hehe

Thursday, May 20, 2010

Selamat Hari Guru.

aku bukan berlagak atau lupa daratan.
cuma tak terdetik pun di hati ni nak ucapkan selamat hari guru kepada cikgu-cikgu aku; di sebuah sekolah berasrama penuh, di utara Perak.

benci tu bukanlah kepada semua guru di sana.
ada yang benar-benar seperti seorang guru.
tapi seperti cakap orang dulu-dulu, 'kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga'.
peribahasa yang bagi aku adalah adil dan menginsafkan.

.......................

pengalaman bersama guru-guru di sana adalah memeritkan.
tidak ingin dikenang.
namun segalanya selalu terulang tayang bila aku baca surat khabar beberapa tahun kebelakangan ini.
tentang rungutan, tuntutan dan ugutan guru-guru.

.......................

mak aku sudah lebih dua puluh tahun mengajar.
tak pernah aku dengar mak aku komplen pasal sekolah atau anak-anak murid.
sampai sekarang.

dulu kat sekolah aku (terpaksa dikenang) cikgu-cikgu siap buat mesyuarat atas sofa bawah kipas dalam bilik guru, sebab nak mengumpat pasal anak murid.
habis mak bapak anak murid pun kena kutuk dan dihina sekali.

ada yang tendang perut murid, rendam dalam kolam ikan, lempang, cekik, potong baju guna pisau, sorok dompet, sorok kasut (ye, cikgu sorok kasut. sampai sekarang aku tak tau apa motifnya) dan macam-macam lagi yang tak terjangkau dek pemikiran.

pada mereka mudah.
nanti nak PMR atau SPM, murid-murid yang dikasari itulah yang akan berderet menghulurkan tangan memohon maaf untuk mendapat keberkatan dan keredhaan dari cikgu-cikgu tersebut.
ini salah guna kuasa 'keredhaan dan keberkatan seorang guru' namanya.

aku juga buat benda yang sama.

.........................

sekarang ini, bila aku dah besar, ada la beberapa kali terserempak dengan cikgu-cikgu gila tersebut.
mereka ini dengan muka tak malu sambil tersenyum menghulurkan tangan.
pada mereka, 'kita 0-0'. 'past is past'. 'let bygone be bygone'.
haha. inilah sikap guru sekarang ni.
suka ambil mudah.

ada juga yang claim, kejayaan bekas murid sekolah itu adalah hasil didiknya.
haha. cikgu, jangan ingat murid itu belajar hanya 5 tahun dalam hidupnya.

.......................

guru ibarat lilin?
sanggup membakar diri menerangi orang lain?
haha.
itu dulu.

sekarang ni guru ibarat lampu kalimantang.
kena bayar bil kalau kau nak diterangi.
semua nak ganjaran.
semua benda nak komplen.
kaca nipis itu tidak akan berfungsi sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

kualiti?
perangai?

yang jahat, tak guna, bodoh, malas, binatang adalah anak murid.
guru adalah malaikat yang perlu dihormati dan disanjungi.

.......................

Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Jelapang, Ipoh dan St. Michael's Institution, Ipoh. tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di UM walaupun tiada hari pensyarah.

16 comments:

Anonymous said...

topex hensem..

weyh, nice post!..aku mntk permission nk copy link kt page mmber aku bley?..dier now jdi guru..huhuhu..

cucunenekkebayan said...

ni topex mane?
setahu aku, xde kawan aku bernama topex yang hensem. haha

tqah said...

live traffic feed

kuching,sarawak,malaysia 0 secs ago...

eh2.. ak tau tu sape... itu mestilah ak... hahahahahaha

.zulaikhabukanpenggoda. said...

gila sentap aku bace! hahaha.

cucunenekkebayan said...

tiqah: aku ade sorang je kawan yg duk serawak! hahaha

zulaikhapenggoda: haha. adakah anda seorang guru?

.zulaikhabukanpenggoda. said...

hey. zulaikhaBUKANpenggoda lah. cis. haha. sy seorang guru pelatih! tetap mau sentap. kihkih.

Original said...

nice..

aku suke betul bace blog ko ni..

