hehe

Sunday, September 12, 2010

Melayu Sudah Lupa

aku sempat berbual dengan penerima pingat daripada King Edward and Queen Elizabeth atas perjuangan menentang bangsat-bangsat penjajah dan pembelot-pembelot negara di Tanah Melayu dahulu, sewaktu pulang berhari raya di kampung.

sempat juga berbual dengan anggota polis yang berbulan-bulan duduk di hutan, meninggalkan keluarga demi mempertahankan negara.

kisah-kisah yang dikongsi berkisar dengan penjajahan dan survival negara, bangsa dan agama.

.....................

peristiwa 13 Mei, lain benar daripada apa yang tertulis dalam buku teks.
peristiwa menentang komunis juga lain sama-sekali daripada apa yang dipertontonkan dikaca tv.
ini kisah benar, yang mereka sendiri lalui.

kisah bagaimana bangsa Melayu jadi hamba di bumi sendiri.
kisah bagaimana perpaduan Melayulah yang menjadi jalan penyelesainya.

.....................

susahnya hidup Melayu dahulu.
TV hanya milik sebuah keluarga dalam satu kampung.
kalau menonton TV, pasti ada jiran-jiran tumpang menonton melalui celah-celah tingkap.

paip air juga ada satu.
disitulah mandi, minum dan membasuh.

aku sempat pergi melawat tempat 'satu TV, satu paip air' itu.

.....................

sekarang ini, jauh sangat beza kehidupan Melayu.
kita sudah maju.
hasil kebijaksanaan pemimpin terdahulu.

tapi kitakan Melayu.
Melayu ni mudah sangat lupa.
lupa dengan sejarah, maka kita akan ulanginya.
maka kita akan kembali sama.
miskin papa kedana.

.....................

kalau dulu, kita marah sungguh dengan seorang artis yang mengaku bodoh berbahasa Melayu.
ada pula selepas itu, beberapa ahli politik Melayu pertikai keistimewaan orang Melayu.
sedangkan ahli politik itu belajar di uitm, universiti yang ditubuhkan khas untuk orang Melayu dan dijaga oleh perlembagaan 'hak istimewa Melayu'.

kini, saya bawakan pula kenyataan seorang pelajar Melayu tajaan JPA (juga istimewa untuk orang Melayu) yang belajar di sebuah universiti yang sudah dihakis perlahan-lahan identiti Melayunya.

A 21-year-old law student at the University of Malaya, says that affirmative action should be eliminated, even though her family has greatly benefited from it in the past. Her father acquired land to produce palm oil through a pro-Malay development scheme, and her three younger sisters received tuition for extra after-school studies. But now, "I think we need to change," she says. "We can't just let Malays stay in their comfort zone."

Read more: http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,2013695-3,00.html#ixzz0zFSuLQNj

inilah kenyataannya setelah puas keluarganya (bapak, 3 orang adik dan dia sendiri yang mendapat tajaan rm5000 setiap semester) menelan hasil hak istimewa itu.
kenyataan yang disambut dengan sorakan 'tahniah' daripada rakan-rakan bukan Melayunya.

dan disambut dengan makian daripada aku.

......................

aku tak boleh ceritakan di sini apa yang aku dengar sebab terlalu sensitif kalau dibaca.
silalah ringan-ringankan mulut bersembang dengan atuk, nenek, pakcik atau makbapak sendiri.

jangan tanya berapa harta mereka ada sekarang.
tapi tanya BAGAIMANA mereka boleh mampu berharta.
tanya sekali kisah-kisah dahulu kala.
waktu mereka lihat saudara-mara mati depan mata.
waktu mereka makan ubi kayu cicah gula.

kemudian pejamlah mata.
anda akan bersyukur dengan segala-galanya dan tidak akan lupa betapa pentingnya 'hak istimewa' itu dijaga.
betapa perlunya Melayu itu sentiasa berjaga-jaga.

.................

ingat, hak istimewa itu bukan sekadar untuk kepentingan ekonomi.
tapi ia untuk memastikan kita masih punya hak di tanah air sendiri.

