Malaysia sudah melancarkan garis paduan penilaian bangunan hijaunya tersendiri yang dikenali sebagai Green Building Index (GBI) seperti 23 negara lain di dalam dunia ini.
garis panduan ini adalah penting sebab kita begitu serius dalam menangani isu alam sekitar.
mungkin juga kita taknak nampak terlalu ketinggalan berbanding negara kecil, Singapura yang sudah lama ada.
persoalannya, adakah kita bersedia untuk bangunan di Malaysia ini diwarnakan hijau?
sebab umum mengetahui kos bangunan hujau ini lebih tinggi.
teknologi kita import.
pakar kita import.
lama-lama poket pun semput.
lantaklah orang kata 'pulangan jangka masa panjang' pun, kita orang Malaysia mana boleh sabar.
hijau adalah warna alam sekitar, hijau juga adalah warna bagi duit.
green can be greed.
bangunan hijau akan banyak menggunakan sumber semula jadi.
Malaysia banyak sumber semula jadi seperti kayu balak.
hijau adalah warna alam sekitar, demi bangunan hijau maknanya kita terpaksa pula korbankan kehijauan hutan kita.
kalau pakai balak tanam semula pun, hutan sekunder takkan sama dengan yang lama.
..............................
Malaysia memang pantang bila orang lain meninggalkannya.
kita siap-siap bina litar formula one walaupun kita belum ada pasukan formula one.
mungkin memang azali kita buat laluan atau garis panduan dahulu.
kemudian baru cari pakar-pakar luar, teknologi luar dan cop itu adalah 'proudly made in Malaysia'.
Malaysia juga pantang bila mat saleh panggilnya sebagai 'komuniti yang tinggal dalam hutan' atau tarzan.
kita tiru bangunan mereka bulat-bulat; pasang penghawa dingin banyak-banyak.
bila dah sejuk, kita pakai macam mereka; baju tebal-tebal dan jerut leher dengan tali (kemudian dikenali sebagai tali leher seolah-olah kalau tidak diikat, leher akan tercabut).
kita gondolkan hutan kita, jual kayu-kayan pada mereka.
sekarang, bila orang lain sibuk nak bangunan hijau, kita pula kelam-kabut keluar duit berjuta-juta nak duduk balik dalam hutan.
rupa-rupanya, hijau juga adalah warna kebodohan.
(tidak ada kena-mengena dengan warna bendera mana-mana parti politik)
1 comment:
rasulullah suke warna hijau...hehe..
Post a Comment