hehe

Monday, June 28, 2010

BULI, DERA, BUNUH.

teringin nak blog pasal kes buli di sekolah.

tapi risau orang berpantun kat aku nanti:

"paku dulang,
paku serpih,
mengata orang,
dia yang lebih"

menyesal.

kalaulah aku boleh melawat kembali zaman silam..

Friday, June 25, 2010

Gurindam: pePERITsaan.

dulu beg penuh buku
sangkut saja pada bahu
tak pulak tulang tercabut
tak pulak aku bantut.

sekarang beg ada roda
buku pulak makin tak ada
bukan murid-murid yang komplen
tapi mak bapak yang bising-bising.

lama-lama mak bapak jugak yang pening
bila roda dah tak lagi berpusing.

...................

kesian kat anak-anak
kat sekolah belajar
kat rumah belajar
kat tuisyen belajar

ini semua angkara peperiksaan!
kena bawak buku walau dalam hutan.

tapi macam biasa.
anak-anak okey saja
mak bapak yang beria-ria.

anak awak ke medan peperiksaan,
bukan medan peperangan.

...................

lepas ni mak bapak mesti lega
anak-anak tak perlu periksa
dari darjah satu sampai tingkatan tiga
pergi sekolah, tak tau nak buat apa!

macam biasa, anak-anak seronok je
pergi sekolah jumpa member-member
balik sekolah, merempitlah mereka
yang betina, jadi pemboncengnya.
jangan salahkan mereka.
sebab mereka dah tak tau nak buat apa.

..................

dah jadi macam tu nanti,
barulah mak bapak nak sedarkan diri.
rupa-rupanya peperiksaan itu bukanlah demi gred semata-mata.

ia perit, tapi perlu juga.
peperiksaan untuk kita periksa anak-anak kita.
kat sekolah mereka buat apa!



p/s: mak, post ni bukan ditujukan kepada emak ye. post ini utk mereka yang suruh mansuhkan UPSR dan PMR.

Thursday, June 24, 2010

Penjara Pudu

aku mengutuk keras tindakan kerajaan Singapura dulu.
sebab mereka robohkan sebuah stadium lama untuk pembangunan komersial.
tapi, penjelasan mereka masuk akal.
sebab di Singapura, tidak cukup tanah.
laut ditambak, kubur bertingkat-tingkat.

.....................

rupanya, Penjara Pudu yang sudah berusia 115 tahun di Malaysia pun dirobohkan juga.
tapi bukan sebab tak cukup tanah.
bukan sebab tanah.
ini sebab tamak.

.....................

memang la.
penjara bukanlah tempat yang manis untuk dikenang.
baik kepada penghuninya, mahupun ahli keluarga penghuninya.

tidak seperti sebuah stadium.
tempat kita raikan kemenangan.
tempat kita bersorak kegirangan.

tapi ini bukan sekadar penjara.
ini Penjara Pudu.
tempat Botak Chin.
dan ramai lagi penjenayah yang paling merbahaya.

......................

jangan lihat penjara itu sebagai hanya sebuah penjara.
nilai sentimental lagi tinggi daripada nilai komersial.
Penjara Pudu ini lambang kesejahteraan negara.

kenapa tak dirobohkan sahaja A Famosa?
itu lambang penjajahan.
itu juga lambang kejatuhan kita!

.....................

bagi aku, lokasi Penjara Pudu di tengah-tengah segitiga emas itu sangat ironik.

di situlah tempat manusia yang terpaksa mencuri kerana kesempitan hidup.
dan di situ jugalah tempat orang berbelanja mewah seumur hidup.

di situlah tempat manusia terus mengejar kehidupan,
dan di situ jugalah tempat manusia menanti berakhirnya kehidupan.

.....................

di penjara, ada tembok yang menghadkan pergerakan.
segalanya di bawah kawalan.

robohnya tembok penjara itu adalah lambang robohnya kawalan tingkah laku manusia dalam mengejar kekayaan.
segala tindakan untuk kemewahan jadi bebas.
jiwa perompak, penyamun, perogol, pembunuh akan meresap dalam diri.

selicik perompak,
sekental penyamun,
sebangsat perogol,
dan sekejam pembunuh; emas di segitiga itu akan dilombong!
kita hanya duduk terlopong.

