hehe

Thursday, January 24, 2013

Tujuh Tahun Dulu


Macam baru semalam
Saat tanganmu menadah doa
Saat itu jarum waktu bagai terhenti.

Aku dan mataku ralit memerhati
Tak sabar kuteroka hati,
Berhati-hati.

.............

Ada hati yang kita lukai
Ada pokok kutebang, tumbang
Ada bunga kauracun, layu
Ampun.

……….

Lama juga Tuhan pisahkan kita
Tapi aku tak pernah lupa.

Kemudian Tuhan temukan kita semula
Rupanya kau juga tak pernah lupa.

………..

Makin hari makin dalam rasa hati
Tujuh tahun dulu masih rasa panasnya
Ini pasti,
Sejati.

Moga Allah berkati
Rapatkan roh dan jasad kami
Dipisahkan hanya bila mati

Moga cinta 7 tahun dulu
Sampai langit 7 lapisan tembusnya
Sampai dikenang 7 keturunan kisahnya.

…………

7 hari lagi.








Mahasiswa Hari Ini : Tangan Kiri, Tangki Tahi

mahasiswa hari ini
masih sama macam dulu
macam aku
dan yang lain yg tak sebulu.

yang paling dipandang hebat adalah
yang paling 'berani' 'bersuara'
yang paling lantang 'mengkritik'
yang paling menentang 'haluan dan peraturan'
yang jadi tangan kiri.

bukan susah nak dikenali dan diangkat 'wira' generasi baru
turunkan bendera orang
mengamuk di forum orang
sembang dengan 'nada keislaman'.

kau ingat segulung ijazah yang BAKAL diperoleh itu
lambang segulung lembaran ilmu
walaupun belajar sastera di Malaysia,
ilmu politik, ekonomi Cuba dan Argentina fasih digunanya.

bila popular,
jadi alat, catur, tangki tahi ahlul politik negara
semuanya bukan sebab kau bijak
tapi sebab golongan ini paling mudah dipijak.

bersuaralah
berbincanglah
berilah cadangan
berilah ulasan
tapi jangan ingat kau seorang sahaja dalam dunia ini ada ilmu
dan jangan ingat dalam dunia ni kau seorang ada masalah..
kucing, anjing, ikan jaws dan burung juga ada masalah.

eh.
arrkk..arrrkkk...aaarrrkkk

buat adik-adik dan rakan seusia yang masih belajar,
belajarlah dahulu.
dunia universiti itu masih terlalu kecil,
sekecil akalmu.

sabar.
masa kau akan tiba.