hehe

Tuesday, July 20, 2010

Benih Yang Baik..

aku tak ada nombor telefon dia.
sudah bertahun lamanya hasrat mengucapkan terima kasih, memohon maaf dan bertanya khabar tertangguh.
sebab aku sentiasa ingat, akan ada hari esok.

.....................

Terima kasih, cikgu.
maafkan segala salah, segala silap.

akan aku buktikan,
kalau dicampak ke laut sekalipun,
akan aku menjadi pulau.

....................

*al-fatihah kepada Cikgu Kamaruddin,
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah,
Taiping, Perak.

Thursday, July 15, 2010

Surat Terbuka Kepada YAB Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia.

Kehadapan YAB Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia.

terima kasih atas hadiah 5sen harga minyak dan 20sen harga gula itu. ini adalah hadiah paling berharga buat seluruh rakyat Malaysia. lebih-lebih lagi untuk saya sekeluarga yang tidak pernah lupa memangkah BN setiap kali pilihanraya.

ini adalah bukti betapa rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. YAB Dato' mengambil tindakan bijak menaikkan harga untuk meningkatkan pencapaian rakyat dan negara agar kami semua tidak senang-lenang bergoyang kaki makan gaji buta. dengan gaji yang lumayan ditawarkan oleh sektor pekerjaan di negara ini, matlamat 'rakyat berpendapatan tinggi' rasanya begitu hampir untuk dicapai. YAB Dato' memang seorang pemimpin yang berpandangan jauh!

terima kasih juga kerana YAB Dato' telah memberikan penjelasan tentang kenaikan harga minyak ini awal-awal. mental, fizikal dan poket kami memang sudah bersedia sedari dulu lagi. tidak langsung kami terkejut dengan berita ini. ini semua salah berita TV1 yang lembap menyampaikan maklumat. bodoh sungguh mereka itu. kami yakin, dengan penjimatan rm750juta setahun itu, pembangunan negara kita akan makin rancak, KLCC akan jadi makin tinggi!

bagi kami, kenaikan sebanyak, eh, sesikit 5sen dan 20sen itu tidaklah membebankan kami. sebab kami memang jarang isi minyak dan makan gula. kalau isi minyak pun paling banyak 2 liter. kami lebih suka naik pengangkutan awam yang sangat efisyen dan jaringan yang luas. sampaikan, petani-petani di kampung saya pun naik LRT pergi ke kebun dan sawah masing-masing. tidak sedikit pun kenaikan ini membebankan kami. malah kami berbangga sebab robert kwok akan jadi makin kaya! kita kan rakyat 1malaysia!!

YAB Dato', saya mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha Dato' ini. kalau boleh, naikkan harga semua benda di negara ini. barulah kami semua rasa macam hidup di tokyo, paris dan london! teringin sangat nak merasa hidup di sana. tapi taklah sampai ingin bunuh diri akibat tekanan hidup macam orang jepun pula. YAB Dato' jangan risau.

Akhir kata, sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih. sudah tiba masanya kami sebagai rakyat Malaysia membalas jasa YAB Dato' dan barisan Dato' itu. kami berjanji, malah sanggup bersumpah untuk beri hadiah setimpal pada kertas undi barisan YAB Dato' pada PRU ke-13 nanti.

salam sayang ikhlas,



azri zahier azmi

pengerusi,
persatuan orang kaya-kaya Malaysia

6 Tips Mudah : Pengundi Bijak dan Politician Wannabe.

1. banyakkan membaca, tapi jangan percaya apa yang anda baca.

bahan bacaan pula jangan la daripada satu sumber sahaja. contohnya, orang PAS akan hanya baca HARAKAH sebab konon-kononnya Berita Harian/Hairan itu tak jujur dan suka putar belit. habis, kau ingat HARAKAH tu jujur sangat la? takde putar belit la?

2. tontonlah video-video di internet.

sebab video ni paling senang untuk rakyat marhain tentukan ketulenannya. ada gambar dan suara. macam video ceramah Nizar yang menakut-nakutkan orang cina, konon orang Melayu (UMNO) nak bunuh mereka sampai banjir jalanraya dengan darah cina. baru la orang Melayu tau betapa bodohnya pemimpin Melayu yang sanggup buat apa saja demi undi cina.

3. ikutlah turutan agama, bangsa dan kemudiannya negara.

dahulukan agama. kemudian baru fikir perjuangan bangsa. last sekali barulah bertindak untuk negara. bunyinya macam tepat sungguh perjuangan PAS kan? haha. tapi sebenarnya perjuangan demi agama itu hanyalah untuk menarik minat orang melayu saja. sebab itu Nik Aziz tak kisah DAP tolak konsep negara Islam. asalkan orang cina dan india sokong PAS. guna AGAMA, untuk mendapatkan sokongan BANGSA Melayu, kemudiannya menguasai NEGARA.