.....................

aku seru roh Botak Chin dan kawan-kawannya menghantui manusia-manusia tamak ini.

"Botak Chin, ini hadiah untuk anda dan rakan-rakan. Sel-sel penjara ini tak lama lagi akan jadi hotel dan pangsapuri. menginaplah di mana-mana bilik yang kamu suka. tilam empuk, penghawa dingin dan kolam mandi menanti anda. nikmatilah,"

Friday, June 18, 2010

salah nenek moyang kita!!

mental orang Melayu sudah lama melayu.
susah nak kembang mekar.
sebab sudah lama disiram racun.
oleh nenek moyang kita sendiri.

....................

dari dulu, telinga kita sudah disumbat dengan kenyataan yang kita ni bangsa yang lemah matematik.
orang cina semua hebat matematik.
jadi, bila kita gagal matematik, mak bapak pun tidak kisah sangat la.
sebab memang keturunan kita ni bebal matematik.

tapi yang peliknya,
genius-genius matematik dalam Malaysia ni semuanya nama Melayu.

...................

nenek moyang kita selalu juga kata yang kita ni tak pandai berniaga.
kalau yang kaya, semuanya orang cina.
jadi, kita ni elok makan gaji sajalah.
kerja dengan kerajaan.
lagipun kita ni pemalas nak mampos.

tapi yang peliknya,
begitulah ramai usahawan kita yang kaya-raya, cuma sengaja tidak disenaraikan dalam senarai paling kaya di Malaysia.
tapi, nenek moyang kita ni pula cakap, kalau orang kita ni kaya-raya, itu mesti orang kuat kerajaan ataupun makan rasuah.
tengok sajalah perut mereka, semuanya boroi!

orang kita memang sesuai kerja kerajaan, kata nenek moyang.
sebab kerja rileks dan boleh baca majalah URTV.
sesuai, sebab dah memang tuhan jadikan keturunan kita ni suka hiburan dan makan gaji buta.

...................

orang cina ni rajin.
bangun pagi pukul 4, kata nenek moyang kita yang duduk kat kampung Melayu.
ntah dari mana mereka tau atau nampak orang cina bangun pagi-pagi.

maknanya, nenek moyang kita pun bangun pagi-pagi jugalah.
tak pun, bekerja hingga pagi buta, sampailah orang cina bangun tidur.

..................

yang keturunan kita expert, hanyalah bercucuk tanam.
jadi petani.
ternak lembu, kambing, ayam.
sebab keturunan kita ni buruk lantak.

tapi yang peliknya,
tak ramai pun orang kita ni jadi petani.
yang ramai kat pasar-pasar, adalah orang cina juga.
sebab tu kita panggil tauke sayur, tauke ikan.

..................

itu sebab bangsa kita tak maju.
itu sebab bangsa kita jadi penakut.
itu sebab bangsa kita cepat berpuas hati.

kalau anak kita lemah matematik, tidak mengapa.
bukan salah anak.
dah memang dalam darah kita ni hanya hebat subjek Bahasa Melayu je.

orang kita tak payah fikir jauh-jauh nak jadi kaya, nak berniaga.
sebab kita memang takda skill berniaga.
kita kerja saja dengan gomen.
takpun kerja dengan company mereka.
kita semua kena masuk sekolah cina, belajar cakap cong-ceng-cong-ceng.
senang dapat kerja.

kalau kita bangun tidur lambat, malas buat kerja pun tak mengapa.
bangsa kita memang berat buntot.
pemalas dan suka tidur je.

...................

kalau kita terus didik anak-anak kita begini, memang sampai bila la kita lemah.
bangsa lain asyik menggunakan trademark 'Melayu Malas', 'Melayu Bodoh'.
tu sebab bangsa lain ni lebih berkeyakinan.
sebab cara didikan mereka berbeza.

nenek moyang mereka selalu cakap "kita ni bangsa yang terhebat. pandai, rajin, dan boleh buat apa sahaja. tengoklah, di seluruh dunia ada orang kita, ada 'town' kita".

