hehe

Wednesday, May 23, 2012

BUDAYA DEBAT : BERSEDIAKAH KITA?

Debat adalah satu medium yang bagus untuk mengupas sesuatu idea.
Daripada berdebat, banyak pengetahuan yang kita boleh dapat.
Baik kepada pendebat sendiri dan paling untung kepada pemerhati/pendengar sesi debat tersebut.
Sebab mereka boleh dengar pendapat dan pandangan daripada kedua-dua belah pihak.

Tapi, untuk mendapat manfaat kepada satu-satu sesi perdebatan, audiens MESTILAH berfikiran terbuka dan tidak berat kepada mana-mana pihak untuk membuat satu penilaian yang adil.
Kalau anda datang dengan baju PKR atau baju UMNO, lebih baik anda pergi mendengar ceramah politik jerit-jerit tengah padang/surau yang dianjurkan oleh mereka.

..............................

Nature dalam perdebatan mestilah "aku yang paling betul".
Jadi, anda tidak boleh sama sekali bersetuju dengan pandangan pihak lawan anda,
walaupun apa yang dikatakan itu terlalu benar seperti 1+1 jawapannya dua.

Apa yang dilihat di Malaysia, kalau pendebat itu adalah "orang kita" SEMUAnya betul belaka.
Walaupun yang dikatakan adalah 1+1 jawapannya 3.

...............................

Sedikit rumusan buat semua pembaca:

Adakah pendebat yang melontarkan fakta beratoritatif paling banyak adalah pemenangnya?
Tidak. Semua fakta, auta.

Adakah pendebat yang tidak menjawab soalan itu akan kalah?
Tidak juga. Ia sekadar "soalan".

Adakah pendebat yang menggunakan serangan peribadi akan kalah?
Juga tidak. Ujian emosi untuk pihak lawan.

Adakah pendebat yang menerima tepukan paling gemuruh itu menang?
Tidak. Penyokong beliau lebih ramai.

Adakah debat itu menunjukkan siapa yang betul?
Tidak sama sekali.

Debat adalah kemahiran, bukannya kebenaran.


Wednesday, May 16, 2012

Cina Benci China.

Insiden sebuah Ferrari 599 di Singapork yang telah mengorbankan 3 nyawa begitu ironi di mata aku.
Ferrari tersebut yang dipandu oleh seorang imigran/pendatang China dipandu laju dan melanggar lampu merah telah berdentum dengan sebuah teksi.

Rakyat Singapork kini begitu marah dengan kes ini kerana mereka menyifatkan pendatang-pendatang dari China telah merosakkan negara mereka dan dilihat menguasai pelbagai sektor di sana.

Sentimen-sentimen anti pendatang China mula disebarkan.

...............................

Lupakah dari mana mereka juga datang?
Bukankah mereka sebelum ini mengagung-agungkan keterbukaan negara mereka?
Butakah mereka yang selama ini memajukan negara, mewakili negara mereka adalah BUKAN rakyat mereka?
Tidakkah mereka yang selalu menjulang negara asal kelahiran nenek moyang mereka itu?

................................

Anda juga sama sahaja.
Cuma zaman sahaja berbeza.

Bukan Melayu sahaja mudah lupa sebenarnya....

Friday, May 4, 2012

INI BUKAN PASAL BERSHIT 3.0!!

ok. Janji.
Kali ini aku takkan tulis pasal Bershit 3.0 lagi.
Sebab bagi aku Bershit 3.0 tidak mencapai matlamat.


Ia memberikan kesan, tapi tidak berkesan.
Kesannya rakyat Malaysia tahu ramai yang membenci kepimpinan sekarang, tapi keberkesan Bershit 3.0 untuk mempengaruhi rakyat Malaysia mengundi PR itu masih kabur.
Malah, ramai yang makin menjauhkan diri.


Alamak. Tertulis sikit juga.
Maaf.


....................................


Aku nak tulis pasal hiburan tanah air.


Aku pelik kenapa lagu Bawaku Pergi diharamkan.
Sedangkan lagu The One That Got Away oleh Katy Perry lebih teruk tapi tiada siapa ambil kesah.


"Summer after high school when we first met
We made out in your Mustang to Radiohead
And on my 18th Birthday
We got matching tattoos

Used to steal your parents' liquor
And climb to the roof
Talk about our future
Like we had a clue
Never planned that one day
I'd be losing you"



Aku lebih terpengaruh dengan Katy Perry rasanya.
Tapi selaku penyokong PR (read:PAS), itu semua kerja ahli neraka BN dan UMNGOK.


...............................


Selaku ahli PR seumur hidup, fokus aku tidak pernah lari.
Perjuangan kami hanya untuk rakyat.
Demi rakyat. Sebab we are the boss.
We have voted for you.


Cuma ketika Bershit tempohari, fokus kami yang seramai 300,000 orang ini sedikit terganggu apabila ada beberapa orang SB (perhatikan betul-betul, mereka memakai gelang tangan berwarna kuning) yang menyamar sebagai pengikut Bershit telah memulakan provokasi dan akhirnya kami tumpas kepada tuntutan nafsu binatang beruk kami.


Apabila salah seorang daripada mereka menyepak polis, 
kami pun terpengaruh sama!!
Begitu juga apabila kami melihat 3-4 orang SB bergelang tangan kuning memecahkan cermin kereta polis dan menterbalikkan kereta polis itu, kami tertolong SB tersebut!!
Ini semua berpunca daripada SB upahan UMNGOK ahli neraka!!
Kalau mereka tidak pengaruhi kami begitu, mustahil Bershit akan bertukar ganas.
Come on!
Kami ini alim ulama orangnya! Tinggi ilmu agamanya!
Kami dijanjikan syurga! Tok Guru yang jamin!
Kau hado???
Rosmah tak pakai tudung!! Ceit!!


Alamak. Tertulis sikit lagi.
Maafkan saya.


..................................


Tapi korang semua jangan marah.
Terlari fokus ini biasa.
Macam PR dan Tambiga sekarang ini.


Lapan (8) Tuntutan Bershit entah ke mana.
Pilihanraya adil entah ke mana.
Perhimpunan aman entah ke mana.


Sekarang ini sibuk duk menuduh BN, UMNGOK dan PDRM punca keganasan Bershit 3.0.
Anwar dan Azmin sibuk menafikan arahan ceroboh Dataran Merdeka.
Habis mahasiswa Bulan Pertama, Universiti Percuma Dataran Merdeka tak boleh nak belajar!
Please la. Diorang sedang kuliah subjek bahasa mandarin dan lukisan karikatur tu!


Matlamat Bershit mana?
Nanti laaa..bersihkan dahulu nama pemimpin kita ni.
tak lama lagi nak jadi PM dah.
Itu lagi penting.
Ahli syurga kena nampak bersih.
Nanti apa pula kata penganut agama lain, 
Orang Islam ni perangai macam anjing pun boleh masuk syurga!


..................................


Nampaknya aku pun tak mengotakan janji untuk tidak tulis pasal Bershit ni lagi.
Hmm..teruk la aku ni.
Cakap orang je lebih.


Janji aku macam janji "perhimpunan aman" Bershit.
Macam juga janji PR nak buat itu ini.


Maafkan aku.
Aku pun manusia.