hehe

Wednesday, January 13, 2010

Demi Allah: bodohnya kita.

bangsa Melayu beberapa tahun ini terlalu jelas sangat lemahnya.
nampak sangat berpecahnya.
ramai yang tertawakan kita.
ramai yang ambil kesempatan ke atas kita.

Islam menyatukan kita sebenarnya.
walau berbeza fahaman politik, latar pendidikan dan kekayaan, kita sama seagama.
kalimah Allah kita julang sama-sama.
ambil kesempatan tuntutan mereka ini untuk kita bersatu kembali.
bukannya perlu mengangkat senjata, cukup sekadar sebulat suara.

........................................

PAS pastinya bersetuju dengan tuntutan ini.
sudah boleh diagak sedari awal lagi oleh kita dan juga mereka.
bila PAS menyokong mereka, habislah kita.
yelah, dengan serban dan janggut itu sudah cukup untuk dijadikan hujah oleh mereka bahawa alim ulama Islam sendiri menyokong mereka.

ya, diakui oleh satu dunia, memang kalimah Allah sudah lama digunakan sebelum kedatangan Islam.
negara-negara lain seperti indonesia membenarkan kalimah itu dicabuli.
tapi cuba lihat apa jadi di indonesia?
mak Islam, bapa kristian, anak buddha pun tidak mengapa.
jangan lihat negara orang saja.
fikir untuk negara sendiri!

cuba bayangkan anak-anak anda nanti, dengan capaian internet, bertanya kepada anda:
"abah, mak Allah ni menyusukan Allah ke?" "anak Allah ni laki ke perempuan?"

kalau dahulu, mungkin kita boleh bezakan artikel itu adalah kristian walaupun kalimah Allah digunakan sebab bahasanya adalah bahasa Indonesia.
tapi, bila dah dialih bahasa kepada bahasa Melayu?
silap-silap, orang PAS pun tak pas nak menentukan yang mana artikel Islam, yang mana kristian.

di negara lain boleh, tidak bermaksud di Malaysia juga boleh.
kenapa kita tak hapuskan sahaja identiti kaum minoriti di Malaysia macam di Perancis dan UK? kenapa kita tak buat sekolah satu aliran saja macam di singapura-pura?
bab-bab yang ada kepentingan mereka, tak nak pula disamakan dengan negara lain!

.......................................

wahai pemimpin-pemimpin PAS dan konco-konconya.
mengakulah yang anda semua terpaksa berbohong untuk meraih sokongan selain Melayu.
mengakulah yang anda semua berasa terhina bila kalimah suci ini dipersenda.
mengakulah.
jangan malu.

itulah bezanya menggunakan kuasa politik untuk kepentingan agama dengan menggunakan agama untuk kepentingan kuasa politik.

p/s: baru sekarang aku jumpa rasionalnya penggunaan ungkapan "demi Allah" yang selalu aku guna masa kecik2 dulu untuk meyakinkan kawan-kawan aku. sekarang, aku gunakan untuk meyakinkan anda semua pulak; demi kalimah itu.

22 comments:

sapik said...

tapi aku kira lebih mulia daripada memanipulasi keadaan kini dengan permainan2 politik yang perjuangannya bersifat plastik

-tqah- said...

wohooo.. i likeeeee..
ak rasa mcm nak copy je, wat notes kat fb n tag org yg akan terasa kepedasannya..

politik mereka sudah terlalu banyak meyimpang dari ajaran agama yang diperjuangkan.. apb mata hati sudah mati, itu lah jadinya~~~

"GOD is dead. Allah is dead." tidak terkesankah bangsa2 kita???

cucunenekkebayan said...

tak kesah la sapik.
manipulasi ke, plastik ke, yang penting sekurang-kurangnya, diorang tak takut hilang undi bukan Melayu dan berani menyatakan penentangan diorang.

daripada yang nampak suci, bersih, lurus, parti yang perjuangkan Islam, anti kejahilan, cintakan Malaysia, tidak melakukan apa-apa malah menyokong pula.

cucunenekkebayan said...

tiqah: jangan. nanti aku takleh monitor komen. sila linkkan saja ke blog ini.

antara jawapan tipikal penyokong PAS adalah "alah...yang penting kekuatan nilai Islam dalam diri kita..yang penting kita perlu mendalami Islam...ajaran Islam tak kukuh kat dalam diri kita, tu sebab kita takut..bla..bla"

maknanya, diorang sendiri akui, orang kita tak cukup ilmu Islam di dada. keadaan inilah yang menyebabkan kita perlu halang kalimah Allah digunakan kristian. takut nanti kita keliru.

kalau semuanya tahfiz lain cerita.