Syabas, cuzin!!! =D

-Faiz Azhar-

cucunenekkebayan said...

faiz, tenkiu2. haha. aku dah jarang update skang ni. xde mase la.

sapik said...

haha ni la post kegemaran aku skrg ni....
hadoi....
same la pendapat aku ngn pendapat ko....
bagi aku guru2 dah mempergunakan perkataan KEBERKATAN tu utk menjadikan mereka lebih bermartabat dari pelajar sehinggakan menyebabkan mereka boleh bertindak sesuka hati mereka.....
dan yang meminta maaf pulak hanya para pelajar meski pelajar yang menjadi mangsa....

kerjaya perguruan dikatakan begitu susah dan hebat dugaannya....
namun aku rasa kalaulah hebat sangat dugaan para pendidik...
kenapa semua orang berebut2 nak jadik cikgu......

sbb jadik cikgu ni senang...cuti panjang...
nak beli rumah atau kereta pon menang dek tangan...
pencen sebagai penjamin masa depan...
adakah guru masih profesyen yang menyiksakan?

ghost said...

haha..
sekolah zoo..
cikgu pown ader yg ala2 zoo perangainyer...

c.zuliana said...

statement kurang ajar yg penah sy baca!!!

c.zuliana said...

kalo xpenah jd cikgu jgn ckp byk..mak kamu tu jadik cikgu tahun bila?sekarang zaman apa?budak2 skrg perangai nauzubillah..
nk mengutuk cikgu skola kita..walaupun perangai dorg teruk,cikgu ni manusia jugak..sebagai manusia masing2 ada melakukan kesilapan..awk pon apa kurangnya..mcm x kenal kat skola dulu..

cucunenekkebayan said...

hahaha.
ni la cikgu.
cepat sgt nak mengamuk.
pantang sgt profesyen mereka ni ditegur. sebab mereka sentiasa berpegang, kononnya merekalah yg paling mulia di muka bumi tuhan ini.

kan saya dah kata, bukan semua guru teruk. bukan semua tu maksudnya, adalah yang betul2 bagus. mungkin anda termasuk dlm golongan guru2 bagus. sabar ye makcik. jgn jd typical guru nak menyalahkan 'anak murid zaman sekarang'.

hmmm. kenal saya kat sekolah dulu? well, saya pun manusia juga. dan paling penting, ketika itu, masih setahun jagung lagi. cikgu-cikgu yg sudah dewasalah perlu beri tunjuk ajar bukannya penampar. paling utama, kena BANYAK bersabar. nama pun BUDAK sekolah. kesabaran itulah yang menjadikan seorang guru itu diangkat jadi MULIA.

FYI, mak saya masih lagi seorang guru dan masih tidak merungut.

cucunenekkebayan said...

oh, lagi satu, sumpah saya pernah menjadi seorang guru. tapi guru sandaran je la. haha. tak merungut pun.

Original said...

hahahahaha!
aku dah agak dah.. mesti akan ada cikgu2 yg melenting biler tgk post ko ni.. tp papehal pon.. murid2 zaman sekarang bukan satu isu besar.. sepatutnya kena sebut guru2 zaman sekarang.. hahaha! sebab ape yg mempengaruhi murid2 zaman sekarang adalah guru2 zaman sekarang.. guru kalau baik, baik lah anak muridnya.. tp kalau guru tu pon x baik, mcm mane anak murid pon nak jadi baik.. =)

Anonymous said...

Buat baik dibalas baik...

Alhamdulillah,berkat mak kite yg jadi cikgu yg baik, anak2 nyer sme masuk UM ngan UPM.
Masuk uni plak dgn keputusan yg sgt cemerlang..alhamdulillah..dapat anugerah dekan plak tu...

Tahniah utk kamu yg baru2 ni dpt anugerah dekan (UM punyer anugerah dekan adalah 3.75 ke atas ye c.zuliana..tah2 lagi cemerlang drpd awak kat uni dulu)

i am very proud of you!

semoga tercalon untuk anugerah emas (kalau xsilap la namanya)di UM...n kami..yg BENAR2 KENAL kamu akan terus sokong kamu!

hahaha..emo plak bace C.Zuliana tu tulis...sape makan cili dier la trase pedas nye :)