hehe

Thursday, January 24, 2013

Tujuh Tahun Dulu


Macam baru semalam
Saat tanganmu menadah doa
Saat itu jarum waktu bagai terhenti.

Aku dan mataku ralit memerhati
Tak sabar kuteroka hati,
Berhati-hati.

.............

Ada hati yang kita lukai
Ada pokok kutebang, tumbang
Ada bunga kauracun, layu
Ampun.

……….

Lama juga Tuhan pisahkan kita
Tapi aku tak pernah lupa.

Kemudian Tuhan temukan kita semula
Rupanya kau juga tak pernah lupa.

………..

Makin hari makin dalam rasa hati
Tujuh tahun dulu masih rasa panasnya
Ini pasti,
Sejati.

Moga Allah berkati
Rapatkan roh dan jasad kami
Dipisahkan hanya bila mati

Moga cinta 7 tahun dulu
Sampai langit 7 lapisan tembusnya
Sampai dikenang 7 keturunan kisahnya.

…………

7 hari lagi.








1 comment:

siti zabidah said...

tujuh pesanan dari mak

1. Fahami dan hargai hati wanitanya
2. Minta dan hormati pandangannya
3. Beri perhatian padanya
4. Bertanya masaalahnya dan cuba
selesaikan bersama-sama
5. Jadi juga pendengar setianya
6. Puji kecantikannya dan anggunnya
puji juga masakannya
7. Tawarkan juga bantuan kepadanya

Semakin sikit bilangan harinya
semakin banyak nasihat boleh
diberi.