Syafiq Hamidan said...

Dan lebih mulia juga daripada perjuangan yang menjadikan agama sekadar sandaran terhadap perjuangan yang hipokrit. Tidak mengapa plastik, asalkan jangan hipokrit. Plastik itu kadang-kadang ada juga gunanya. Hipokrit?

inilah jadinya apabila kita mempolitikkan agama. Dari aspek perjuangan, PAS itu baik. Masalah mula timbul hanya apabila adanya cacing berlagak ular, ular berlagak naga. Dalam isu sebegini, ada sahaja mereka yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeluarkan pendapat hanya kerana kapasiti mereka adalah PAS.

Jika pendapat bertujuan politik, maka perjuangan itu sebenarnya sudah lama berakhir. Namun, jika atas dasar agama sekalipun, setentunya juga ia akan berakhir sekiranya ia jauh dan teruk terpesong.

Maka, fikir2kanlah. Bagi mereka yang pro-PAS dan anti-kerajaan, cuma kita perlu ingat satu perkara. Jangan terlalu ghairah mempersoalkan apa yang diberi... sebaliknya, kenanglah kembali apa yang pernah kita berikan.. Tiada gunanya mempertikaikan perkara2 yang akhirnya menyebabkan agama lain melihat kita sebagai agama yang cepat melatah (x sama dengan responsive ye... melatah ni berlebih-lebihan). Jangan kita asyik menyalahkan orang, tanpa kita sedari kita ditertawakan oleh agama lain..

sapik said...

sebenarnya ko leh jugak tgk macam ni.....pas x nak hilang undi bukan melayu....umno nak kembali meraih undi melayu

cucunenekkebayan said...

sapik: bukan. nampak begitu tapi bukan begitu. inilah namanya berjuang mengikut dasar dan janji asal parti.

dah nama pun UMNO, mestilah perjuangkan hak Melayu. kalau tak diperjuangkan, PAS kata tak buat kerja pulak.

dasar perjuangan dan janji asal PAS kepada konco2nya dah lebih 50tahun apa? perjuangkan ISLAM dan negara ISLAM! mana?!

kalau Islam pun PAS tak perjuangkan, nasib Melayu tak tau la. dalam isu ini, semata2 nak sokongan bukan Melayu, hak orang Melayu Islam tergadai. dan nampak macam PAS tak kesah orang Melayu tak sokong, janji dapat undi bukan Melayu.

Unknown said...

salam.
azri...
nice article..
i'm putting a link to it from my ym n blog..
hope u dont mind :)

cucunenekkebayan said...

syafiq hamidan: betul. terima kasih atas pandangan. sekarang ni ade teknologi plastik yang terbiodegradasi!

nad.j said...

stuju..ade point..tp..

jgnlah kite trlalu memandang rendah dgn org melayu..org islam..

kita takut org keliru..siapa yg keliru? org2 pedalaman yg menerima ajaran kristian? keliru apabila kalimah Allah dipergunakan mereka sangka itu Islam?

Semua ada salahnya, pihak gereja dan pihak melayu-islam, tp sebelum kita mengangkat papan meng-condemn pihak lawan..kita juga harus cermin dr sendr tgk hensem ke tak.

Penggunaan Allah oleh gereja di Sabah & Sarawak telah digunakan lebih 200 thn..satu abad stgh lg awal dr negara kita capai kemerdekaan.sblm negara islam menjadi negara rasmi. Tapi knape kini jadi isu?

Yelah, org semenanjung baru tau. Kita melayu, mmg kurang ambil tahu. Bila dah tahu, mulalah baling batu.

Jika kita takut org pedalaman akan trikut ajaran sesat. Kitalah harus mainkan peranan, knape ajaran kristian katolik brleluasa di Sbh & Srwk? Kerana mereka bodoh?

