hehe

Friday, February 19, 2010

Proton yang tidak pro.

tidak berkualiti.
huduh, mudah rosak, banyak masalah.
nak beli mahal dan nak repair pun mahal.
itulah kereta jenama Proton, kereta nasional, kebanggaan kita semua.

........................................

masalah tingkap, enjin dan macam-macam lagi masalah yang memeningkan kepala ini BUKAN SATU MASALAH BARU.
pelbagai janji manis ditaburkan oleh Proton untuk menyelesaikan masalah bodoh yang hanya dialami oleh kereta Proton ini.
tapi, walaupun ini masalah lama, masih ramai yang membeli kereta Proton ini.
pihak Proton pula begitu berbangga dengan jualan mereka yang semakin meningkat itu.

.......................................

beli Proton sebab apa?
patriotik?
sebab kereta itu bagus?
atau sebab taktik kotor dan tidak profesional kerajaan memaksa rakyat Malaysia?

kereta import yang sebenarnya mampu dimiliki telah dikenakan cukai yang tidak logik dan serta-merta menjadikan kereta import itu sebagai impian rakyat Malaysia sahaja.
walaupun kita tahu Proton ini maha bodoh dan merugikan, kita terpaksa juga beli sebab dah tak ada pilihan lain.
itupun, berbanding kualitinya (spare part murah buatan China), harga Proton masih mahal selaku pemegang title kereta nasional.
tapi, kita terpaksa.
dan Proton berbangga.

alat gantinya pula sengaja dibuat berbeza daripada biasa.
supaya kereta Proton hanya boleh diservis di bengkel servis Proton sahaja.

ntah2, kereta Proton sengaja dibuat untuk sentiasa rosak.
demi menjamin kelangsungan pengilang-pengilang alat ganti dan bengkel-bengkel servis mereka.

.........................................

begitu bertungkus-lumus kerajaan memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut kepada Proton.
terbaru, sebuah kilang kereta jenama China yang lebih murah dan lebih berkualiti hendak dibuka di Malaysia.
tapi, kerana takutkan persaingan, permohonan syarikat itu telah ditolak walaupun beribu peluang pekerjaan dapat diberikan kepada warga Malaysia.

.........................................

persaingan mereka hanyalah kepada Perodua (yang juga tidak bagus).
hasilnya, Proton perasan bagus.

hoi, Proton!
kami beli pun sebab terpaksa la!!

.........................................

buat apa sekadar nak berbangga kita ada kereta jenama sendiri tapi kualiti macam tahi?

tidak ada yang membeli dan memandu kereta itu sebab semangat cintakan negara.
tidak ada siapa yang berbangga memandu kereta Proton itu.
memandu kereta Proton adalah lambang ketidakmampuan, keterpaksaan, orang kerajaan dan ahli politik barisan nasional.

...dan seperti biasa, hanya Proton dan konco-konconya sahaja yang berbangga.

5 comments:

tqah said...

bro..
ko da balik um ke?
nampak si hitam ko kat depan kolej..
si hitam ko rosak ke?

Moque said...

john asal ko babitkan ahli barisan nasional?? aduh kurg la undi BN 2tahun lg..blog ko da la berpengaruh john..haha

cucunenekkebayan said...

tiqah: aku kat um lame dah. ade debat astar, aku jd hakim. ko katne? jom r wat thesis ni.

cucunenekkebayan said...

mok: haha. dah diorang je yang ske pkai proton perdana. orang Pas pakai toyota Camry.

tqah said...

ak n eniq bercuti kat muar.
ko sampai um bknnye na g tau.
huh.
pasangan gay ko da ad kat um da..