19 comments:

Anonymous said...

saudara,

ingin saya bertanya di sini,
mengapakah umat manusia zaman sekarang lebih cenderung memperjuangkan bangsanya lebih daripada agamanya sendiri?

bukankah Rasulallah s.a.w pernah bersabda maksudnya: Wahai manusia ! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu.. Sesungguhnya bapa kamu adalah satu.. Ketahuilah ! Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan demikian tiada (kelebihan) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan tiada (kelebihan) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan TAQWA.. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu.Imam Al Bukhari r.a jilid 1 . M/s 131 : Hadis no : 1652

saya ingin meminta pendapat saudara di dalam hal ini
sekian terima kasih

cucunenekkebayan said...

bangsa Melayu adalah istimewa. perjuangn politik berteraskan kaum di Malaysia juga amat unik.

di Malaysia, apabila kita memperjuangkan nasib bangsa Melayu, secara tidak langsung kita memperjuangkan Islam. sebab Melayu itu mesti beragama Islam.

jadi, bangsa tidak tergadai, agama Islam juga diperkasakan. ini tektik serampang dua mata.

kalau kita memilih perjuangn agama semata2, bangsa pula akan dipinggirkan. sebab kalau kita jujur menilai situasi sekarang, parti politik yg memperjuangkan agama telah mengabaikan nasib bangsanya. demi kuasa politik, agama pula dipergunakan mereka. apa sahaja tuntutan bukan Islam, walaupun bertentangan dengan agama Islam, mereka terpaksa ikut. inilah namanya menggunakan agama untuk kepentingan politik.

jgn mudah percaya. sebab 'mereka' ini terlalu licik tipu muslihatnya.

cucunenekkebayan said...

kenapa pentingnya perjuangan bangsa di Malaysia?

sebab rakan senegara kita ini sanggup berbuat apa sahaja. pernah saya dengar, ada yang sanggup berlakon beragama Islam, semata2 mahu membuka restoran makanan halal.

maknanya, mereka sanggup berpura2 menerima Islam demi kepentingan peribadi dan survival bangsa mereka sendiri.

jadi, apabila kita hanya tertumpu kepada perjuangan agama semata2, secara senyap2 rakan kita itu menyebarkan fahaman mereka pula sedangkan kita jujur tidak memikirkan bangsa kita lagi. purely Islam sahaja.

akhirnya, Islam entah ke mana, Melayu jadi hamba di bumi sendiri.

PakSu Lamp said...

pd sya memperjuangkan agama itu lebih menjamin kedudukkan sesuatu bangsa...

jika kita memahami agama Islam itu sendri, kita akan sedar Islam bukan sekadar agama yg diamalkan dalam masjid sebaliknya Islam itu the way of life...

lebih menuntungkan jika kita memperjuangkan agama...kata2 saudara amat menarik cuma jika kita terbalikkan "apabila kita memperjuangkan nasib agama Islam, secara tidak langsung kita memperjuangkan nasib Melayu. sebab Melayu itu mesti beragama Islam." walaupun hakikatnya semakin ramai org Melayu murtad...

cuba bayangkan jika kita menyampaikan dakyah Islam (i mean mcm berdakwah sejak dr 10 thn sblum merdeka) pasti majoriti rakyat sekarang beragama Islam (termasuk apa saja bangsa) bukankah itu akan lebih menjamin keberkatan dan kekuatan org Islam...

tiada bangsa yg Allah jadikkan Istimewa atau lebih dr bangsa lain...cuba kita lihat bertapa Allah mengangkat bangsa Arab yg jahiliah hidup ditanah tandus,dipinggir ketamadunan kepada satu tamadun yg hebat dengan nikmat Islam dan pada ketika itu org kafir quriash yg mendiami bumi mekah diberi pilihan utk memeluk Islam atau keluar dr situ... dengan semangat keIslaman tamadun Rom yg kuat dan Parsi yg hebat jatuh satu persatu walaupun tentera Islam ketika itu amatlah sedikit...

hari ini kita telah membuatkan satu fahaman dimana sehinggakan org beranggapan Islam itu utk melayu...bila memeluk Islam anda memjadi Melayu...itu sesuatu yg salah...

disebbkan nasionalisme lah membuatkan bangsa lain menjadi berdendam dgn bangsa ini...antara salah satu faktor yg membuatkan tamadun Islam Umaiah, Abbasiyyah, Uthmaniah jatuh dan pecah satu persatu adalah nasionalisme atau asabiah yakni sifat atau fahaman kapitalis yg memperjuangkan agenda kebangsaan...selepas itu kita lihat tanah taklukan Islam berpecah satu persatu dan ketika ini mereka dijajah dan kekal sbg satu negara yg berasingan...

bukanlah kita ingin menyalahkan mana2 pihak...namun bangsa Melayu itu sendri punah kerana mereka makin Jauh dgn Islam...

mengapa perlu meletakan ideologi2 bangsa menjadi begitu penting sedangkan identiti Islam itu lebih utama...cuba lihat org melayu di Cape Town yg beragama islam...sungguh pun mereka tidak begitu taksub dgn sifat kebangsaan sebaliknya mengamalkan ajaran Islam sebaiknya, mereka tetap dikenali sbg bangsa melayu...

fokus dalam memperjuangkan agama Islam tidak akan merugikan bangsa Melayu...sesungguhnya itu adalah fisabilillah...jika kita berniat memperjuangkan agama Allah dgn cara yg diredhai pasti Allah akan membantu kita...