Ini krna tiada pendedahan agama Islam. Org islam x ambil tahu, yg penting salur eletrik dan air..menang undi. Satu sekolah dibina atas ihsan kerajaan (melayu)keluar Buletin Utama.

Tapi org gereja telah lama membantu org pedalaman, salurkan makanan, bantuan perubatan, pakaian, lbh awal dr kerajaan. Org pedalaman Sbh & Srwk ramainye kristian kerana itulah ajaran yg dibawa oleh org yg membantu mereka. Bukannya kerana keliru akan kalimah Allah yg digunakan. Org tolong..pasti kita menghargai. Tapi org melayu x ambil tahu, pergi pedlmn gunakan logo BN, btl, itulah parti yg diundi masa pilihan raya.Tp ajaran agama ditinggal. isu sensetif. bodoh.

Kita laung 'Allahu Akbar'..ye Allah Maha Esa. Jadi knape harus kita merendahkan-Nya. Allah milik melayu? Allah tiada siapa yg punya, kitalah milik-Nya.
Allah tahu siapa yg meminta pertolongan-Nya, jika tidak sebut Allah, sebut Tuhanku..Cinta hatiku..hamba-Mu..adakah brbeza?

Kenapa harus berebut? Ic sebut Islam, tp pergi gereja. Islamkah? Ic sebut Hindu, tp pergi masjid. Masih hindukah? Islam letak dihati, disitulah kekuatan agama kita.

Kita jgn takut org tukar agama kerana konpius, agama x blh dipaksa, biar IC sebut apa pon. Jika ramai org pedalaman pilih kristian, tentu ada silapnya kita. Penganut agama Islam. Bkn Islam. Islam agama trindah dgn sendrinya, jika kita amalkan ajaran-Nya, org keliru pon hilang keliruan.

Jgn risau org trkeliru dan pilih agama lain. Yang harus risau knape agama lain dipilh dan bukan agama kita? Itu yg harus diperbaiki. Perbaiki image Islam di mata mereka .Agama Islam x pnh lemah, penganutnya yg nmpakan begitu. Melayu x pernah layu, kita yg layukan diri sndri.

Perjuangkanlah Islam, bkn dengan demonstrasi atau menegakkan hak. Perjuangkan Islam dengan menunjukkan kpda yg keliru bertapa indahnya Agama kita.

Dlm situasi skrg..siapa yg sbnrnya keliru? yg pasti bkn org pedlmn.

Anonymous said...

nak buat mcm mana
dah la politik tu dah kotor
dan sentimen agama dah digunakan sebagai senjata
bodohkan ?

cucunenekkebayan said...

nad.j:
"kita takut org keliru..siapa yg keliru? org2 pedalaman yg menerima ajaran kristian?"

tak.
diorang dah mmg dididik kristian, jd saya bukan takut mereka keliru. saya takut kita yg duduk dibandar ni turut sama keliru.

pernah tak terfikir?
apa cara paling mudah untuk orang pedalaman dihasut untuk peluk kristian? paderi-paderi hanya perlu kata, "kami juga menyembah Allah, dan kami datang membantu anda"
terus semua percaya.

"Penggunaan Allah oleh gereja di Sabah & Sarawak telah digunakan lebih 200 thn..satu abad stgh lg awal dr negara kita capai kemerdekaan.sblm negara islam menjadi negara rasmi. Tapi knape kini jadi isu?"

inilah alasan paling tidak boleh diterima. kalau macam tu, kenapa kita bersungguh-sungguh mahu hapuskan penyakit HIV sedangkan penyakit itu sudah wujud lama, beri-ribu tahun sebelum negara kita merdeka, semenjak zaman Nabi Lut.

juga tidak boleh diterima alasan seperti, "perbaiki imej Islam, perlu amalkan ajaranNya dulu, Islam di hati".

usaha menentang tuntutan ini adalah untuk memperbaiki imej Islam juga. sebab selama ini orang lain tgk Islam lemah. boleh dipermainkan.

saya setuju, ajaran Islam perlu diamalkan. tp tidak ade yg perlu datang dulu, dan hal ini pula kemudian. seolah2, kalau kita sembahyang tak cukup 5 waktu, kita tak payah puasa di bulan ramadhan.

