hehe

Thursday, July 19, 2012

GEMPAR: Azwan Ali Kini Bertudung!

Di Universiti Malaya, ada Akademi Pengajian Islam (API).
Pelajar API diberikan pilihan untuk majoring dalam subjek sains di Fakulti Sains.
Maknanya, mereka akan belajar Kimia dan Usuluddin (contoh) dalam satu masa.

Diceritakanlah kepada aku oleh seorang sahabat, bila pensyarah bertanya kepada salah seorang daripada pelajar API apakah cita-cita beliau bila tamat pengajian, lantas dengan penuh berhemah, pelajar solehah itupun menjawab:
"Saya ingin menjadi Saintis Islam,"

Dijawab pula dengan sinis oleh pensyarah tersebut:
"Habis, saya bukan saintis Islam?"

...............................

PAS dan pengikutnya dahulu begitu bencikan artis-artis.
Artis-artis diibaratkan sebagai syaitan yang mengajak manusia melakukan kemungkaran.
Aritis-artis ini hanya digilai oleh orang UMNO sahaja.

Namun, bila ada segelintir artis yang kini berserban, berjanggut dan bertudung, terus disambar mereka.
Artis-artis ini terus diusung ke mereta tempat untuk memberikan kuliah agama.
Kuliah artis-artis yang baru mendapat hidayah ini lebih valid kenyataannya berbanding mufti Perak.

Sebab apa?
Sebab motto perjuangan mereka adalah "perubahan".
Perubahan seorang artis itulah simboliknya.

Tapi, adakah PAS yang memberi hidayah kepada umat Islam?
Kempen poltik PASkah yang mendetikkan hati seorang manusia untuk kembali mengenal Tuhannya semenjak lahir?

..................................

Artis-artis ini juga bila mahu bertudung, akan merujuk Tok Guru Imam Besar Khalifah Nik Aziz.
Ketua Pemberi Hidayah sekalian umat Islam seluruh Malaysia.

Yang peliknya, adakah hidayah datang sama dengan Borang Keahlian PAS?

Yang peliknya, kenapa yang dirujuk adalah ulama politik?

Perlukah sinar hidayah anda mendapat publisiti macam Tayangan Perdana Filem Syukur 21?

Musykil.

..................................

Abby Abadi, anda bertudung baru sahaja berapa bulan.
Sudah layakkah anda menghina orang lain yang masih belum menemui hidayah?
Lupakah adegan-adegan drama atas katil, laga-laga hidung, pegang-pegang tangan anda?

Apa pula kaitan hidayah bertudung anda dengan Perhimpunan Mansuh ISA?
Lakonan drama atas pentas politik sesudah tidak laku di kaca TV?

Hijrah anda untuk agama atau untuk politik?

Atau masih untuk publisiti?

...................................

Cukuplah.
Hentikanlah wayang agama untuk politik anda semua.

Perjuangan agama dengan mata pedang.
Bukan dengan mata pena;
untuk pangkah bulan atas kertas undi!

Thursday, July 5, 2012

Misteri Kubur Bertingkat

Dulu waktu aku pergi Singapura, orang sana bagitahu aku yang mayat ditanam bertingkat-tingkat.
Maknanya, dalam satu lubang kubur, ada berlapis-lapis mayat.
Lubang kubur dah jadi macam rumah flat.
Macam "Strata title".

haha.

...............................

Petroleum  adalah satu sumber yang tidak boleh diperbaharui .
Sumbernya sangat terhad dan boleh habis pada masa tertentu.
Sebab itu kerajaan berkuasa penuh mengawal pengeluaran dan harga minyak di sesebuah negara.


Tanah juga sama sebenarnya.
Boleh ditambah (macam Singapura) tapi sangat tidak praktikal, secara ekonominya.
Apatah lagi tanah yang sesuai untuk didiami manusia.
Sangat terhad keluasannya.

Di atas tanah yang terhad inilah terbinanya rumah-rumah untuk kediaman manusia.
Tanah terhad, tapi bilangan manusia bertambah setiap minit.
Maka, permintaan untuk rumah akan meningkat.
Keluasan tanah kian terhad. Tidak meningkat.

Masalah utama di Malaysia pula adalah, yang kaya tidak hanya memiliki satu rumah.
Rumah dibeli bukan lagi untuk kediaman tapi untuk pelaburan pula.

Jadi, pemaju-pemaju perumah kini tidak lagi membina rumah untuk kediaman manusia.
Mereka bina untuk pelaburan manusia-manusia kaya sahaja.
Sebab itu, harga sebuah rumah (style "Studio" berkeluasan kurang 800 kaki persegi) berharga RM 670,000.00 di Kuala Lumpur.
Satu unit kondominium 3 bilik lebih kurang 1000 kaki persegi di jual pada harga RM1.2 juta.

Yang menjadi kehairanannya, SEMUANYA SOLD-OUT!!
Jadi pemaju dengan senyum lebar akan meneruskan pembinaan baru dengan harga yang lebih mahal pada masa akan datang.
Sebab mahal macam mana pun tetap akan ada pembelinya!

Tinggallah kita yang berpendapatan sederhana ni ternganga-nganga, bangun subuh pagi, tempuh jalan sesak 2-3 jam untuk ke tempat kerja sebab rumah jauh ceruk hutan.
Itu sahaja yang kita mampu.

..................................

Ironinya, makin dekat hartanah itu dengan LRT, makin mahal harganya.
Makin mahal harganya bermakna yang kaya-raya sahaja mampu membelinya.
Bila sudah kaya-raya pula, takkan pergi kerja naik LRT.
Mestilah berkereta.

Maka kita, dah la miskin, rumah jauh, tak dapat berjimat naik LRT pula.

....................................

Sudah tiba masanya kerajaan kita menggubal satu undang-undang baru yang menghadkan jumlah pemilikan hartanah.
Ia satu mekanisma terbaik untuk menghalang pemaju-pemaju tamak haloba dan orang-orang kaya ini mengeksploitasi pasaran hartanah negara.

Sedangkan gula pun dikawal harganya.

.....................................

Jangan sampai nanti ada Skim Kubur Pertamaku atau Perkuburan 1Malaysia (PK1MA).