hehe

Monday, January 11, 2010

tak tahu.

aku pernah tulis pasal seorang rakan aku yang bukan bangsa aku tp mengaku rakyat Malaysia yang dah hidup di bumi ini selama 22 tahun, tapi masih tidak kenal dan semacam tidak pernah dengar ape itu buah kurma.
pertanyaan itu diajukan ketika pertengahan bulan puasa.
ye, bulan puasa.
tatkala iklan Yusuf Tayyob berulang kali ditayangkan.
tatkala biji-biji kurma bertaburan di mana sahaja.

tapi, tadi ada penemuan yang lebih memeranjatkan.
ada seorang lagi rakan aku yang bukan bangsaku, juga mengaku rakyat Malaysia kerana sudah lebih 20 tahun hidup di negara yang agama Islam adalah sebagai agama rasminya, mengerutkan dahi sambil bertanya kepadaku apakah itu 'azan'.
bukan maksud disebalik laungan azan, tapi apakah itu 'azan'.
lantas aku terpaksa la melaungkan azan untuk beberapa sangat.

"oooo. itu 'ajan' ka?!"

juga berlaku tadi.
sewaktu pemenang tempat pertama anugerah juara lagu diminta memberi ucapan, seorang komposer/penulis lirik bukan Melayu tapi rakyat Malaysia yang tergagap-gagap berucap dalam bahasa Melayu.
mengalah, dan terus berucap dalam bahasa inggeris.
tanda tidak tahu berbahasa Melayu.
walaupun beliau disenaraikan oleh CNN sebagai Top 130 People to be Watched in Asia (menurut kata pengacaranya) sebab terlalu bagus dalam usaha menyemai semangat cintakan Malaysia.

..........................................

patutlah.

patutlah mereka selalu membuat perkara-perkara bodoh yang terlalu jelas akan mengundang kemarahan orang Melayu.
sebab mereka tak tahu.

tak habis-habis kata, mereka dah pakai kalimah Allah dari dahulu.
dari zaman sebelum wujudnya Islam.

sebab mereka tak tahu.
negara kita tak sama dengan negara lain.
negara lain sudah pakai daripada dahulu takde masalah.
negara kita daripada dahulu tak pernah pakai pun takde masalah.
kalau nak pakai yang bermasalah!

..........................................

Entah-entah kalimah Allah pun mereka tak tahu selama ini digunakan oleh orang Islam di Malaysia.

23 comments:

sapik said...

bro mamat tu wakil jer....bukan pete teo sebenar...pete teo mmg boleh berbahasa melayu...

cucunenekkebayan said...

tak kesah la.
die tetap rakyat Malaysia gak kan?

sapik said...

hmm betul jugak tu...
hanya kita jer yang amek berat dan sensitif terhadap budaya dan agama bangsa dan kaum lain di malaysia ni..

cinta kita pada perpaduan
x berbalas...
bak pungguk rindukan bulan
ingin didakap x kesampaian....

cerimanis said...

two thumbs up~~~

Kahuna said...

sape member ko nih? agak teruk la tak tau azan tu ape. sekeh skali kang.

tapi kalo nak pikirkan, bape banyak sangat bende yang kite tau pasal bangsa diorang pulak. mase aku takde kawan bukan melayu dulu, aku pon tak tau pasal yee sang, pasal wanton, pasal feng shui, pasal mende-mende paling basic dalam budaya cina. budaya india apetah lagi. nak cakap "hello" dalam tamil pon aku tak reti, sedangkan mende-mende basic camni sepatutnye at least kite kene tau.

memang teruk la kalo tak tau kurma atau azan, tapi aku yakin diorang lagi banyak tau pasal budaya kite daripada kite tau pasal budaya diorang.

dan jangan risau. kebanyakan budak-budak bukan muslim yang aku kenal personally sumenye peka pasal sensitiviti melayu. kawan-kawan bukan muslim ko nih ntah mane ko kutip aku pon tak tau. hahaha...

Syafiq Hamidan said...

Begitulah pulak kita ni.. Sudah terang lagi bersuluh yang bulan tidak akan jatuh ke riba, mengapa masih sanggup menjadi pungguk yang rindukan bulan? Walaupun bulan itu tidak dipagar bintang sekalipun, ia tetap tidak akan dapat didakap apatah lagi oleh seekor pungguk. hahaha...