"Jadi knape harus kita merendahkan-Nya. Allah milik melayu?"

bukan. takde sapa kata Allah milik Melayu. Allah milik Islam. ini kes keliru ni!

konklusinya, sikap.
orang Islam sendiri tak kesah.
siapa yang pandang rendah dekat melayu islam? bila kita yakin dan bersemangat nak tuntut kalimah Allah ini, anda kata "tak perlu, kita masih lemah, letak Islam di hati dulu, bla...bla..".

kalau nak tunggu sempurna Islam di hati, baru nak tuntut hak kita, entah bila la agaknya.

p/s: kalau BN tak boleh masuk pedalaman, gagal sebarkan Islam dengan betul, kenapa PAS tidak pergi membantu? agama atau politik lagi penting? bukankah Islam itu tanggungjawab bersama?

cucunenekkebayan said...

ano: politik tidak kotor. macam tandas la. adakah nama sahaja tandas, mesti kotor? bergantung kepada macam mana kita pakai, jaga dan cuci.

isu agama sebagai senjata politik? sangat setuju! memang itulah yg sering digunakan

nad.j said...

btl. Politik najis. tp kita bukan politician.

Kita rakyat malaysia, org melayu. org islam. Haruskah kita najiskan itu sekali?

Kne sedar. kne gne akal. bkn emosi. Jika emosi.inilah jadi.

"saya takut kita yg duduk dibandar ni turut sama keliru"

jgnla jd x logik. org bandar mana yg akan keliru?Islam bkn agama baru. Agama dh tulis dlm surat beranak smapi ke IC, bkn pilih2 (bila Islam) Jika dah ddk bandar, tahap pemahaman basic harus ada, kalo x, cmne blh hidup dibandar.

"kami juga menyembah Allah, dan kami datang membantu anda"
terus semua percaya."

Betul,mungkin itu situasi sbnr, tapi apa bezanya jika nama lain digunakan? Itik? Zahier? Nad? Pointnya, org pedlmn dikristiankan bkn kerana penggunaan nama Allah, kerana mereka nmpk org kristian sbg penyelamat mereka..jika nama lain digunakan, sama saja akhir cerita dia.

HIV?
Ke situ perginya, point di situ kne tgk blk sejarah.islam dibawa oleh org Arab, tp ada juga yg kristian. Penggunaan Allah merujuk kpd Tuhan dlm bahasa Arab, jd, kamu kristian ke, kamu islam ke, tetap panggil Tuhan mereka Allah. Pada mulutnye sama, tapi pada kepercayaan lain. Penggunaan kalimah Allah bukan dikhaskan untuk Islam (pada masa itu) dan sejarah tiba ke hari ini. Tapi kita x sedar, ddk semenanjung. Islam Agama rasmi. Allah (Tuhan)hanye rujuk kepada Allah SWT. Bila tau orang lain guna, melenting. Tp sbnrnya ignorant.

Jgn salah sangka, ak pon x suka, kalimah Allah diguna agama lain. tp bkn suma kita x suka tu btl. Jika nk usulkan Allah khas untuk Islam, allah yg mereka rujuk bkn Allah. Sprti prkataan Tuhan, bg kita Tuhan itu Allah. Bg mereka tuhan lain


"sebab selama ini orang lain tgk Islam lemah. boleh dipermainkan."

Cuba ramalkan, sekiranya keputusan makamah rayuan memihak pihak appellant..ape jd? kemenangan org Islam?Hak penggunaan Allah milik Islam?so?kita lebih dihormati?pd zahiernya..batin?

Itu kesan trhadap islam..pd negara?tu kalau menang..kalau kalah..esoknya makamah yg hangus.

Yg kita demonstrasi sana sini, kecam org bukan islam, ugut, tegaskan hak kita, rendahkn mereka..dgn harapan mreke sedar mreka slh.

Yg kita dapat hnye kemenangan kosong. ye, mungkin org bukan islam x brani lagi nk cabar kita, mereka akan takut..itulah islam. terrorist. gali kubur sendiri.

Sedangkan apa yg Islam perlukan ialah pendekatan, jika org takut bagaimana nk hayati?

ok2, siapa nk pilih agama lemah? apakah mksud lemah sbnrnya? Dgn menyebabkan org lain tunduk kita kuat?jika tunduk hormat...itu betul.

