hehe

Tuesday, June 12, 2012

Mana Bagusnya Demokrasi?

Tidak susah untuk mengiktiraf ciptaan sendiri.

........................

Cuba pejam mata, bayangkan perkara pertama yang muncul bila kita berfikir tentang DEMOKRASI.

Kalau aku, ini adalah yang bermain difikiran:
1. wajah Najib sedang berucap dengan Rosmah Mansur yang memakai head-band bermain badminton.
2. wajah Anuar Ibrahim mata lebam sambil berteleku di atas katil mengelap sesuatu di celah kangkangnya.
3. wajah Nik Ajis mengusung tabung derma untuk pembinaan lebuhraya.
4. gambaran lautan manusia berbaju kuning, merah, hijau diselang-seli dengan beruk-beruk melompat terpekik.
5. wajah Rosmah sedang kusyuk mengaji Quran sambil bersimpuh dan rambut tersembut dihadapan anak yatim.
6. lagi wajah Rosmah sedang bersenam aerobic.
7. lagi wajah Rosmah sedang memeluk kanak-kanak yang sedang menangis.
8. lagi sekali wajah Rosmah sedang menyanyi duet bersama Mawi.

........................

Apa itu PENGAMALAN demokrasi sebenarnya?
di Malaysia, pengamalan demokrasi tidak lebih daripada "pembuangan undi ketika pilihanraya".
jadi, setiap apa yang dilakukan oleh penagih-pengemis demokrasi ini hanyalah untuk meraih undi.
tidak lebih daripada itu.

perjuangan bangsa, agama dan tanah air itu hanyalah wayang untuk mendapatkan undi.
memberi wang RM500, RM5,000, jaminan syurga, kuasa rakyat, itu semua adalah wayang.
untuk mendamba simpati, sokongan dan harapan demi satu undi daripada kita semua.

Sampai ulama' yang menjadi tempat rujukan sewajarnya, mengeluarkan pelbagai fatwa wajib mengundi.
Sampai pejuang-tukang kempen facebook mengeluarkan ARAHAN WAJIB SHARE JIKA KAMU ISLAM DAN TAKNAK MURTAD.

...........................

aku ambil contoh Anugerah Bintang Popular sebagai perbandingan.
Aaron Aziz dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular setelah mendapat undi yang paling banyak.
Maka dengan itu, bolehkan kita jatuhkan kepastian yang Aaron Aziz adalah Pelakon Paling Terbaik atau hanya sekadar popular?

Bagaimana seorang artis boleh popular?
Dengan gosip murahan, tayang buah dada, kes cerai berai, skandal dengan menteri?
Beli surat khabar BH satu lori menurut kata Neelofa?

Bagaimana seorang ahli poltik boleh popular?
Dengan cara lebih kurang sama.
Gosip murahan, tayang (read: takut) bini, kes cerai berai dan skandal dengan artis.

............................

Sebab itu, ahli politik di Malaysia amat inginkan penguasaan terhadap media.
Supaya budi sekecil kuman, boleh nampak macam gajah depan mata.
Supaya salah sebesar babi boleh nampak sesuci bayi.

PR begitu marahkan BN yang mengawal media arus perdana.
Lantas mereka kuasai betul-betul media elektronik dan media sosial.
BN, tak perlu ulas lagi.

kejap-kejap cakap 200,000 yang berhimpun.
Pastu tukar ke 350,000 pulak.
video pendemo nazak, gambar nik ajis sembahyang, mak azmin ali menangis, kulum-kulum, romen-romen.

yang ni cakap dia, yang tu cakap dia.
yang kita iyakan saja.

.............................

Jadi bila sudah merasakan partinya popular setelah memberikan rasuah terang-terangan seperti BRIM, Baucer Buku, insentif Felda dan beberapa pengumuman dasar pembangunan palsu untuk 1malaysia, barulah pilihanraya akan dilangsungkan.

Bila nampak ramai berdemo, ramai berhimpun, ramai yang bagi derma, mereka pun mendesak yang satu lagi untuk diadakan pilihanraya kalau boleh esok juga!

SATU-SATUNYA signal untuk membubarkan parlimen adalah indikator POPULARITI parti!

katalah bilangan rakyat yang layak mengundi 10 juta orang.
6 juta telah mengundi BN dan 4 juta lagi mengundi PR.
KATALAH (nauzubillah), BN menang pilihanraya.

Atas tiket apa?
Keberkesanan dasar?
Kebagusan perkhidmatan kerajaan?
Kerajaan yang adil, bijak dan saksama?

kalau betul bagus, kenapa masih ada EMPAT JUTA rakyat yang menentangnya?

Katalah PR kalah pilihanraya.
Adakah sebab PR tak bagus?
Kalau tak bagus, kenapa masih ada 4 juta penyokongnya?
Bodohkah 6 juta rakyat Malaysia yang tak menyokongnya?
Berkesan sangatkan video Anuar dan Azmin dengan pelacur masing-masing?
Altantuya? Kapal selam?
Dah lupa??!!

.................................

Apakah kriteria yang ada pada Saidina Abu Bakar hingga menjadi pilihan Nabi Muhammad SAW untuk menggantikannya memimpin umat Islam?

Popular?

Apakah cara pemilihan yang dilakukan Rasulullah?

Pilihanraya?

......

"SIAPA YANG KATA DEMOKRASI INI TERBAIK, TENTULAH PENCIPTANYA"


Sekian,

CucuNenekKebayan
Pengerusi Lantik Sendiri
GERANDI