hehe

Thursday, March 25, 2010

Atas Nama Islam.

kebelakangan ini banyak orang nampak terlalu luar biasa pengabdian dirinya kepada agama.
semua dibuatnya demi agama, katanya.
katanyalah.

.............................

zulkifli noordin dedahkan ada pihak yang menawarkan sejumlah wang penggugat iman untuk beliau fitnah perdana menteri Malaysia.

beliau ini memang marah benar dengan PKR kerana pada pandangan beliau, PKR tidak selari dengan agama yang dianutinya.
perjuangan PKR tidak selari dengan prisip perjuangannya.
zulkifli noordin berjuang demi agama!
katanyalah.

bila satu Malaysia nak tahu siapa yang buat tawaran itu, katanya pula, demi tidak mahu menjejaskan nama baik Islam (FYI, agama Islam tidak membenarkan kita mengaibkan seseorang)zulkifli noordin merahsiakan nama itu.

.................................

wahai zulkifli noordin, FYI, Islam juga tidak membenarkan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah.
kalau kau duk rahsia-rahsia, makin banyak la fitnah nanti.

.................................

sebab itu, duduk berdua-duaan di tempat yang mencurigakan dengan bukan mahram adalah diharamkan dalam agama yang dianuti oleh zulkifli noordin ini.
alasannya mudah; tidak mahu menimbulkan fitnah.
walaupun pasangan itu sedang membaca buku sambil berpurdah.

sebab itu juga, bila orang melayu kahwin, akan ada pasukan kompangnya.
kalau dah kahwin, biar satu kampung tau.
supaya tak siapa nak fitnah di kemudian hari.

...............................

jadi, kesimpulannya mudah.
kalau rasa nak sorok-sorok, sekadar nak cetus human interest, dan claim kata kau begitu Islam, baik tak payah.
orang akan fitnah sana sini.
orang Islam juga yang berpecah.
perpecahan sangat dibenci oleh Islam.
itu bukan Islam.

kalau nak bagitau, sebut nama, masa dan tempat (kalau boleh sebut sekali berapa juta wang hantaran itu) dengan jelas.
senang orang nak datang kenduri kau!

Bangunan Hijau: bangunlah.

Malaysia sudah melancarkan garis paduan penilaian bangunan hijaunya tersendiri yang dikenali sebagai Green Building Index (GBI) seperti 23 negara lain di dalam dunia ini.
garis panduan ini adalah penting sebab kita begitu serius dalam menangani isu alam sekitar.
mungkin juga kita taknak nampak terlalu ketinggalan berbanding negara kecil, Singapura yang sudah lama ada.

persoalannya, adakah kita bersedia untuk bangunan di Malaysia ini diwarnakan hijau?
sebab umum mengetahui kos bangunan hujau ini lebih tinggi.
teknologi kita import.
pakar kita import.
lama-lama poket pun semput.

lantaklah orang kata 'pulangan jangka masa panjang' pun, kita orang Malaysia mana boleh sabar.
hijau adalah warna alam sekitar, hijau juga adalah warna bagi duit.
green can be greed.

bangunan hijau akan banyak menggunakan sumber semula jadi.
Malaysia banyak sumber semula jadi seperti kayu balak.
hijau adalah warna alam sekitar, demi bangunan hijau maknanya kita terpaksa pula korbankan kehijauan hutan kita.
kalau pakai balak tanam semula pun, hutan sekunder takkan sama dengan yang lama.

..............................

Malaysia memang pantang bila orang lain meninggalkannya.
kita siap-siap bina litar formula one walaupun kita belum ada pasukan formula one.
mungkin memang azali kita buat laluan atau garis panduan dahulu.
kemudian baru cari pakar-pakar luar, teknologi luar dan cop itu adalah 'proudly made in Malaysia'.

Malaysia juga pantang bila mat saleh panggilnya sebagai 'komuniti yang tinggal dalam hutan' atau tarzan.
kita tiru bangunan mereka bulat-bulat; pasang penghawa dingin banyak-banyak.
bila dah sejuk, kita pakai macam mereka; baju tebal-tebal dan jerut leher dengan tali (kemudian dikenali sebagai tali leher seolah-olah kalau tidak diikat, leher akan tercabut).
kita gondolkan hutan kita, jual kayu-kayan pada mereka.
sekarang, bila orang lain sibuk nak bangunan hijau, kita pula kelam-kabut keluar duit berjuta-juta nak duduk balik dalam hutan.

rupa-rupanya, hijau juga adalah warna kebodohan.
(tidak ada kena-mengena dengan warna bendera mana-mana parti politik)

Wednesday, March 17, 2010

Jurulatih

Jurulatih.
tugasnya melatih.
agar anak didik jadi bagus dan lebih bagus kalau dapat jadi sehebat jurulatihnya.
jurulatih kena ikhlas, nanti anak didiknya nampak tak terlatih walaupun berlatih.
ikhlas;
bukan kerana nama, rupa mahupun jantina anak didiknya.
bukan juga demi nama, air muka dan sifat lahiriah diri sendiri.

