politik katak bukanlah melompat ke sana sini.
tapi, lebih bodoh daripada itu.
ciri-ciri seekor katak adalah seperti berikut:
kulitnya menggerutu, bunyinya tidak merdu, lidahnya panjang, makanannya lalat.
hijau kusam warnanya.
menjijikkan.
Sekumpulan katak hijau ini membenci katak2 lain.
katak2 lain ini tidak mahu dikenali sebagai katak, tetapi menggelarkan diri mereka sebagai kodok. kerana warnanya tidaklah begitu kehijauan.
ketua katak dan kodok mengembangkan perut dan tekak mereka untuk menghasilkan bunyi yg sangat hodoh.
pengikut2 mereka tanpa usul periksa terus menyahut laungan sang ketua dengan bunyi yang sama. sahut2 sahutan. walaupun tempat mereka jauh antara satu sama lain.
tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya sedang memanggil ribut petir dan hujan yang lebat.
anak2 katak dan kodok ini, berudu, yang masih berenang dan tidak tumbuh kakinya sentiasa memerhati dan mempelajari teknik2 yang dewasa.
supaya mudah bila dah besar nanti.
cuma perlu pilih haluan.
kalau nak kuasa, jadilah katak.
sebab dalam keluarga katak ini tak ramai yang berkebolehan.
cukup sekadar pandai berbunyi dengan kuat dan memiliki perwatakan yang bersih suci.
perwatakan sahaja, tidak perlu peribadi.
kalau nak kaya, sertailah kodok.
sekutu kodok, si katak puru, sungguh terkenal.
lagu 'buai laju2 sampai pokok ru' sampai sekarang disiulkan lagi.
juga royalti penjualan cekodok, sempena nama mereka.
wahai berudu, sedarlah.
sebenarnya mereka semua sama.
katak dan kodok adalah sama.
dieja dari depan atau dari belakang pun tetap sama.
katak dan kodok.
yang pasti,
akhirnya katak2 dan kodok2 ini akan disiat2 kulitnya.
dipotong2 kepada beberapa bahagian.
diletakkan minyak bijan dan digoreng hingga garing.
untuk hidangan atas pinggan, ditelan oleh sekumpulan manusia.
kumpulan yang makan apa sahaja.
termasuklah ba alif ba ya.
katak tetap katak juga.
hidupnya tetap di bawah tempurung sahaja.
No comments:
Post a Comment