Seorang kawan biasa saya ada mengatakan bahawa sesuatu yang ada perkataan "raya" ni sangat besar maknanya dan sangat penting peranannya.
kalau yang kecil, kita panggil jalan.
yang besar kita panggil jalan raya.
yang kecil kita panggil pasar.
yang besar, pasar raya.
hari biasa kita panggil hari sahaja.
yang besar dan penting bagi kita, kita panggil hari raya.
hantu pun, kita panggil hantu raya.
bunga yang penting bagi negara kita; bunga raya.
maka, begitu jugalah dengan pilihan dalam hidup kita.
pilihan yang menentukan masa depan agama, bangsa dan negara kita dan generasi seterusnya.
pilihan sebesar dan sepenting ini kita panggil sebagai PILIHAN-RAYA.
....................
anda diberikan pilihan untuk memilih.
satu itu tahi anjing.
satu lagi tahi kucing.
anda pilih salah satu, anda masih dapat tahi.
najis. busuk. tak berguna.
dan kemudian anda semua terus-terusan mengutuk, menghina, memakihamun pilihan yang ANDA SENDIRI PILIH.
ya, anda sendiri yang pilih.
dan, ya.
anda yang telah memilih tahi.
....................
mengapakah anda hanya perlu memilih antara tahi anjing dan tahi kucing?
tiadakah pilihan lain yang lebih baik?
atau....
anda boleh memilih untuk tidak memilih mana-mana kerana kedua-duanya tahi?
tahi yang najis, busuk dan tidak berguna.
4 comments:
adakah ini bermaksud gerakan anti-pilihanraya telah dilancarkan?
eh. apa tu?? gerakan apa tuu??? tak tahu pun.
politik kedai mamak memang selalu cepat tersebar. haha
tapi, kalau tak ambil tahi kucing atau tahi anjing..orang lain pulak yang akan tentukan kita akan dapat tahi apa..silap2 dapat tahi babi..
Post a Comment