hehe

Tuesday, August 24, 2010

Mudah percaya.

tugas PAS untuk menambah ahli, dan menguatkan sokongan sedia ada sangat mudah.
geli hati bila baca komen rakan-rakan Nik Aziz dalam facebook beliau.

..........................


"kalau tok guru yang cadangkan, mesti betul punya!! dapat pahala. saya sentiasa di belakang tok"

"rasuah tak pernah terjadi di kelantan, sebab pemimpinnya adalah ulama! Allahuakbar!!"

"derma yang datang dari BN ni ntah halal atau tak..ni derma dari sebuah parti Islam, baru halal"

"ahhh..itu semua fitnah UMNGOK. takkanlah PAS nak buat macam tu! pemimpin kami ni orang kuat agama, bukan macam kamu!!"


.........................

jawapan aku kepada mereka yang berfikiran sebegini; berhati-hatilah.
jangan hanya tahu menyondol.

.........................

Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib berkata, "Penghancur punggungku di dunia ini ada dua orang, iaitu; orang yang pandai berbicara namun dirinya seorang yang fasik, dan orang yang bodoh namun selalu tekun beribadah. Yang seorang akan membela kefasikan dengan lidahnya, sedangkan yang seorang lagi akan membela kebodohan dengan ibadahnya. Berhati-hatilah dari para cerdik pandai (ulama) yang fasik dan para ahli ibadah yang bodoh. Karena mereka adalah sebesar-besar fitnah bagi setiap orang yang mudah terpedaya. Sesungguhnya daku mendengar Rasul saaw bersabda, "Wahai Ali! Hancurnya umatku adalah di tangan orang munafik yang pandai berbicara.""

Beginikah rasanya?

"Di ibu pejabat polis sama, Pemuda MCA dan Pemuda MIC pula membuat laporan polis terhadap Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menggesa kerajaan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan seperti yang dilaporkan dalam satu portal berita.

Kami minta polis menyiasat kerana ia berbentuk perkauman yang boleh menjejaskan sistem pendidikan di negara ini. Kami percaya kata-kata itu berunsur provokatif yang menyinggung masyarakat Cina dan India di negara ini, kata ahli Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon. BERNAMA " Sumber: Berita Harian Online, 24 Ogos 2010.

..........................

Oh. Begini rasanya.
Buku bertemu ruas.

hahaha
cing cong hak tuih!

Friday, August 20, 2010

Melayu Bodoh, Bajet Bagus.

sistem kuota atau hak istimewa Bumiputera sering diusik oleh tetamu kita.
bila Chua Soi Lek, mintak hapuskan ekuiti bumiputera 30% tu, orang Melayu majoritinya marah.
tapi ramai juga orang Melayu yang sokong.
ini namanya Melayu bajet bagus.
sebab mereka rasa, selama ini mak bapak mereka kaya, tidak ada kena-mengena langsung dengan isu ini.
sebab resepi kejayaan mak bapak mereka adalah berusaha sendiri tanpa menggunakan sistem kuota yang ada dalam agensi kewangan, kerajaan, pendidikan dan pemilikan aset.

mak bapak mereka kaya dengan usaha sendiri.
tidak pernah langsung merasa keistimewaan sebagai bumiputera.
mak bapak mereka, hanya pinjam dari ceti dan ah long untuk berniaga.
tak pernah mintak bantuan kerajaan sikit pun.
datuk nenek mereka, mak bapak mereka beli rumah dulu sengaja pakai nama cina.
sebab mereka rasa tak perlu diskaun bumiputera.

.....................

mereka juga tidak pernah mendapat faedah langsung dengan sistem kuota ini.
kerajaan hantar mereka belajar ke luar negara, sebab mereka memang genius, layak selayak-layaknya untuk hidup ditanggung oleh kerajaan ratusan ribu ringgit setahun.
sebab mereka yakin, pemilihan mereka adalah berasaskan 'pure meritocracy'.
JPA dan MARA mana pakai sistem kuota!

habis liberal la tu??!!
habis open-minded la tu??!!

.....................

Melayu bajet bagus macam mereka ni sebenarnya berlagak, lupa daratan dan bodoh.
kita pertahankan 30% ekuiti tu bukan sebab kita dengki dengan kejayaan mereka.
tapi sekadar untuk menjamin hak kita, agar tidak dikikis habis.
agar penguasaan itu ada hadnya.
ini juga salah satu bentuk neo-kolonialisme sebenarnya.
lama-lama, tetamu akan jadi tuan rumah!
apa lagi yang kita ada nanti?
bodoh.


