hehe

Monday, October 31, 2011

Mentaliti : Mental+Teliti

Orang kita memang senang nak ditipu.
Pandangan ikut emosi, ikut fahaman sendiri.

Orang kita ni sokong kalau kenyataan itu di pihak mereka.
Walaupun dari sumber atau orang yang sama.

********

Contohnya,

Masyarakat Malaysia yang begitu peduli dengan salahguna kuasa dan wang rakyat oleh kerajaan begitu menyokong Laporan Audit Negara.

Walaupun ia dilaporkan oleh Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV3suku. 

Laporan mereka dijadikan rujukan utama pulak tu!

Tapi, kalau daripada sumber yang sama menyatakan kerajaan negeri Kelantan dan Selangor ada melakukan salahguna kuasa, maksiat, zina, itu SEMUA adalah fitnah UMNGOK dan BN.

Ditambah pula dengan tuduhan media telah dikawal kerajaan.

********

Cuba kalau Laporan Audit Negara mengatakan "Tidak Ada Satu Sen Pun Duit Mak Ayah Kau Disalahgunakan Kerajaan", dan dilaporkan pula oleh HAPRAKAH DAILY, adakah anda semua akan percaya juga??

Dan, kenapa pula laporan oleh SPRM bahawa tiada salahlaku dan pemalsuan undi/undi hantu waktu pilihanraya umum, korang semua taknak percaya???

********

Ni belum masuk laporan media Barat yang mencerca Malaysia ketika perhimpunan Bershit dulu tu.

Ironinya, mereka begitu menentang Yahudi.

Begitu jijik dengan kerjasama kerajaan dengan Amerika.

Sejak bila pula kenyataan dan laporan Yahudi/Amerika perlu diambil kisah??

Sunday, October 23, 2011

Goddafi

Libyans,

Amerika menyuruh kamu membunuh dengan nama Allah,
tuhan yang Maha Pengampun,
Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.


Rumah Pertamaku: Bawah Jambatan Batu

Aku baru pulang dari Pameran MAPEX di MidValley.
Tujuannya adalah untuk survey rumah untuk dijadikan rumah pertamaku.
Memang normal bagi rakan seusia aku untuk mula membeli rumah.
Baru RASA mampu setelah setahun dua bekerja.

Tapi kami semua pulang dengan perasaan hampa.
Harga rumah majoritinya melebihi setengah juta.
Yang murah sedikit sudah jauh benar dari tempat kerja.
Sampai ke Nilai dan Seremban.
Ada juga promosi besar-besaran di Kampar, Perak.
HUH??!!

........................

Usaha kerajaan untuk mewujudkan Skim Rumah Pertamaku, bagi pemilikan rumah bawah RM300,000.00 nampaknya tidak banyak membantu.

Projek Perumahan Rakyat Satu Malaysia (PRIMA) juga dilihat membantu meringankan beban desakan kepada pemaju untuk menjual rumah dengan harga yang lebih murah.

Analogi:

Peniaga X menjual susu rendah lemak, berkhasiat tinggi dan berkualiti diambil daripada kelenjar mamari lembu tersihat dari lembah dingin New Zealand pada harga luar jangka RM100 seliter.

Setiap bulan harga seliter susu itu dinaikkan sesuka hati Peniaga X kepada RM150-200.

Maka, pemikir-pemikir YAB Perdana Menteri 1 Malaysia telah hadir dengan buah fikir bernas tanpa ada campuran bauan politik; Rumah Pertamaku dan Rumah Satu Malaysia!!

Cuma, rumah itu sedikit jaaaaauuuuuuhhhhhhh dari segala benda, tidak cantik dan tidak berkualiti.

Bila Kerajaan Satu Malaysia membuat dasar ini, maka peniaga X senyum simpul sebab hasil jualan susu berkualiti beliau tidak pula merosot dan tidak pula mendapat tentangan daripada mana-mana pihak.
sebab sentiasa ada sahaja pembeli yang mampu beli berpuluh liter susu mereka.

Tidak pula mendapat bantahan kerajaan. Malah, sedikit sebanyak kerajaan seolah-olah membantu mereka lepas daripada memikir rumah-rumah murah ini.

Akhirnya, majoriti rakyat Malaysia hidup kurus kering dengan susu lopek tak berkhasiat itu.

Selama-lamanya.

Ptuih!!



Friday, October 14, 2011

Pelik.

aku pelik.

kenapa ada Ferrari, Lambo dan Porsche kalau halaju maksimum di Malaysia adalah 110km/j dan semua orang tahu yang kelajuan membunuh?


Friday, October 7, 2011

RumahKu Syurgaku (read: mahal)

Untuk mengelakkan manipulasi harga hartanah di Malaysia, Bajet 2012 telah mengubah RGT (cukai perolehan hartanah).

10% cukai dikenakan kepada pemilik rumah yang menjual rumah mereka dalam masa pegangan kurang daripada 2 tahun.
5% cukai kepada kurang 5 tahun.

maka, dengan terlaksananya dasar ini, harga rumah tidak akan dimanipulasikan lagi??
begitu??

.................................

Mari kita flashback.
Zaman dahulu kala.

5% cukai dikenakan kepada hartanah yang dijual kurang daripada 5 tahun tempoh pegangan.

Adakah harga rumah tidak dimanipulasi oleh pemilik-pemilik rumah setelah terlaksananya dasar ini??

Masih.

................................

Mari kita kira dengan situasi sebenar.

Sewaktu pemaju perumahan mengumumkan untuk memajukan tanah bagi pembangunan kawasan perumahan, orang-orang kaya yang terdiri dari rakan taulan mereka sudah pun bersedia dengan sejumlah wang yang banyak.
ada juga yang mengambil pinjaman jangkamasa panjang.

mereka akan ditawarkan untuk membeli rumah-rumah tersebut terlebih dahulu, pada harga yang AMAT MURAH dan pada kuantiti yang BANYAK.

Wang awal ini dijadikan initial capital kepada pemaju. Boleh dikatakan pemaju tak keluar duit langsung untuk projek mereka!

Contoh: 


RM150,000.00 seunit (belum siap dibina)


harga rumah boleh meningkat sehingga RM400,000.00 setelah siap dibina. Harga ini juga adalah harga yang ditawarkan kepada kita semua.


Maka, keuntungan kasar adalah RM 250,000.00.


RGT (cukai) hanyalah RM 25,000.00.


UNTUNG = RM 225,000.00


**ni hanyalah kiraan kasar tanpa tolak beberapa kos kecil.


.........................................




Jadi, adakah dengan menaikkan cukai kepada 10% akan menghentikan gejala spekulasi harga rumah di Malaysia??
Naiklah sampai 50% pun, akan tetap ada masalah ini.
Sebab keuntungannya jauh lebih menarik dan mudah dan selamat.

................................

MUNGKIN KERAJAAN PATUT MENCADANGKAN DASAR HAD MAKSIMA PEMILIKAN HARTANAH!

What say you???