4. hati-hati dengan umpan dan muslihat.

ini applicable untuk Melayu dan bukan Melayu. jangan la percaya kalau PAS dan PKR tu offer macam-macam untuk anda yang bukan Melayu sebab itu sekadar umpan. PAS dan PKR pula jangan la ingat cina dan india ni undi sebab korang bagus. itu hanya muslihat saja. macam muslihat lee kwan yew dulu la. mula-mula sokong, lama-lama pertikai. ini muslihat chauvanis namanya. takkanlah bebal sangat. cina dan india sokong hudud? cina sokong haram lesen judi? bodoh. umpan habis, ikan tak dapat.

5. jangan sokong PKR.

sebab...sebab..ini parti paling tak ada hala tuju! hahaha.

6. googlelah perkataan "melayu babi" dan "melayu bodoh".

kau akan tahu betapa bodohnya pemimpin-pemimpin yang muka Melayu, nama Melayu, beragama Islam tapi otak tahu nak menyondol saja.

Wednesday, July 7, 2010

Segala Puji Bagi Allah.

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri














Sbab Allah Yesus ku
mengerti...





ini lirik lagu agnes monica.
lagu-lagu beliau memang menjadi siulan anak-anak muda zaman ini.

Tok-tok guru, ulama-ulama politik, pejuang-pejuang fisabilillah dan manusia-talam-dua-muka-yang-sanggup-buat-apa-saja-demi-politik-macam-PAS-PKR,
apa komen anda?

Monday, July 5, 2010

Hari Jadi: Moga Menjadi.



Noor Diyana,
kita jadi dari tanah
kembali kita kepada tanah.

jadikah kita manusia
atau kita jadi hanya makhluk jadian?

selamat hari jadi
hari kita selamat dijadikan
hari yang perlu diraikan
23 tahun kita masih di sini,
kita seperti sekarang ini,
tandanya kita menjadi.

selamat hari jadi
bila sudah jadi,
hidup ini jangan pula dijudi.
takut nanti menjadi-jadi.

hari jadi ini,
ingat kembali siapa yang jadikan kita seperti hari ini.
mohon ampun, ucap kasih, panjatkan syukur.
untuk persediaan di hari mati;
nanti.

Thursday, July 1, 2010

Ulama Politik = Gedik.

apa tugas ulama sebenarnya?
menjaga kepentingan dan kelangsungan agama, atau berpolitik?
berpolitik yang benar-benar politik.
sampai politik jadi keutamaan dan agama dikesampingkan.

...................

terbaru, UMNO begitu berbangga sebab ramai ulama muda menyertai mereka.
masuk surat khabar berhari-hari.
masuk buletin utama.
kecoh satu dunia.
tak tau la apa yang pelik sangat.
mungkin dalam UMNO tak ada seorang pun alim ulama.
semuanya jahat-jahat belaka.
mungkin.

bagus la ulama dah ramai masuk UMNO.
berkesan sungguh.
terus dibatalkan hasrat nak buat judi bola sepak.

...................

PAS tak habis-habis menghentam UMNO/BN pasal isu judi dan arak.
tapi kat kelantan bersepah kedai arak.
judi aku tak pasti.

kata Nik Aziz, arak di Kelantan tak dijual kepada orang Islam. haha.
macam la kat tempat lain arak boleh dijual kepada orang Islam.
tapi ramai je orang Islam beli.
tauke-tauke arak tu tak sanggup nak rugi.

macam rokok la.
satu dunia tak bagi jual kepada bawah 18 tahun.
tapi, kat Malaysia pun bersepah budak sekolah hisap rokok macam naga.
kat Kelantan pun sama.

Tok Guru, bukankah membuat, menjual, menolong jual, menguruskan itu juga jatuh hukum haram dan berdosa kalau melibatkan arak ni?
paling kelakar, Nik Aziz kata bukan Islam boleh minum arak.
aku tak taulah.
Ridhwan Tee kata semua agama mengharamkan arak.


.....................

hmmmm.
banyak sungguh tindakan dan kenyataan pelik-pelik yang dikeluarkan oleh ulama-ulama kita ni. sampaikan rakyat marhain mcm aku ni pening kepala.

memang la bagus kalau nak tegur menegur apa yang salah tu.
tapi kalau demi kepentingan politik, tentulah teguran itu teguran yang tidak jujur.

di negeri dia boleh, di negeri lain tak boleh.
kalau parti dia punya ulama, betul.
kalau ulama parti lain, tu semua ulama makan suap.

..................

beginilah.
lepas ni, pakai sahaja satu gelaran.

kalau rasa nak jadi ulama, jadi ulama sajalah.
kalau nak jadi ahli politik, jadi ahli politik sajalah.
ulama dan politik memang tidak boleh disatukan.

politik ini memang cara permainannya kotor, jijik dan memerlukan pemainnya pusing-pusing, tipu-tipu, fitnah-fitnah.
macam main judi.
cuba bayangkan kalau judi ni politik.
jadinya, ulama main judi (Nik Aziz berpolitik).

..................

ulama anti yahudi.
facebook adalah yahudi.
facebook digunakan oleh ahli politik.
bila ulama jadi ahli politik,
ulama juga guna facebook.
maksudnya, ulama sokong yahudi demi politik!








p/s: add la facebook nik aziz.