.....................


analogi:

adalah 1.7 juta kuli lombong, penoreh getah di depan rumah kita.
kita kesian, sebab kita ni tinggi budi bahasa dan rasa simpatinya.
kita pula ada rumah yang tak guna, betul-betul sebelah rumah kita.
jadi, kita pun bagilah mereka duduk PERCUMA di situ.
buat la apa pun.
kita tak pernah kisah.

mereka ternak babi, ayam, kambing, lembu.
tanam buah-buahan, sidai baju dan macam-macam lagi dibuat di halaman rumah yang kita bagi tu.
kita senyum saja.
siap kadang-kadang tu, tolong sidaikan baju, bersihkan daun-daun kering mereka.

kita pula, tengok macam dah crowded sangat kawasan umah jiran tu, bagi la mereka usahakan tanah halaman kita sikit.
lagipun, kita ni tak berapa nak sihat.

tiba-tiba, setelah lebih 50 tahun menetap percuma di rumah kita, mereka berubah.
mereka marah-marah suruh kita robohkan terus pagar rumah kita tu.
senang mereka nak masuk rumah kita bila-bila.
sakit hati sungguh mereka dengan pagar rumah kita tu.
tak tau kenapa.

.......................

cuba ingat balik sejarah.
kita jemput mereka jadi rakyat Tanah Melayu, apa yang kita dapat?
Merdeka?
tu pun bukan mereka yang bagi.
kita bagi mereka KERAKYATAN.
kita dapat apa dari mereka?
kita cuma mintak mereka HORMAT sedikit sahaja hak istimewa itu.

tapi kini mereka pertikaikan dan minta janji itu dihapuskan.
maknanya, adakah kita perlu menghapuskan kerakyatan mereka sekali?
sebab idea hak istimewa bumiputera itu datang seiring dengan kerakyatan mereka.
itu memang janjinya!!

......................

hoi Melayu bodoh!
jangan jadi kacang lupakan kulit.
jangan lupa asal usul mak bapak nenek moyang kau.
kau pun belum tentu berjaya!

Sunday, August 15, 2010

Pantun Budi: Kita Rugi

yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga ,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa.

aku pernah cakap dulu,
yang melemahkan kita orang Melayu ni adalah sebab kita terlalu baik.
kita terlalu berbudi bahasa.

tengok sajalah macam mana orang Melayu meraikan tetamu.
pinggan cantik-cantik, makanan sedap-sedap semua untuk tetamu.
slogan 'buatlah macam rumah sendiri' begitu sinonim.
sampai tetamu lupa rumah siapa sebenarnya ini.

kita bagi sejuta kerakyatan percuma kepada orang luar.
kita bagi mereka hak kita.
saban tahun mereka mintak lebih lagi, kita bagi.
lama-lama, hak kita dihakis sedikit demi sedikit.

.......................

kita bertungkus-lumus menjaga adat dan budaya mereka.
sampai adat dan budaya sendiri tidak dipeduli.

sekolah vernakular ada, tapi mana sekolah Melayu?
ibarat tetamu kenyang, tuan rumah kelaparan.

mereka tidak bertutur dalam bahasa kita,
ibarat tetamu berkasut dalam rumah kita.

mereka pertikai hak kita,
ibarat tetamu merungut lauk dihidang tak cukup garam, tak cukup asam.

mereka buat tuntutan untuk mencabar kita,
ibarat tetamu minum cawan cantik, kita cawan sumbing.

kita, tuan rumah senyum sahaja.
'buatlah macam rumah sendiri, lain kali datang lagi'

..............................

sebab orang Melayu sudah dididik secara halus oleh penjajah dulu-dulu.
kita dididik supaya hanya berbudi bahasa.
budi bahasa adalah kelebihan dan kekuatan orang Melayu.
sampaikan pantun kita dipotong beberapa kerat oleh 'pengkaji sastera' kulit putih.

yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga ,
yang keras itu takal,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa,
yang tangkas itu akal.


sebenarnya pantun ini ada enam kerat semuanya.
yang menuntut kita supaya berbudi bahasa dan dalam masa yang sama menggunakan akal yang tangkas.
akallah yang akan menyedarkan kita untuk buat baik berpada-pada.

............................

supaya nanti, walau kita kata 'buatlah macam rumah sendiri', tetamu kita tak lupa diri.
supaya nanti tetamu kita tidak lagi 'berterima kasih daun keladi' dengan kita.

