hehe

Sunday, October 23, 2011

Rumah Pertamaku: Bawah Jambatan Batu

Aku baru pulang dari Pameran MAPEX di MidValley.
Tujuannya adalah untuk survey rumah untuk dijadikan rumah pertamaku.
Memang normal bagi rakan seusia aku untuk mula membeli rumah.
Baru RASA mampu setelah setahun dua bekerja.

Tapi kami semua pulang dengan perasaan hampa.
Harga rumah majoritinya melebihi setengah juta.
Yang murah sedikit sudah jauh benar dari tempat kerja.
Sampai ke Nilai dan Seremban.
Ada juga promosi besar-besaran di Kampar, Perak.
HUH??!!

........................

Usaha kerajaan untuk mewujudkan Skim Rumah Pertamaku, bagi pemilikan rumah bawah RM300,000.00 nampaknya tidak banyak membantu.

Projek Perumahan Rakyat Satu Malaysia (PRIMA) juga dilihat membantu meringankan beban desakan kepada pemaju untuk menjual rumah dengan harga yang lebih murah.

Analogi:

Peniaga X menjual susu rendah lemak, berkhasiat tinggi dan berkualiti diambil daripada kelenjar mamari lembu tersihat dari lembah dingin New Zealand pada harga luar jangka RM100 seliter.

Setiap bulan harga seliter susu itu dinaikkan sesuka hati Peniaga X kepada RM150-200.

Maka, pemikir-pemikir YAB Perdana Menteri 1 Malaysia telah hadir dengan buah fikir bernas tanpa ada campuran bauan politik; Rumah Pertamaku dan Rumah Satu Malaysia!!

Cuma, rumah itu sedikit jaaaaauuuuuuhhhhhhh dari segala benda, tidak cantik dan tidak berkualiti.

Bila Kerajaan Satu Malaysia membuat dasar ini, maka peniaga X senyum simpul sebab hasil jualan susu berkualiti beliau tidak pula merosot dan tidak pula mendapat tentangan daripada mana-mana pihak.
sebab sentiasa ada sahaja pembeli yang mampu beli berpuluh liter susu mereka.

Tidak pula mendapat bantahan kerajaan. Malah, sedikit sebanyak kerajaan seolah-olah membantu mereka lepas daripada memikir rumah-rumah murah ini.

Akhirnya, majoriti rakyat Malaysia hidup kurus kering dengan susu lopek tak berkhasiat itu.

Selama-lamanya.

Ptuih!!



2 comments:

Anonymous said...

btul apa yg ko ckpkan tu......sume sama jer......nak tlg rakyat biarlah ikhlas.....klau buat rumah dlm hutan atau tepi belukar sape nak beli....agak2 lah woi....penasihat PM pun ckp mcm taik

-cry reen- said...

X jugak anon 3:25:00. Kadang2.. kadang2 rumah tepi hutan, jauh dr segala bnda.. tp tu skrg, dlm masa 15 thun lg tmpt tu jd tumpuan semua pkra.. kadang2 kerajaan nk tlg, tp benefit dia hnya dpt dilihat dlm jangkamasa yg sgtttttt pjg..

dulu mak aku bergelar janda anak 2 masa memohon tanah. dpt memang dpt, tp tanahnya btul2 berdepan ngan setinggan kaum india, kiri kanan hutan n langit di situ penuh asap kilang. Usahkan CC, kedai fotokopi pn xde yg dlm jarak jalan kaki. tapi skrg ni lpas hampir 15 tahun, situlah jbtn pendaftaran negara, situlah pusat rekreasi mandi manda, situ mydin pun bakal ada.. kdg2 susah, tp susahnya tak berpanjangan. kdg2 nmpk ada, tp klau xde tu dikenang jangan..