tapi kadang-kadang bila anak murid tak pandai-pandai juga, jangan asyik salahkan mereka.
mungkin mereka masih perlu bertatih sebab jurulatih perlu juga kadang-kadang jadi jurutatih.

kalau jurulatih dah malas dan bosan mengajar tatih, biar jurutatih sebenar tunjukkan.
jurulatih jangan cepat sangat jadi jurulatah.
cepat sangat melatah bila ada yang cuba hulur bantuan.

jurutatih sebenar pula, janganlah bila anak murid sudah pandai berlari dikatakan usaha anda sepenuhnya.
ingat, anda jurutatih bukan juruhebah!

anak didik pun kena ikhlas juga.
terima apa yang diajar dan jangan salahkan jurulatih bila kurang diajar.
itu kurang ajar namanya.
sungguh-sungguhlah berlatih, kesian jurulatih.
jurulatih pun lama-lama boleh jadi juruletih!

Sunday, March 7, 2010

pendapat politik

keliru.
pendapat sepatutnya merungkai masalah, tapi kadang-kadang mengundang lebih banyak masalah.
sebab terlalu banyak pendapat diselitkan dengan udang di sebalik batu.

...........................

isu kalimah Allah.
orang PAS, parti Islam ini kata tak mengapa digunakan oleh sesiapa sahaja.
lantaklah nak buat apa, Allah kau lain, Allah aku lain.
tapi Allah tetap yang satu, yang maha esa.
keliru kan?

mufti-mufti negeri pulak kata tak boleh.
musyawarah IKIM yang terdiri daripada alim ulama (beberapa ahli PAS) juga kata tak boleh.
apa? mereka ni tak cukup Islam ke?
keliru kan?

mana satu yang betul?
mana satu yang bukan jawapan politik?
ulama yang terang-terang ahli politik, atau ulama yang dilantik oleh ahli politik ini yang betul?
dua-dua berpolitik, mungkin?

atau kita perlu lebih percaya kata-kata mubaligh kristian itu?
kerana mereka hanya memperjuangkan agama, bukan kepentingan politik.

.............................

isu liwat.
sampai sanggup bersumpah dengan nama Allah yang menjadi rebutan itu.
mungkin takpa, sebab Allah maha mengetahui.
Allah tahu mereka ahli politik yang kadang-kadang perlu bersumpah politik.

.............................

isu Proton yang bodoh itu.
begitu dibanggakan oleh Che Det dalam blognya.
sanggup beliau memberi kenyataan-kenyataan yang tidak nyata, yang memualkan tentang proton.
begitu bangga beliau melihat banyak kereta proton di atas jalanraya.
tapi, banggakah beliau melihat begitu banyak kereta proton tersadai di bahu-bahu jalanraya pula?

nak percaya cakap siapa?
tauke proton inikah, atau pemandu-pemandu proton?

............................

dalam blog seorang mualaf ini pula (yang juga diterbitkan dalam akhbar), terlalu benar beliau mengutuk bangsanya sendiri.
terlalu benar diangkat dan dikipas bontot orang melayu.
dia bukan ahli politik, tapi menulis dalam akhbar yang cukup kuat berpolitik.
tak tahulah apa niatnya, tapi bila ada sahaja bau politik itu, kenyataan yang ikhlas pun kadang-kadang terlalu meragukan.
kami rakyat Malaysia ini jadi keliru.

............................

beberapa orang ahli PKR punya kenyataan pun lebih kurang memualkan.
selaran kepada lim guan eng cukup pedas dan bunyinya macam begitu jahat lim guan eng ini.
tapi, bila lim guan eng kata, mereka ini bising sebab tidak diberikan projek, kita jadi keliru.
ada pula yang dah mengamuk-ngamuk sana sini, tapi bila disuruh letak jawatan, tak nak lepas.
ada juga yang lepas semua, kecuali satu; pengerusi kelab golf.

kita rakyat Malaysia keliru.
yang tak keliru, nampak sangat modus operandi ahli politik di Malaysia ialah membuncitkan perut sendiri dengan projek-projek neraka mereka.
baik BN mahupun pakatan rakyat.
sama sahaja.

..............................

ahli politik di Malaysia, sangat menjengkelkan.
termasuklah, pemimpin-pemimpin ternama, yang sangat disanjung.
kerana, walaupun sudah bersara, jawapan mereka masih dipalit tahi politik itu.
cuma, bezanya tahi itu sudah kering.

tapi, sudah resmi tahi.
walaupun kering, masih berbau dan perlu dicuci.
dan pada tahap sekarang ini, perlu dicuci dengan air tanah!