hehe

Thursday, May 20, 2010

Selamat Hari Guru.

aku bukan berlagak atau lupa daratan.
cuma tak terdetik pun di hati ni nak ucapkan selamat hari guru kepada cikgu-cikgu aku; di sebuah sekolah berasrama penuh, di utara Perak.

benci tu bukanlah kepada semua guru di sana.
ada yang benar-benar seperti seorang guru.
tapi seperti cakap orang dulu-dulu, 'kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga'.
peribahasa yang bagi aku adalah adil dan menginsafkan.

.......................

pengalaman bersama guru-guru di sana adalah memeritkan.
tidak ingin dikenang.
namun segalanya selalu terulang tayang bila aku baca surat khabar beberapa tahun kebelakangan ini.
tentang rungutan, tuntutan dan ugutan guru-guru.

.......................

mak aku sudah lebih dua puluh tahun mengajar.
tak pernah aku dengar mak aku komplen pasal sekolah atau anak-anak murid.
sampai sekarang.

dulu kat sekolah aku (terpaksa dikenang) cikgu-cikgu siap buat mesyuarat atas sofa bawah kipas dalam bilik guru, sebab nak mengumpat pasal anak murid.
habis mak bapak anak murid pun kena kutuk dan dihina sekali.

ada yang tendang perut murid, rendam dalam kolam ikan, lempang, cekik, potong baju guna pisau, sorok dompet, sorok kasut (ye, cikgu sorok kasut. sampai sekarang aku tak tau apa motifnya) dan macam-macam lagi yang tak terjangkau dek pemikiran.

pada mereka mudah.
nanti nak PMR atau SPM, murid-murid yang dikasari itulah yang akan berderet menghulurkan tangan memohon maaf untuk mendapat keberkatan dan keredhaan dari cikgu-cikgu tersebut.
ini salah guna kuasa 'keredhaan dan keberkatan seorang guru' namanya.

aku juga buat benda yang sama.

.........................

sekarang ini, bila aku dah besar, ada la beberapa kali terserempak dengan cikgu-cikgu gila tersebut.
mereka ini dengan muka tak malu sambil tersenyum menghulurkan tangan.
pada mereka, 'kita 0-0'. 'past is past'. 'let bygone be bygone'.
haha. inilah sikap guru sekarang ni.
suka ambil mudah.

ada juga yang claim, kejayaan bekas murid sekolah itu adalah hasil didiknya.
haha. cikgu, jangan ingat murid itu belajar hanya 5 tahun dalam hidupnya.

.......................

guru ibarat lilin?
sanggup membakar diri menerangi orang lain?
haha.
itu dulu.

sekarang ni guru ibarat lampu kalimantang.
kena bayar bil kalau kau nak diterangi.
semua nak ganjaran.
semua benda nak komplen.
kaca nipis itu tidak akan berfungsi sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

kualiti?
perangai?

yang jahat, tak guna, bodoh, malas, binatang adalah anak murid.
guru adalah malaikat yang perlu dihormati dan disanjungi.

.......................

Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Jelapang, Ipoh dan St. Michael's Institution, Ipoh. tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di UM walaupun tiada hari pensyarah.

Tuesday, May 11, 2010

Dugaan.

dugaan ini datang secara tiba-tiba atau boleh diduga?

..........................

Ya Allah,
aku tak mampu lagi menanggungnya.

Monday, May 3, 2010

CINTA: yang aku rasa.

cinta itu buta dan membutakan
buta mata dan mata hati
kadang-kadang sampai hilang maruah diri.

cinta itu sungguh berharga tapi tidak ternilai
sebab itu cinta hanya dicari tapi tidak pula dihargai
kadang-kadang nilai cinta jadi murah bila marah,
jadi mahal bila halal.

cinta itu juga adalah kesakitan dan kesaktian
sakitnya cinta bila hati terluka
saktinya cinta bila ia menyembuhkan luka.

cinta;
moga-moga sesiapa yang buta kerana telah dibutakan oleh harga cinta tapi tidak pandai pula menilainya, tanggunglah kesakitannya
doalah pada kesaktiannya pula.