Kesimpulannya, andai susu diberi dibalas tuba, maka mungkin sudah tiba masanya tuba pula yang diberi. Mungkin juga akan dibalas susu, namun, dibalas tuba pun tidak mengapa..
-sekadar pendapat-

cucunenekkebayan said...

kahuna: logik untuk diorang lebih tahu budaya kita daripada kita mengetahui budaya diorang sebab kita majoriti. tp itu juga logik yang nampak agak berat sebelah, penting diri dan bajet bagus.

ye. orang Melayu pun same. belajar2 la budaya orang lain. jangan jadi macam diorang. tp, at least, orang Melayu ni bila tak tahu dan risaukan sensitiviti bangsa lain, kita akan diam dan tidak melebih2 risau satu pihak lain terasa.

ini tidak. dah la bodoh, tak tahu pape, bising nak lebih. gaya macam kuat sangat Kristiannya. mcm la tak pakai nama Allah tu, ajaran itu tidak boleh disebarkan. mcm la bengap sangat tak paham tuhan tu adalah sama maksudnye dengan god.

p/s: aku dipaksa utk berkawan ngan diorang. so far, meluat la. takde usaha langsung. aku banyak gile tanye dan berminat sgt nak tau budaya diorang. sampai aku risau die ingat aku berpura-pura berminat lak! haha

cucunenekkebayan said...

syafiq: haha. kita ni jenis yang selalu tidak sampai hati nak sakitkan hati orang lain. kita je yang terlalu nak hidup aman damai. macam aku selalu cakap, perpaduan ni mimpi orang melayu je.

kita buat la ape pun, kita tetap akan dituduh racist.

ingat, orang yang cakap orang lain racist itu adalah lebih racist sebenarnye.

sapik said...

ko pegi x forum allah milik siapa?

cucunenekkebayan said...

ceri: tq.
sapik: tak g. yg kat ikim kan? aku busy. tp tak yah g dah tau milik sape. paderi kat sarawat sendiri cakap suh gugurkan tuntutan.

sapik said...

ye la kan hahaha tapi masalahnyer...ade paderi2 dari kalangan umat islam ni pulak yang dok asyik menyokong.....

cucunenekkebayan said...

sapik: haha. i like! tp agak2 ko lah, dari parti mane diorang tu ek?

sapik said...

yela2...dari sek2 aku la jugak tu...haih~~~~nnti kena tggu aku plak jadik timbalan presiden ke...mursyidul am ke wakakaka baru leh ubah balik

Anonymous said...

budak blajar oversea ni kene 'brainwash'la.. makin teruk.. konon liberal la??

ko dtg sini tgk.. ko dok jauh bley la nk berkonon-konon liberal.. sbb org mcm ko ni la, bangsa len amek kesempatan ok.. bongok..

nana said...

kahuna: at least we have the basic idea of what Feng Sui is, macam mane rupa Wantan etc.. basic pn jd la..

ini mereka? AZAN pn xtau.. KURMA pn xtau.. xde inisiatif lgsg ke.. kate rakyat Malaysia yg Islam agama rasminya..

tipulah Feng Sui pn xtau.. bukan org melayu atau lebih spesifiknya Islam ni x bley nk dinafikan ade segelintir yg tegila2kan Feng Sui..? Jutaan ringgit habis semata2 nk beli ikan 'Flower Horn'.. haha

kita bukan sekadar tau..siap amalkan! (this is bad.. jgn tiru aksi ini di rumah..SYIRIK)

itu la.. X KENAL MAKA X CINTA.. sbb tu dorg ni ade je nk argue ngan org Melayu.. sbb dorg betul2 xkenal, xamek tau..

kenal MELAYU betul2... ISLAM betul2.. baru fikir sama ada wajar x kalimah Allah itu mereka sewenang2 nk guna.. OK?

Anonymous said...

bila ini dan itu tidak tahu terus hukum tidak layak jadi rakyat Malaysia. dahsyat sungguh

cucunenekkebayan said...

ano: ye. wajib tahu. paling penting, perkara2 asas. tak pelikkah anda, kalau anda terserempak dengan seekor makhluk tuhan yang serupa macam kucing, tapi mengembek. dan bila ditanya (jika boleh bercakap), apakah makanan kucing, makhluk itu jawab, 'saya makan sayur bayam untuk hidup'.

dahsyat?
lagi dahsyat kalau kurma, azan dan bertutur BAHASA MALAYSIA pun tak tahu. sama mcm orang jepun tak reti cakap jepun dan tak makan sushi!

sapik said...

wahai saudara@saudari anonymous......(mungkin hanya ini lah cara nak mnggelar anda......se anonymousnya azan dan kurma kpada mereka yang disebutkan oleh john ni)

keadaanya bgini....
jika perkara2 asas yang seharusnya diketahui oleh kita bersama...ya benar mungkin nampak kecil dan x penting...
tapi kalau bnde kecik camni pon x tau
apatah lagi bnde2 yang penting....
untuk menghormati dan berintegrasi
seharusnya kita saling mengenali dahulu

Anonymous said...

mungkin atau tidak sistem pendidikan yang menggagalkan masyarakat daripada benda sekecil ini pun tidak tahu ?

sehingga perkara asas pun tidak. atau dasar pecah dan perintah kerajaan yang terus menjarakkan pemahaman sesama kaum untuk lebih mengenali antara satu sama lain?

satu dimensi individu tersebut ada silapnya. satu lagi dimensi gagal atau tidak sistem pendidikan negara? lemah atau tidak dasar kerajaan kita ya?

kalau benda asas pun x tahu maka mungkin mereka x layak jadi rakyat Malaysia.