"juga tidak boleh diterima alasan seperti, "perbaiki imej Islam"

Ye, google-kan saja Islam Malaysia di googlenews. tgk hasilnya. itu yang dimaksudkan imej islam?

"seolah2, kalau kita sembahyang tak cukup 5 waktu, kita tak payah puasa di bulan ramadhan"

jgnla slh fhm,itu bkn seolah2nya. dmaksudkn jika kita ikot suruhan-Nya, org keliru akan tidak keliru. Tiada kne mngena ngn kecukupan solat, itu tgngjwb msg2. yang dimaksudkan bila Islam mengajar kita menghormati agama lain, kita menghina mereka. Bila Islam larang keganasan, itu yg kita guna. Bila Islam galakkan musyawarah, kita angkat sepanduk.

"Allah milik Islam. ini kes keliru ni! "

Benar, Allah mmg milik Islam, Agama Islam Agama Allah. Tp Allah Islam dan allah yang mereka rujuk tidak sama. Jgnlah samakan. Takut keliru? (rujuk semula yg atas2)

Keadaan skrg..mmg ssh nk diramalkn kesudahannya. Tp xkn nk pilih jln darah..jgn tarik muka, ak x cuba bunyi bijak..tp itu tidak mustahil.

biar pon bkn politician, kita juga ade suara. Walaupun melalui blog2 dan status fb. satu ayat dibaca sorg, blh dihebah ke sepuluh..dan seterusnya. Jika 28M rkayat?..perumpamaan..yg nyata besar impaknya..itu baru satu ayat, belum karangan.

Jika tak tahu nk ckp cmne, takpe..tp jgn keruhkan air yg sedia keruh.

Jadi, mainkanlah peranan, kita x bodoh.




"p/s:kenapa PAS tidak pergi membantu?"

itu ak stuju! Tp kebanyakan penyebaran kristian di pedlmn bkn dilakukan oleh parti politik..
P/S ak x sokong pas, umno atau PKR, ak SPR.

Unknown said...

haha aku suke komen nadj gn komen balas dr azri zahier..menarik ni yg aku mahu..debat didalam satu topik menyuarakan pendapat tanpa perlu menggunakan kata2 kesat dan jika inilah yang diamalkan oleh org2 islam dan melayu. saya rasa kita menuju kearah yang lebih baik...insyaallah..allahu akbar dan takkan melayu layu lagi =P

Unknown said...

haha aku suke komen nadj gn komen balas dr azri zahier..menarik ni yg aku mahu..debat didalam satu topik menyuarakan pendapat tanpa perlu menggunakan kata2 kesat dan jika inilah yang diamalkan oleh org2 islam dan melayu. saya rasa kita menuju kearah yang lebih baik...insyaallah..allahu akbar dan takkan melayu layu lagi =P

cucunenekkebayan said...

nad j. sekali lagi:

"jgnla jd x logik. org bandar mana yg akan keliru?Islam bkn agama baru. Agama dh tulis dlm surat beranak smapi ke IC, bkn pilih2 (bila Islam) Jika dah ddk bandar, tahap pemahaman basic harus ada, kalo x, cmne blh hidup dibandar."

hahahahaha. tak pernah pulak aku bace ade research yg ckp sesape yg duduk di bandar, maka pastinya akan ada tahap pemahaman basic tentang Islam! yang aku tahu, di bandar la banyak akidah umat Islam terpesong dan dipesongkan. anda sendiri yang pertikaikan "Islam hanya pada IC'. jangan terlalu ikut logik akal.

"Penggunaan Allah merujuk kpd Tuhan dlm bahasa Arab" di sinilah salahnya. Allah bukan bermaksud tuhan. tapi bermaksud 'tuhan yang maha esa'. esa itu maksudnya satu, tidak dilahirkan dan tidak melahirkan. tidak juga applicable dlm concept trinity.

