hehe

Wednesday, January 12, 2011

Kampung Baru Yang Dah Lama

Buat yang tak tahu, Kampung Baru adalah sebuah kampung milik orang Melayu di tengah-tengah kota maju Kuala Lumpur.
ramai orang marah bila ada cadangan nak majukan Kampung Baru.
sebab nanti akan hilang identiti dan hak orang Melayu.
aku sokong prinsip ini.

............

cumanya, aku rasa pembaharauan perlu dilaksanakan di Kampung Baru.
sekarang ni kawasan itu terlalu hodoh, miskin, tak teratur dan memalukan.
itu identiti kita orang Melayu?

mat rempit, budak-budak tak senonoh dan mat Indon penuh.
ada hati kita nak cakap Kampung Baru itulah identiti orang Melayu lagi?
Kampung Baru nak di jadikan pusat pelancongan?
bagi orang luar tengok betapa daifnya bangsa majoriti di Malaysia?

kalau aku jadi orang luar, kesimpulan daripada pemerhatian aku di Kampung Baru sangat mudah.
yang memajukan Malaysia, pastinya bukan orang Melayu.
sebab Kampung Baru menggambarkan sebaliknya.

.............

cuba contohi pembangunan di Kampung Molten, Melaka.
amat cantik.
amat.

tapi tulah.
takkan kerajaan jugak yang kena keluarkan duit.
habis tu macam mana nak fund Menara Warisan?

Monday, January 3, 2011

Tsunami Bola Sepak Malaysia

nak jadi glamor?
nak twitter kau jadi top 5 dunia?
nak blog koo dapat follower sampai 7000+ dalam sekelip mata?
nak akaun fb kau full kena add?
mahu jadi buruan artis-artis single atau janda?
mahu ditemubual oleh surat khabar atau radio?

jadilah pemain bola sepak yang menang piala suzuki setelah 14 tahun kemarau.
atau, jadilah isteri/teman wanita (tak kesah la walau baru couple 2-3 bulan pun) kepada pemain bola sepak yang baru menang piala suzuki setelah sekian lama kalaaaaaahhhh je.

atau cukup sekadar ada bau-bau bacang je dengan salah seorang daripada mereka.
lebih baik kalau safee sali atau khairul fahmi (KFCM-nama manja yang dipanggil oleh gfnya).

....................

hmmmm.
aku bakal kesian dengan skuad Harimau Muda kita ni.
sebab aku yakin, mesti ramai yang tak betul-betul faham sukan ni macam mana.

sedang naik ni, ramai la yang puji melangit.
bila jatuh nanti, lintang-pukanglah tak cukup bumi.

sebab sukan ni ada turun naiknya.
takkan menang sampai bila-bila.

...................

masih ingatkah kita pada TsuMawi?
ohhh...mesti ramai yang dah lupa.

sekarang sudah ada TsuFahmi.
tak lama lagi MUNGKIN senasib yang sama.

sebab tsunami ni datang tiba-tiba.
hilang meninggal luka.

luka dibalas keji-nista.

...................

p/s:

abang aku pernah bersekolah sama dengan safee sali.
mak aku penah mengajar beliau.
muka housemate aku sebijik macam muka safee sali.
aku pernah terambil selipar khairul fahmi di masjid.
aku pernah makan di restoran yang sama dengan khairul fahmi.
teman wanita aku pernah bersekolah sama dengan teman wanita khairul fahmi.

yessss!!!

esok confirm facebook aku akan penuh peminat nak add.
blog aku akan famous dengan 10000 followers!!

kepada Nora Danish (ya, I yakin U akan baca blog I ni) kalau I call U tak angkat, siap U!!!