..................

"mereka nak bangun tidur pun malas, ada hati nak bangunkan negara!"

Monday, June 7, 2010

UM: Universiti Mahal.

semua mak bapak nak sangat anak mereka masuk universiti.
kalau boleh nak anak mereka masuk universiti ternama.

tapi sebenarnya, ramai mak bapak yang tak fikir tentang masalah besar yang akan menyesakkan nafas mereka.
masalah yang datang sebulan sekali.
masalah yang sebenarnya, anak mereka benar-benar fahami.
masalah ekonomi.

.....................

banyak mak bapak tertipu dengan PTPTN ni.
mereka ingatkan, kalau dah dapat PTPTN, maka poket mereka akan selamat.
tidak perlu menanggung anak mereka lagi.
kalau di UITM, dengan yuran rm500 setiap semester, makan percuma, penginapan percuma dan PTPTN rm3500, maka sangkaan mak bapak itu adalah benar.
anak mereka akan hidup mewah.
malah ada yang mampu beli kereta dengan duit PTPTN.

.....................

tapi, tidak di UM.
demi Allah tidak.
sumpah.

kalau dapat full PTPTN pun rasanya tak cukup.
apatah lagi yang dapat half.
atau suku.

bayangkan, kalau tak dapat langsung!
bukan sebab kaya, tapi masalah teknikal dan birokrasi PTPTipu itu.

.....................

di bawah ini adalah pecahan perbelanjaan pelajar di UM, Fakulti Alam Bina.

PTPTipu = rm 3500 (full loan)

yuran kolej = rm 1200

yuran akademik = rm 1200

total = rm 2400

baki = rm 1100

....................

print, fotostet, binding, drawing, assignment (kos pengangkutan dan mendapatkan bahan) dan lain2 untuk satu semester

= rm 500

....................

allocation untuk sebulan (rm 600 / 4) = rm 150

sehari = rm 5.00

....................

lunch (tidak sarapan) = nasi putih, ayam, sayur, sirap = rm 5.00

dinner = pasir, air hujan = FREE.

....................

jadi, mak bapak jangan la benci bila anak yang belajar di UM ni selalu mintak duit.
adik beradik yang lain pulak, jangan la nak dengki kalau abang, kakak atau adik anda dapat duit poket lebih.
tolong la faham.
hidup pulak kat tengah-tengah Kuala Lumpur ni, SEMUA benda mahal.

percayalah, tak ada anak yang suka mintak duit kat mak bapak.
percayalah, anak-anak ni dah besar dan faham sangat masalah mak bapak.

tapi, kami terpaksa.

....................

jangan sampai anak-anak terpaksa kerja pada waktu malam.
takut nanti terjejas pelajarannya.
atau, lebih teruk lagi, jangan sampai anak-anak jadi penjual dadah, gigolo atau GRO.

bukan sebab nak hidup mewah.
tapi sekadar nak hidup dan belajar di universiti ternama ini.

Sunday, June 6, 2010

I wanna be a BILLIONAIRE!

dalam perjalanan pulang dari Perkemahan Berkelah di Maran Pahang yang dianjurkan oleh PERSATUAN KITA (promote sket!), aku dengar lagu ni.

tiba-tiba kawan aku, Izzat tanya "billionaire dalam bahasa melayu ape?".

aku fikir.
punya fikir.
punya fikir.

bilionwan?
ribujutawan?
seribujutawan?

setakat yang aku tahu, tiada.

.....................

untuk kita orang Melayu, nak menjadi jutawan selalunya mesti ahli politik, korupsi, ali baba atau orang gila.
begitu susah.

patutla perkataan billionaire ini masih belum masuk dalam perbendaharaan kata bahasa melayu.

.....................

masih belum jadi bahasa kita.
masih jauh perjalanan kita.