"Ye, google-kan saja Islam Malaysia di googlenews. tgk hasilnya. itu yang dimaksudkan imej islam?"

ni lagi satu. baca gesaan tun mahathir tentang isu ini (media internet dan barat. nama pun GOOGLE news. baca sekali yahoo news ye. dah orang kapir yang tulis kak oi. Memang itu matlamat diorang pun. Dan sebab itu pun mereka buat tuntutan ‘sengaja cari pasal’ ini. Nak letakkan umat Islam dalam keadaan tersepit. Menentang, dituduh ganas, tak tentang dituduh pula tidak membantu Islam.

"Benar, Allah mmg milik Islam, Agama Islam Agama Allah. Tp Allah Islam dan allah yang mereka rujuk tidak sama. Jgnlah samakan. Takut keliru? (rujuk semula yg atas2)"

hah. inilah yang membuktikan segala2 yg dirisaukan berlaku! setiap kali kita, anak-anak kita, budak-budak,orang asli, baca sesuatu artikel BAHASA MELAYU kelak, kita terpaksa jelaskan berkali-kali bahawa "oh, itu Allah mereka. walaupun nama sama, tapi tidak serupa. mereka amalkan konsep trinity, sejarah beribu tahun dulu sebelum merdeka...bla...bla..sabah sarawak...bla..bla..kene kuatkan iman…di IC..surat beranak..bla..bla..umno..pas..spr..bla..bla.."

cucunenekkebayan said...

moque: kalau suka pun takyah la komen sampai dua kali.

haha. moque, sayangnya, ramai muda2 melayu lebih suka layan bola sekarang ni. bola mat saleh pulak tu. hahaha

nad.j said...

moque:thnx.


CNK:

"hahahahaha."

jgnla begini.stiap komen adalah brdasarkn pendapat. Jika x stuju, msing2 blh utarakn pndpt msing2 dan cari persefahaman brsma. Dari situlah ilmu brkembang. Mentertawakan tidak membawa apa2 keuntngan, malah blh undang kecelakaan.

"yang aku tahu, di bandar la banyak akidah umat Islam terpesong dan dipesongkan."

btl, ape yg kamu tahu, aku juga tahu. semua org tahu. Brbalik kpd isu.

Keterpesongan ini dari mana puncanya?Terpesong ke agama selain Islam?atau terpesong ke luar Islam?disini tiada kaitan dgn kes keliru penggunaan kalimah Allah.

"tapi bermaksud 'tuhan yang maha esa'. esa itu maksudnya satu, tidak dilahirkan dan tidak melahirkan. tidak juga applicable dlm concept trinity."

Bnr, kerana itulah yg dirujuk dlm Al-Quran. Allah:tuhan yg maha esa.
Tp yg aku mksudkn ialah perkataan sama digunakan oleh org Arab kristian,tp menterjemahkan Allah itu tuhan (diulangi org Arab kristian).

Juga bnr, tidak applicable dlm konsep trinity, tp kembali kpd tafsiran mereka akan prkataan allah itu sndr. Jika kita nk kata allah (yg mksdnya 'tuhan' bg mereka)ade tiga, itu kepercayaan mereka,nama pon kafir. tiada kaitan dgn agama kita.

"dah orang kapir yang tulis kak oi. Memang itu matlamat diorang pun"

Mmg. Tapi siapa yg wujudkan situasi keganasan yg boleh mereka tuliskan? Sedangkan dlm Islam tiada keganasan dan tidak perlu guna keganasan utk selesaikn. Berbalik ke dr sndr.

"baca sesuatu artikel BAHASA MELAYU kelak, kita terpaksa jelaskan berkali-kali"

Tapi bknkah itu Islam? Memberi peringatan kpd yg jahil?Kita rasa ssh bila perlu diterangkan berkali2 untuk agama sndr?Jika x diterangkan bagaimana nk tahu? Sekadar tahu Islam itu agama Allah cukup?

"inilah yang membuktikan segala2 yg dirisaukan berlaku!"

Apa yg dirisaukan?penggunaan kalimah Allah digunakan agama lain?x perlupun diterangkan byk. Konsepnya mudah.

Firman Allah swt : " Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." (Al-Baqarah : 285)

Yang brbeza antara kita ialah apa dibawa oleh sumber masing-masing (antara Al-Quran dan Bible) mengenai aqidah tentang Allah.

