hehe

Monday, April 1, 2013

Check And Balance

Lewat kebelakangan ini, ramai yang konfius dengan pegangan politik aku.
Ada yang menggelarkan aku sebagai 'lalang'.

...................

Jangan kita keliru.
Pegangan politik jauh sekali nak disamakan dengan pegangan agama.

Condong ditiup angin politik itu memang sewajarnya.
Itu resmi berpolitik.
Mereka (politikus) akan cakap/buat macam-macam untuk memastikan kita terlentok ke arah parti yang diwakili mereka.
Adalah normal bagi kita untuk cenderung kepada mana-mana penawaran yang dikira memenuhi selera, bertepatan kehendak dan selari dengan keadaan semasa.
Yang penting kita suka.

Kalau dibuat dalam beragama, kita wajib mati direjam.
Ini berpolitik.
Mereka paling tinggi jawatannya pun tetap manusia.
Bukannya tuhan yang disembah.
Hatta mereka alim ulama.

....................

Ini zaman baharu.
Zaman 'action speaks louder than words'.
Zaman dulu-dulu baru merdeka, orang kita takut nak memimpin dan dipimpin orang sendiri lagi.
Juga masih terlalu awal kita nak tentukan parti A atau B yang layak mentadbir.
Logiklah kita terus condong, lentok dan meleleh (basah merembes) hanya dengan hamburan angin dari tiupan mulut politikus-politikus sahaja.

Sekarang sudah lebih separuh abad.
Maklumat hujung jari.
Realiti depan mata.


Dulu zaman nenek moyang kita.
Kini kita juga sudah dewasa.
Mungkin kita sendiri pernah ditipu oleh politikus.
Atau kita sendiri pernah merasai ketidakadilan politikus.
Atau kita sudah punya otak sendiri?

Perlukah kita condong ke arah A hanya kerana nenek moyang kita pernah/masih melukut di situ?
Perlukah kita condong ke arah B hanya kerana kita risaukan masa depan anak cucu kita nanti?

Nenek moyang kita pernah diberi pilihan, kita perlu diberi kebebasan memilih juga.
Juga anak dan cucu kita.

......................

Kita pilih mana yang sesuai.
Sekarang ini adalah zaman dan model politik terbaik untuk Malaysia.
Walaupun matlamat tidak menghalalkan cara, tapi sekarang adalah yang terbaik.

Dulu, kerajaan kurang memandang masalah akar umbi.
PR datang dengan pelbagai manifesto populis macam harga kereta, ptptn, harga minyak, harga rumah, kontrak kerajaan, air dan banyak lagi yang jika tidak diselesaikan akan membawa imej buruk kepada kerajaan BN.
Maka, BN selesaikan.
Paling tidak pun, diambil tindakan sewajarnya.
Keuntungan, kepada rakyat juga.

Sebab apa kerajaan BN ambil pusing desakan-desakan PR?
Sebab sekarang ini suara PR sudah besar.
Mereka inilah "check and balance" kepada kerajaan BN.

Jadi, undi kepada PR juga bagus untuk meneruskan kelangsungan aktiviti "check and balance" ini.

........................

Janganlah kita terlalu mengharapkan sebuah negara yang ideal, suci, murni dan indah-indah macam disyurga.
Sebab rakyat dan pemimpinnya bukan malaikat, bukan juga para nabi dan sahabat.

Pangkah dan pasrah.