hehe

Sunday, September 26, 2010

Mentaliti Penyokong Bola Sepak

kalau orang minat bola tu,
bukan setakat kenal nama,
tp kenal semua!

nama penuh, asal orang mana, dulu player mana, berapa gol setakat musim ini, dulu jongang tapi sekarang dah elok, skandal seks dengan siapa, semualah!

sampaikan sepak kaki (kiri atau kanan)pun, peminat-peminat bola ini akan tahu.
hafal kesemuanya.

setiap malam kalau ada perlawanan, mesti penuh kedai-kedai mamak.
sampai ke pagi mesti penuh.
walau kat rumah dah ada astro super sports; pakej paling mahal.
itu simpan untuk tonton replay; sesi kajian, tafsiran dan analisa perlawanan.
buat modal malam esoknya di kedai mamak juga.
juga modal kutukan, sindiran dan gelak tawa dalam fb serta sms.

kepada yang tidak minat dan tidak tahu pasal bola ni, memang jadi sasaran kutukan la.
kena hina sebab tak mengikuti perkembangan dunia bola sepak.
tak cool sebab tak tahu.
pondan!

tapi, minat mereka hanyalah kepada bola sepak mat saleh.
rooney berbulu macam beruk tu pun ditampal posternya buat peneman tidur.
moga-moga bangun esok jadi orang gasar macam beliau.

..................

kita panggil pemain-pemain mat saleh datang Malaysia.
belanja beratus ringgit nak tonton mereka lawan pasukan Malaysia.
tapi kita tak sokong pun pasukan Malaysia.
yang kita hafal, nama pemain-pemain separuh padang sebelah kiri sahaja.
yang belah kanan, kita ingatkan penjaga gol, tak pun Khalid Jamlus, rupanya timbalan presiden FAM, yang juga penyokong setia MU.

..................

alangkah baiknya, kalau minat yang sama dicurahkan kepada pasukan-pasukan tempatan.
harapkan penyokong-penyokong kelantan saja nak penuhkan stadium.
itu pun tak tau la beruk ke orang yang penuh dalam stadium tu.

alangkah baiknya, semangat yang sama diberikan kepada negara kita.
kalau ditanya pasal bola mat saleh (bola sepak, bukan bola lain ye) begitu arif dan terperinci jawapannya.
tapi kalau ditanya pasal isu semasa di negara kita, satu pun tak tahu.
harap tunggu orang lain bercerita je.
jadi tukang dengar.

..................

pasal bola mat saleh, kau siap ada dreamteam kau sendiri.
siap ada football fantasy sendiri.
tapi kau tak ada pula dreamteam untuk mentadbir negara sendiri.
apa fantasy kau untuk Malaysia satu hari nanti?
tak pernah kau nak fikir!

mana taknya.
beli surat khabar, semata-mata bukak bahagian sukan dan bahagian hiburan.
dua-dua bahagian bukan-bukan!

perlawanan bola, kau analisis.
isu negara, isu dunia, kau terkebil-kebil.
pasal bola semua kau khatam.
pasal negara?
haraaaaammmm!!

.....................

sebijik bola yang bulat.
ditendang sana, ditanduk sini.
kejar-kejar, lari-lari.
sepak, tepis, sorak.

itu sahaja.
apa kau dapat?

9 comments:

shahrulnizam said...

bagus entri ini..wee

sapik said...

mmg macam tu.....bola prioriti no 1,
hal negara buat tak tau.....
tapi kes sukan mmg macam tu
bnyak cerita pasal bola...
orang kita bila sokongan mula membara rasuah jadi makanan

macam mana orang nak suka?

tapi selak akhbar utk tgk bola pon bnda yang aku buat juga

dah penat melayan pelbagai karenah media semasa
kadang2 bnda mengarut yang diberitakan
x masuk akal fikiran

bias tak bersempadan
pasal keruntuhan moral xsah ceritala
dah x larat dah nak dengar khabar berita

kerana cerita hanya tinggal cerita....pelaksanaannya x ada juga

skrg salah siapa kalau die lebih rela tgk berita bola
dari tgk cerita yang tinggal cerita..

Anonymous said...

tak payah lah kecoh sangat. kau pun baca paper. tapi kau bukak bahagian dalam negara luar negara je. tapi isu bola terkebil-kebil. kitorang kejar bola sepak bola. korang? cakap je lah yang kau boleh buat. buat sembang kat mamak buat sembang kat blog. apa kau dapat? ptuihhh!

Anonymous said...

tak payah lah kecoh sangat. kau pun baca paper. tapi kau bukak bahagian dalam negara luar negara je. tapi isu bola terkebil-kebil. kitorang kejar bola sepak bola. korang? cakap je lah yang kau boleh buat. buat sembang kat mamak buat sembang kat blog. apa kau dapat? ptuihhh!

cucunenekkebayan said...

shahrulnizam: tq. hehe
sapik: alaa. kes rasuah pemain kita, ko bosan baca? kes skandal seks pemain bola mat saleh, stim lak ko baca?

anon: isu dalam negara, luar negara, banyak yg kita boleh dapat. sembang kat kedai mamak pun, bagus juga. sedikit sebanyak membuka minda rakyat malaysia. daripada ko sembang MU menang lawan arsenal 2-0, rooney sepak kaki kiri lagi kuat dari kaki kanan, kaka injured ade bisul kat bontot, henry sebenarnya gay, apa ko dapat?

sapik said...

haih ko ni....aku sakit ati sbb bola kita tergadai dek rasuah...tapi aku still pnyokong bola tmptn........penyokong kedah setis

ghost said...

trguris gak la ak baca entry nie..
haha~

cucunenekkebayan said...

ghost: haha. tak berniat nak menguris hati sesiapa. luka di hati tak siapa yang tahuuuuu~

Anonymous said...

harapkan penyokong-penyokong kelantan saja nak penuhkan stadium.
itu pun tak tau la BERUK ke orang yang penuh dalam stadium tu.

bro..ayat ko yg kt ats tu boleh mengguris hati penyokong2 kelantan.
p/s: klu bleh penggunaan bahasa tu tkr kpd yg lebih elok utk mnjaga sensitiviti kita rakyat malaysia