Cuma Bible (Taurat & Injil) itu telah diubahsuai oleh org kafir..namun dari sudut keimanan, kita wajib menyakini bahawa Taurat dan Injil itu berasal dpd Allah dan merupakan kitab Allah..dan Allah yg di rujuk dlm Taurat dan Injil itu Allah.

Semuanya jwpn ada dlm Al-Quran. Tak perlu kita berbeda2.

jadi.."IQRA'": bacalah.

cucunenekkebayan said...

CNK? sedap juga singkatan itu. terima kasih.

kak, mentertawakan ada banyak tujuan. jgn terlalu cepat tersentuh naluri keibuan itu. itulah, jgn terlalu guna logik akal. duduk di bandar, maka akan ada basic ajaran Islam.

pedihkan bila ditertawakan? mcm tu la rassanya bila orang lain tertawakan Islam. sampai nama tuhannya di permainkan pun tidak diendahkan. masyarakatnya pula tidak sebulat suara. keliru mungkin dengan akidah sendiri.

terpesong. banyak cara dan puncanya. salah satunya, bila kita keliru dan dikelirukan. tidak ada kaitan dengan kalimah Allah?
itulah, jgn terlalu ikut logik akal. analisis muslihat kenapa isu ini diutarakan.

kenapa mereka bersungguh2 mahu guna kalimah Allah itu? bukan di dalam bible berbahasa inggeeris diorang ye, tp dlm penerbitan artikel dan surat khabar BAHASA MELAYU. mereka yg sebelum ini mengangkat penggunaan bahasa inggeris dlm kehidupan, dan mereka yang pelat bertutur dlm bahasa melayu kini beria-ia benar nak gunakan Allah sebagai terjemahan 'GOD' itu. kenapa nak diterjemahkan ke bahasa melayu? adakah makin ramai penganut kristian itu melayu, atau itu adalah usaha melebarkan sayap kristian kepada melayu?

rujuk artikel berita harian beberapa hari lepas tentang kenyataan Niz Aziz. selepas ini, gereja akan ditukar kepada MAJSID KRISTIAN. kenapa?

"Tapi siapa yg wujudkan situasi keganasan yg boleh mereka tuliskan? "

tidak ada siapa yang menyokong keganasan. ganas sungguh akak ni. dlm artikel saye pun kate, tak perlu angkat senjata. cukup sekadar kita sebulat suara.

"Tapi bknkah itu Islam? Memberi peringatan kpd yg jahil?"

memang benar. tp kerisauan itu tidak boleh dinafikan tetap ade yg akan keliru. macam mana kita boleh begitu yakin takkan ade yg terkehel nanti? ade jaminan?

"Cuma Bible (Taurat & Injil) itu telah diubahsuai oleh org kafir..namun dari sudut keimanan, kita wajib menyakini bahawa Taurat dan Injil itu berasal dpd Allah dan merupakan kitab Allah..dan Allah yg di rujuk dlm Taurat dan Injil itu Allah."

menulis memang senang. isi kandung bible sudah ditukar. siapa di kalangan kita yang mahir isi kandung bible asli? mcm mana kita nak bezakan? yg asli dalam simpanan di vatican city. kalau mereka yang pakai itu terdiri daripada penganut kitab injil ASLI, tidak mengapalah. tapi penganut samawi sudah lama pupus. jd, mereka yg nak gunakan nama Allah ini adalah penganut yang suka menukar isi kandung sesuatu yang benar. sebab apa? muslihat yg hanya mereka tahu. sebab apa nak pakai kalimah Allah? juga muslihat yang hanya mereka tahu, dan kita pura-pura tak tahu.

"(diulangi org Arab kristian)"

orang arab, ada bahasa lain selain arab? apa perkataan lain yang sama maksud dengan 'god' dalam bahasa melayu? ade kan? jawapannya 'tuhan'. tu sebab, dlm blog CNK (cewah!haha), banyak kali di ulang, jgn terlalu taksub dengan negara orang. (diulang, jangan terlalu taksub negara orang)

sapik said...

memetik khutbah terakhir nabi muhammad s.a.w...
syaitan sudah putus asa menyesatkanmu dengan dosa2 besar...
maka waspadalah kamu dengan dosa2 kecil

Luqman said...

ape2 pun PAS memang bodoh..