"terima kasih daun keladi,
lepas ni bagilah lagi"

Thursday, August 12, 2010

UM: Universiti Mangkok

aku turun LRT di stesen universiti waktu panas terik, jam 12.00.
berjalan kaki hingga ke bangunan yang ada CIMB, menurut arahan yang tertera dalam laman web.
pejabat bendahari la tu.

puas aku mencari tapi masih tiada tanda-tandanya.
tak nampak pun orang ramai beratur panjang.
tak nampak pun longgokan jubah berwarna biru gelap.

nasib baik ada seorang kakak ni tanpa disuruh, bagi tahu aku yang tempatnya sudah ditukar tanpa dimaklumkan; di dewan peperiksaan.
carutan pertama di bulan mulia sudah mula diucapkan.

aku berjalan lagi.
kali ini perlu mendaki anak tangga, dan bukit kecil di bawah panahan mentari.
peluh sudah mula menjelajah seluruh tubuh.

syukurlah dalam dewan peperiksaan ini ada pendingin hawa.
tapi, kejap sahaja rasa sejuknya.
panas satu badan bila dimaklumkan, perlu ke pejabat bendahari untuk membayar denda RM5 kerana lewat memulangkan jubah.
kemudian, bawa resit itu untuk disahkan di bangunan peperiksaan.
baru aku boleh ambil skrol.
carutan kedua dihamburkan, tepat ke batang hidung pakcik gigi rongak itu.
diikuti carutan tidak terkira selari dengan bilangan langkah ke pejabat bendahari.
perlu pantas, sebab kaunter pemulangan jubah akan ditutup jam 1.30.
maka, makin pantas carutanku.

ini trip 'pejabat bendahari-bangunan peperiksaan' aku kali ketiga.
aku sempat mengejar masa yang ditetapkan.
cuma yang aku risau, aku perlu pulang ke office jam 2.
itu janji aku pada kak normah.

selesai menunjukkan resit, diulang, MENUNJUKKAN resit, maka aku disahkan boleh mengambil skrol di seksyen peperiksaan.
tak jauh dari situ.
tapi, carutan seterusnya milik pintu kaca bertulis 'closed'.
aku tunggu sampai jam 2.05, baru ada orang yang bernyawa di depan kaunter nombor 3, untuk fakulti alam bina.

peluh, usah kira.
habis basah baju, seluar dan boxer.
kepala pening.
tapi, kepenatan mengambil skrol tidak termasuk dalam ruksah puasa.

tak apa.
semua ini akan terbayar dengan skrol degree aku.

........................

"dik, sila pergi ke perpustakaan. adik ada hutang rm1.40. pastu datang sini balik, ye"

kimak tak?

........................

dan carutan berterusan sampai ke saat ini...

















p/s: aku bawak kereta sebenarnya. yang naik LRT tu hanya imaginasi aku je. untuk kurangkan kemarahan aku, aku bayangkan orang lain yang lagi teruk kena. tapi tak berapa berjaya la. UM BODOH BAHALOL KALDAI UNTA

Friday, August 6, 2010

Status Facebook

di bawah ni adalah status fb aku yang paling byk menerima komen, pandangan, kecaman dan kutukan. haha.

kita memang akan marah, mengamuk, mengutuk dan mencerca sesuatu perkara yang ditempiaskan atau ada kaitan dengan diri kita.
kalau aku tambah perkataan 'SESETENGAH PEREMPUAN' atau 'SEBAHAGIAN PEREMPUAN' pasti keadaan akan jadi lain.
orang takkan terasa sebab mereka akan mengatakan yang mereka tidak termasuk dalam golongan 'SESETENGAH' atau 'SEBAHAGIAN' itu.

.............................

sebab itu banyak masalah di negara kita tak boleh selesai.
kita tak ada rasa kebersamaan.
contohnya, "kes jenayah di Gombak meningkat".
bila kita baca, kita takkan peduli dan ambil tindakan.
sebab kejadian itu hanya berlaku di Gombak sahaja.

.............................

"pekerja kerajaan pemalas"
maka, apabila pekerja swasta baca, tidak ada apa-apa kesan dan akan perasan rajin walaupun beliau hakikatnya pemalasnakmampos (ye, sekarang dah jadi satu perkataan).

.............................

jadi, inilah sebenarnya kebaikan bila kita generalize sesuatu perkara.
pukul anak, sindir menantu.
kill two birds with one stone.

.............................

"kalau perempuan nak panjat gunung, kita bagi. kalau perempuan nak seberang kutub utara seorang diri pun, kita bagi juga. tapi, kalau perempuan nak jadi lebih kaya dari lelaki, jgn biarkan. sebab dengan harta, mereka akan ingat mereka berkuasa. bila berharta dan berkuasa, lelaki akan dipandang hina oleh mereka," -facebook