hehe

Thursday, July 5, 2012

Misteri Kubur Bertingkat

Dulu waktu aku pergi Singapura, orang sana bagitahu aku yang mayat ditanam bertingkat-tingkat.
Maknanya, dalam satu lubang kubur, ada berlapis-lapis mayat.
Lubang kubur dah jadi macam rumah flat.
Macam "Strata title".

haha.

...............................

Petroleum  adalah satu sumber yang tidak boleh diperbaharui .
Sumbernya sangat terhad dan boleh habis pada masa tertentu.
Sebab itu kerajaan berkuasa penuh mengawal pengeluaran dan harga minyak di sesebuah negara.


Tanah juga sama sebenarnya.
Boleh ditambah (macam Singapura) tapi sangat tidak praktikal, secara ekonominya.
Apatah lagi tanah yang sesuai untuk didiami manusia.
Sangat terhad keluasannya.

Di atas tanah yang terhad inilah terbinanya rumah-rumah untuk kediaman manusia.
Tanah terhad, tapi bilangan manusia bertambah setiap minit.
Maka, permintaan untuk rumah akan meningkat.
Keluasan tanah kian terhad. Tidak meningkat.

Masalah utama di Malaysia pula adalah, yang kaya tidak hanya memiliki satu rumah.
Rumah dibeli bukan lagi untuk kediaman tapi untuk pelaburan pula.

Jadi, pemaju-pemaju perumah kini tidak lagi membina rumah untuk kediaman manusia.
Mereka bina untuk pelaburan manusia-manusia kaya sahaja.
Sebab itu, harga sebuah rumah (style "Studio" berkeluasan kurang 800 kaki persegi) berharga RM 670,000.00 di Kuala Lumpur.
Satu unit kondominium 3 bilik lebih kurang 1000 kaki persegi di jual pada harga RM1.2 juta.

Yang menjadi kehairanannya, SEMUANYA SOLD-OUT!!
Jadi pemaju dengan senyum lebar akan meneruskan pembinaan baru dengan harga yang lebih mahal pada masa akan datang.
Sebab mahal macam mana pun tetap akan ada pembelinya!

Tinggallah kita yang berpendapatan sederhana ni ternganga-nganga, bangun subuh pagi, tempuh jalan sesak 2-3 jam untuk ke tempat kerja sebab rumah jauh ceruk hutan.
Itu sahaja yang kita mampu.

..................................

Ironinya, makin dekat hartanah itu dengan LRT, makin mahal harganya.
Makin mahal harganya bermakna yang kaya-raya sahaja mampu membelinya.
Bila sudah kaya-raya pula, takkan pergi kerja naik LRT.
Mestilah berkereta.

Maka kita, dah la miskin, rumah jauh, tak dapat berjimat naik LRT pula.

....................................

Sudah tiba masanya kerajaan kita menggubal satu undang-undang baru yang menghadkan jumlah pemilikan hartanah.
Ia satu mekanisma terbaik untuk menghalang pemaju-pemaju tamak haloba dan orang-orang kaya ini mengeksploitasi pasaran hartanah negara.

Sedangkan gula pun dikawal harganya.

.....................................

Jangan sampai nanti ada Skim Kubur Pertamaku atau Perkuburan 1Malaysia (PK1MA).




3 comments:

nana said...

Hahahaha thanks buat entry ni!
Berminat sgt nk apply PK1MA

Anonymous said...

sumpah aku baru taw blog ko ni john..aku baca jek..hahaha..



p/s plz tutup suiz lampu tu...jauh la..malas bgn.. -langkawi-

cucunenekkebayan said...

JOHN? SAPE TU? PENULIS BERBANGSA MELAYU LAH