Kalau dasar kerajaan yang gagal maka adakah kerajaan patut diganti? sebab x layak jadi kerajaan.

cuma tertanya - tanya

cucunenekkebayan said...

masalah dalam komuniti kita (melayu dan rakyat 1malaysia) adalah terlalu cepat menghukum.

ade masalah, dalam beberapa saat sahaja sudah temui jawapannya. bukannya dek kerana kita ini genius, tapi kita ini single minded.

perasan atau tidak, jawapan popular kita bila berlakunya masalah apa sekali pun adalah sistem pendidikan. kelemahan sistem pendidikan berpunca daripada kelemahan kerajaan sekarang. maka, konklusinya kerajaan perlu ditukar. reformasi! mudah.

last sekali, pasti kerajaan sekarang ini salah. persoalannya, kenapakah tugas mendidik mentaliti RAKYAT MALAYSIA ini hanya dibahu kerajaan sekarang? adakah tugas pembangkang hanyalah untuk membangkang sahaja dan tidak boleh mendidik?

dan juga tertanya-tanya, adakah pembangkang sekarang ini, bila menjadi kerajaan kelak nescaya akan terdidiknya mentaliti RAKYAT MALAYSIA?

di negeri2 tertentu, yang kini dipegang kerajaan baru, bagus sangatkah rakyatnya?

jangan terlalu tipikal menyelesaikan sesuatu masalah. risau masalah baru pulak yang timbul nanti.

Kahuna said...

anon telur kecut baling batu sembunyik tangan. nak reply pon tak selera. haha.

Kahuna said...

deanna : maksud aku, kite ni memang la sentiasa letakkan bangsa kite kat atas skali, tanpa pikirkan isu yang sama dari kacamata diorang pulak. aku tak maksudkan perkataan allah (yang aku bangkang penggunaanye oleh agama lain, sile amik perhatian encik anonymous), aku maksudkan pasal mengetahui bende-bende basic dalam budaya kite yang diorang tak tau.

memang kite negara yang multi-cultural, tapi kite maseh ade skolah vernakular, memang sah-sah la kaum-kaum semua tak bercampur. maka, walaupon kite majoriti, takde sebab kenape diorang perlu tau budaya kite sebab kite memang dipisahkan dari kecik. dah memang itu kemahuan british dulu mase diorang pecah2kan kaum kat malaysia, dan dasar kerajaan pon masih menyokong perpecahan ni sampai sekarang dengan cara mengekalkan sekolah india dan cina sebab kalo dimansuhkan, takut rusuhan kaum (atau takut hilang tampuk kuasa?).

bukan aku menyokong diorang, cume aku memahami diorang sebab mende ni logik. aku tengok budak2 melayu kat sini (france) pon, ade yang dah 6 taun duduk sini tapi french pon tunggang langgang, budaya france langsung tak kenal etc. sebab die tak bercampur dengan orang lansung.

aku cume nak kate, kalau kite nak judge orang tu, jangan judge hanye dari logik akal kite. pada kite, "dah duduk malaysia, takkan ini pon tak tau? ptuih!". kene tengok latar belakang die jugak. aku ade kawan melayu siap muke jawa lagi, tapi tak cakap melayu. terus orang kutuk kaw2. tapi die dibesarkan kat US. so salah die ke die tak cakap melayu?

kawan-kawan bukan melayu yang aku kenal semuanya jenis yang cakap melayu pon takde hal, budaya melayu pon diorang hapal. tapi kebanyakan diorang (90%) datang dari sekolah kebangsaan. sebab tu diorang takde masalah bercampur.

jadi, untuk memperjelas pendirian aku (untuk anon terutamenye), aku nak bagitau :

- aku bangkang penggunaan Allah oleh orang kristian atau mane-mane agama lain

- tapi aku tak setuju kalau hanya sebab diorang tak tau ape itu kurma, diorang dianggap alien sebab kite sendiri tak paham budaya diorang sangat dan latar belakang diorang (sistem pendidikan, keluarga, etc). bile kerajaan dah hapuskan sekolah vernakular nanti (3 hari sebelum kiamat kot baru mende ni akan berlaku), kalau diorang masih tak tau ape itu kurma, baru layak diorang dihempuk dengan kayu besbol.

- aku ade kawan yang tak makan cheese dan benci perfume sedangkan France adelah pengeluar utama kedua2 bende ni. adekah die bukan french?

nana said...

kahuna: tapi die boley bertutur fasih x dlm bahasa perancis? HEHE