hehe

Wednesday, March 17, 2010

Jurulatih

Jurulatih.
tugasnya melatih.
agar anak didik jadi bagus dan lebih bagus kalau dapat jadi sehebat jurulatihnya.
jurulatih kena ikhlas, nanti anak didiknya nampak tak terlatih walaupun berlatih.
ikhlas;
bukan kerana nama, rupa mahupun jantina anak didiknya.
bukan juga demi nama, air muka dan sifat lahiriah diri sendiri.

tapi kadang-kadang bila anak murid tak pandai-pandai juga, jangan asyik salahkan mereka.
mungkin mereka masih perlu bertatih sebab jurulatih perlu juga kadang-kadang jadi jurutatih.

kalau jurulatih dah malas dan bosan mengajar tatih, biar jurutatih sebenar tunjukkan.
jurulatih jangan cepat sangat jadi jurulatah.
cepat sangat melatah bila ada yang cuba hulur bantuan.

jurutatih sebenar pula, janganlah bila anak murid sudah pandai berlari dikatakan usaha anda sepenuhnya.
ingat, anda jurutatih bukan juruhebah!

anak didik pun kena ikhlas juga.
terima apa yang diajar dan jangan salahkan jurulatih bila kurang diajar.
itu kurang ajar namanya.
sungguh-sungguhlah berlatih, kesian jurulatih.
jurulatih pun lama-lama boleh jadi juruletih!

No comments: