hehe

Friday, June 18, 2010

salah nenek moyang kita!!

mental orang Melayu sudah lama melayu.
susah nak kembang mekar.
sebab sudah lama disiram racun.
oleh nenek moyang kita sendiri.

....................

dari dulu, telinga kita sudah disumbat dengan kenyataan yang kita ni bangsa yang lemah matematik.
orang cina semua hebat matematik.
jadi, bila kita gagal matematik, mak bapak pun tidak kisah sangat la.
sebab memang keturunan kita ni bebal matematik.

tapi yang peliknya,
genius-genius matematik dalam Malaysia ni semuanya nama Melayu.

...................

nenek moyang kita selalu juga kata yang kita ni tak pandai berniaga.
kalau yang kaya, semuanya orang cina.
jadi, kita ni elok makan gaji sajalah.
kerja dengan kerajaan.
lagipun kita ni pemalas nak mampos.

tapi yang peliknya,
begitulah ramai usahawan kita yang kaya-raya, cuma sengaja tidak disenaraikan dalam senarai paling kaya di Malaysia.
tapi, nenek moyang kita ni pula cakap, kalau orang kita ni kaya-raya, itu mesti orang kuat kerajaan ataupun makan rasuah.
tengok sajalah perut mereka, semuanya boroi!

orang kita memang sesuai kerja kerajaan, kata nenek moyang.
sebab kerja rileks dan boleh baca majalah URTV.
sesuai, sebab dah memang tuhan jadikan keturunan kita ni suka hiburan dan makan gaji buta.

...................

orang cina ni rajin.
bangun pagi pukul 4, kata nenek moyang kita yang duduk kat kampung Melayu.
ntah dari mana mereka tau atau nampak orang cina bangun pagi-pagi.

maknanya, nenek moyang kita pun bangun pagi-pagi jugalah.
tak pun, bekerja hingga pagi buta, sampailah orang cina bangun tidur.

..................

yang keturunan kita expert, hanyalah bercucuk tanam.
jadi petani.
ternak lembu, kambing, ayam.
sebab keturunan kita ni buruk lantak.

tapi yang peliknya,
tak ramai pun orang kita ni jadi petani.
yang ramai kat pasar-pasar, adalah orang cina juga.
sebab tu kita panggil tauke sayur, tauke ikan.

..................

itu sebab bangsa kita tak maju.
itu sebab bangsa kita jadi penakut.
itu sebab bangsa kita cepat berpuas hati.

kalau anak kita lemah matematik, tidak mengapa.
bukan salah anak.
dah memang dalam darah kita ni hanya hebat subjek Bahasa Melayu je.

orang kita tak payah fikir jauh-jauh nak jadi kaya, nak berniaga.
sebab kita memang takda skill berniaga.
kita kerja saja dengan gomen.
takpun kerja dengan company mereka.
kita semua kena masuk sekolah cina, belajar cakap cong-ceng-cong-ceng.
senang dapat kerja.

kalau kita bangun tidur lambat, malas buat kerja pun tak mengapa.
bangsa kita memang berat buntot.
pemalas dan suka tidur je.

...................

kalau kita terus didik anak-anak kita begini, memang sampai bila la kita lemah.
bangsa lain asyik menggunakan trademark 'Melayu Malas', 'Melayu Bodoh'.
tu sebab bangsa lain ni lebih berkeyakinan.
sebab cara didikan mereka berbeza.

nenek moyang mereka selalu cakap "kita ni bangsa yang terhebat. pandai, rajin, dan boleh buat apa sahaja. tengoklah, di seluruh dunia ada orang kita, ada 'town' kita".

..................

"mereka nak bangun tidur pun malas, ada hati nak bangunkan negara!"

9 comments:

Anonymous said...

kepada anak2 melayu masa kini yang dah tau tok nenek orang melayu dulu2 dah buat silap, buat le mcm mana yang betul, spy melayu masa depan boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa2 cemerlang di dunia hari ini.

dari emak
smk rapat setia, ipoh

cucunenekkebayan said...

adoi.
mak aku sudah jd follower la plak.

hmm. tu sbb hier ckp 'nenekmoyang'.
bukan 'makbapak'.

hehe. salah opah kepada opah kepada opah ni. haha

sapik said...

alamak sapik la.....

sapi said...

iyelah mmg nenek moyang kita mmg bersalah...sbb didikan awal kita yang dididk agar percaya bahawa kita ni malas bodoh dan bengap...
namun jelas ketara bnde ni dibawak oleh penjajah...mentaliti ini diterap juga oleh penjajah...

namun nenek moyang kita x kurang juga hebatnya....
setelah beratus tahun dijajah...masih islam kita....

cuma kita terlalu bangga dengan kemelayuan...
agama kita ketepikan....
kita berpaksikan melayu lebih dari kita berkiblatkan islam

jadi hanya ISLAM penyelesaian konflik identiti melayu

Moque said...

lawak la john.
mak kau komen rupenye.
haha

bukan penggoda said...

ahahahaha. omak ekau. entri ni mmbwtkn aku brfikir. :)

cucunenekkebayan said...

hmmm. tak tau la sape yg mulakan dulu pemikiran bodoh ni. penjajah ke, atau memang kita sendiri. kalau tidak kerana pemikiran 'mat saleh itu hebat', takkan la kita dijajah.

ada kawan aku dari eropah sampai pelik kenapa org melayu mcm jakun tgk mat saleh! diorang rase mcm selebriti kat Malaysia ni.

p/s: lepas ni perlu lebih berhati2. mak aku pemerhati setia sebenarnya.

sapik said...

ahahah betul tu john...rase macam mat salleh tu a greater being

sapik said...

tapi aku rasa nenek moyang kita zamna tok janggut dan rakan2 cukup benci kita dengan penjajah...tapi skrg kita sayang pulak mereka ni...
disanjung tinggi