hehe

Tuesday, March 15, 2011

Dua Wanita Paling Menggelikan

Sebelum itu, biar aku bagitau pendirian aku.
aku masih belum tergerak untuk menyokong PAS atau Keadilan.
jauh sekali DAP.

tapi,aku merasakan dua orang wanita ini adalah liabiliti kepada BN.
kerana menggelikan ramai orang.
membuatkan ramai orang benci kepada BN.

1. Mak Mah

tidak perlu dijelaskan sangat kenapa Mak Mah ada dalam senarai ini.
tengok muka pun aku dah geli.
ditambah pula dengan kedangkalan jawapan kepada Tragedi Tsunami di Jepun.

Mak Cik, tsunami tu BENCANA ALAM hasil daripada pergerakkan tektonik plat-plat bumi.
teknologi mesra alam sehebat mana pun takkan mampu menghalangnya.
nama pun BENCANA ALAM.
takkan la alam ni nak bermesra-mesra dengan kita pula.

2. Kak Umi

Kak, boleh bagi orang lain tak yang buat kerja-kerja ceramah memburuk-burukkan orang tu?
kita orang Melayu, kak oi.
sangatlah tak manis dipandang dan didengar seorang perempuan mengado-domba cerita-cerita melibatkan ahli keluarga sendiri.
biar pun betul, tapi akak bukanlah orang yang sesuai untuk menerangkannya kepada orang ramai seluruh negara.

lagi pun, kemahiran orator akak sangatlah lemah.
menambahkan lagi kejelikkan orang mendengarnya.

..................

Imam Al-Ghazali menyenaraikan 6 ciri perempuan yang tidak elok dibuat bini.
antaranya ialah:

Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Wallahualam.

5 comments:

Anonymous said...

Aku sokong 100%...

2 orang ni umpama nenek songel...

Cakap merapu...

cerimanis said...

mak mah mcm thu...kak umi tu sape aek~~~???

cucunenekkebayan said...

ceri: kak umi tu akak azwan ali uolsss!

anon: haha. nenek muka muda.

sapik said...

macam kurang je pedas entry ni :p

cucunenekkebayan said...

sapik: kalau makan pedas hari2 nnt cirit