akhirnya?

natrah mati dengan salib di dadanya.

Wednesday, January 13, 2010

Demi Allah: bodohnya kita.

bangsa Melayu beberapa tahun ini terlalu jelas sangat lemahnya.
nampak sangat berpecahnya.
ramai yang tertawakan kita.
ramai yang ambil kesempatan ke atas kita.

Islam menyatukan kita sebenarnya.
walau berbeza fahaman politik, latar pendidikan dan kekayaan, kita sama seagama.
kalimah Allah kita julang sama-sama.
ambil kesempatan tuntutan mereka ini untuk kita bersatu kembali.
bukannya perlu mengangkat senjata, cukup sekadar sebulat suara.

........................................

PAS pastinya bersetuju dengan tuntutan ini.
sudah boleh diagak sedari awal lagi oleh kita dan juga mereka.
bila PAS menyokong mereka, habislah kita.
yelah, dengan serban dan janggut itu sudah cukup untuk dijadikan hujah oleh mereka bahawa alim ulama Islam sendiri menyokong mereka.

ya, diakui oleh satu dunia, memang kalimah Allah sudah lama digunakan sebelum kedatangan Islam.
negara-negara lain seperti indonesia membenarkan kalimah itu dicabuli.
tapi cuba lihat apa jadi di indonesia?
mak Islam, bapa kristian, anak buddha pun tidak mengapa.
jangan lihat negara orang saja.
fikir untuk negara sendiri!

cuba bayangkan anak-anak anda nanti, dengan capaian internet, bertanya kepada anda:
"abah, mak Allah ni menyusukan Allah ke?" "anak Allah ni laki ke perempuan?"

kalau dahulu, mungkin kita boleh bezakan artikel itu adalah kristian walaupun kalimah Allah digunakan sebab bahasanya adalah bahasa Indonesia.
tapi, bila dah dialih bahasa kepada bahasa Melayu?
silap-silap, orang PAS pun tak pas nak menentukan yang mana artikel Islam, yang mana kristian.

di negara lain boleh, tidak bermaksud di Malaysia juga boleh.
kenapa kita tak hapuskan sahaja identiti kaum minoriti di Malaysia macam di Perancis dan UK? kenapa kita tak buat sekolah satu aliran saja macam di singapura-pura?
bab-bab yang ada kepentingan mereka, tak nak pula disamakan dengan negara lain!

.......................................

wahai pemimpin-pemimpin PAS dan konco-konconya.
mengakulah yang anda semua terpaksa berbohong untuk meraih sokongan selain Melayu.
mengakulah yang anda semua berasa terhina bila kalimah suci ini dipersenda.
mengakulah.
jangan malu.

itulah bezanya menggunakan kuasa politik untuk kepentingan agama dengan menggunakan agama untuk kepentingan kuasa politik.

p/s: baru sekarang aku jumpa rasionalnya penggunaan ungkapan "demi Allah" yang selalu aku guna masa kecik2 dulu untuk meyakinkan kawan-kawan aku. sekarang, aku gunakan untuk meyakinkan anda semua pulak; demi kalimah itu.

Monday, January 11, 2010

tak tahu.

aku pernah tulis pasal seorang rakan aku yang bukan bangsa aku tp mengaku rakyat Malaysia yang dah hidup di bumi ini selama 22 tahun, tapi masih tidak kenal dan semacam tidak pernah dengar ape itu buah kurma.
pertanyaan itu diajukan ketika pertengahan bulan puasa.
ye, bulan puasa.
tatkala iklan Yusuf Tayyob berulang kali ditayangkan.
tatkala biji-biji kurma bertaburan di mana sahaja.

tapi, tadi ada penemuan yang lebih memeranjatkan.
ada seorang lagi rakan aku yang bukan bangsaku, juga mengaku rakyat Malaysia kerana sudah lebih 20 tahun hidup di negara yang agama Islam adalah sebagai agama rasminya, mengerutkan dahi sambil bertanya kepadaku apakah itu 'azan'.
bukan maksud disebalik laungan azan, tapi apakah itu 'azan'.
lantas aku terpaksa la melaungkan azan untuk beberapa sangat.

"oooo. itu 'ajan' ka?!"

juga berlaku tadi.
sewaktu pemenang tempat pertama anugerah juara lagu diminta memberi ucapan, seorang komposer/penulis lirik bukan Melayu tapi rakyat Malaysia yang tergagap-gagap berucap dalam bahasa Melayu.
mengalah, dan terus berucap dalam bahasa inggeris.
tanda tidak tahu berbahasa Melayu.
walaupun beliau disenaraikan oleh CNN sebagai Top 130 People to be Watched in Asia (menurut kata pengacaranya) sebab terlalu bagus dalam usaha menyemai semangat cintakan Malaysia.

..........................................

patutlah.

patutlah mereka selalu membuat perkara-perkara bodoh yang terlalu jelas akan mengundang kemarahan orang Melayu.
sebab mereka tak tahu.

tak habis-habis kata, mereka dah pakai kalimah Allah dari dahulu.
dari zaman sebelum wujudnya Islam.

sebab mereka tak tahu.
negara kita tak sama dengan negara lain.
negara lain sudah pakai daripada dahulu takde masalah.
negara kita daripada dahulu tak pernah pakai pun takde masalah.
kalau nak pakai yang bermasalah!

..........................................

Entah-entah kalimah Allah pun mereka tak tahu selama ini digunakan oleh orang Islam di Malaysia.

Sunday, January 3, 2010

Kereta Proton Evo VIII.

meluat.

banyak sungguh kereta Proton Wira dan Proton Waja yang sudah disolek seakan-akan Mitsubishi Evolution.
lampunya ditukar.
spoiler, bumper dan interior juga.
ada yang lebih ekstrim memodifikasi enjinnya sekali.
paling cikai pun menukar lambang Proton kepada lambang Mitsubishi.

pengikutnya sangat ramai.
siap ada pelbagai pertubuhan 'pembeli kereta tempatan kacuk import' ini.
matlamatnya hanyalah untuk menyedapkan hati sendiri, mengelirukan orang lain, menipu ataupun malu kerana memiliki kereta murah dan tidak mampu membeli kereta import itu.
tapi hakikatnya, kereta itu masih cap Proton dalam dan luar.
tukarlah macam mana pun.

semuanya gara-gara prestasi kereta Evo yang sangat memberangsangkan itu.
juga gara-gara pihak Mitsubishi yang bodoh buat tak kisah kereta mereka diciplak oleh golongan-golongan tak mampu itu.
kerana mungkin pihak Mitsubishi tak tahu, lama-kelamaan, orang dah taknak beli kereta mereka lagi. mahal.
baik beli Proton, convert saja.
murah dan mudah.

tak mustahil lepas ini, Mistsubishi akan lenyap di Malaysia.

.................................................................................

meluat.

mereka ingin guna nama Allah untuk agama mereka.
matlamatnya hanyalah untuk mengelirukan orang lain dan menipu.
semuanya gara-gara prestasi agama empunya nama Allah itu.
juga gara-gara empunya nama Allah itu bodoh buat tak kisah.
empunya nama Allah itu tak tahu, lama-kelamaan, orang ramai akan lupa siapakah pemilik asal nama Allah itu.
maka, convert saja.
sebab agama mereka itu kedengaran sama sahaja nama tuhan mereka.
agama itu juga lebih mudah dan murah.

tak mustahil lepas ini, agama asal Allah itu akan lenyap di Malaysia.
Nauzubillah.