sya sendri belajar dalam institusi milik bumiputera dan kelihatan bangsa melayu sendiri sudah hilang identiti seorg Islam...

bukan maksud saya menentang perjuangan bangsa namun kita semakin taksub dgn smgt nasionalisme sehingga kita meletakkan undang2 tertinggi negara adalah perlembagaan negara...sedangkan Undang2 Islam itu spatutnya yg di utamakan...hal sebegini mampu memesongkan aqidah...kerana undang2 tertinggi adalah undang2 Islam...

akhir kata cuba kita lihat latar belakang pahlawan2 melayu seperti Mat Kilau, Datuk Lela, Datuk Bahaman, Tok Janggut...mereka mempunyai didikkan agama Islam yg sgt kuat...dgn keimanan inilah mereka bangkit menentang penjajah...

Islam perlu diutamakan kerana dr situ akan membawa manfaat dan kejayaan mutlak yg diberkati Allah dan bernaung dibawah keredhaanNya..

(sambung lg satu komen sbb panjang sgt) mohon maaf yaa...

PakSu Lamp said...

ini yg kedua...

bg saya pendapat saudara tidak salah...cuma ini adalah sudut pandangan saya...kita sama2 inginkan kebaikan dan manfaat bg bangsa kita...moga Allah membimbing2 kita dan lindungi kita dr perpecahan,penindasan serta kehinaan...semoga Allah menganjari saudara dgn sebaik2 ganjaran...

cucunenekkebayan said...

betul tu.
ia realistik, tp sangat sukar.
sebabnya, pejuang2 agama Islam di negara kita sangat lemah dan terlalu berpolitik. dahulu katanya mahu memperjuangkan hukuman hudud dan negara Islam. tp disebabkan rakan baiknya tidak mahu negara Islam, maka pejuang2 Islam sendiri mengalah. telanjang bulatlah perjuangan mereka, tinggal kuasa politik semata2 yg dikejar. tok janggut, mat kilau dan lain2 tu tinggal nama. semangatnya sudah diganti dengan semangat cin peng dan lee kwan yew dan karpal singh.

alangkah mudahnya usaha perpaduan di negara ini kalau berjalan lancar seperti yg saudara/i cadangkan itu. tp melihat tuntutan keadaan sekarang ini, sangat sukar untuk menggantikan perlembagaan dgn undang2 islam.

tp, kalau kita lihat kembali, kenapa tok janggut, mat kilau dan lain2 itu bangkit? sebab agama atau bangsa? tok janggut bangkit berjuang sebab bangsa melayu terbeban dengan cukai penjajah, bukan sebab Islam. cuma latar belakang beliau alim ulama Islam.

apa2 pun, kita kena realistik dan lihat keadaan semasa utk melakukan perubahan. yang berpecah sekarang bukan agama Islam, tapi bangsa Melayu. maka bangsalah yg perlu dirawat dalam senarai keutamaan. bagaimana ingin merawat bangsa Melayu? pendekatan Islam salah satu caranya. inilah yg dimaksudkan dengan serampang dua mata. Melayu terjaga, Islam terjamin.

dan bila bangsa lain melihat perpaduan Melayu kerana Islam, mungkin akan tertarik hati mereka kepada Islam pula.

PakSu Lamp said...

itu masalahnya perpecahan utama Melayu adalah akibat percanggahan dalam fahaman memperjuangkan Islam, sejarah pas dan umno memperlihatkan perkara itu...bagaimana rentetan peristiwa perpecahan dan penyatuan mereka...Melayu berpecah krn pepecahan Islam...itu realiti sejarah sebnarnya...

hamas dan fatah juga berperang krn pepecahan dlm memahami Islam...spt syiah dan sunnah...

konsep penyatuan yg Islam anjurkan mudah, bersatu dibwah kalimah la ilaha illallah muhammad rasulullah...cth pahlawan dahulu itu sbg utk menunjukan asas Islam itu harus bertapak dahulu dalam hati sblum Melayu bangkit semula...

yg plg utama kita sbg generasi muda harus memperbaiki diri, memelihara keimanan kita, mendalami ilmu agama, mengamalkan ajaran Islam dgn sebaiknya...
bak mutiara kata "rawat hatinya bangkitlah insan"...

''Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (QS Ar-Ra`du [13]: 11)

mungkin akibat sikap Melayu mudah lupa spt tajuk atikel saudara, lupa pd Pegangan Hidup Islam, lihat saja remaja yg bergaul tanpa batasan agama dan berbagai2 perkara kemungkaran...

''Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah nikmat dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.'' (QS An-Nisaa [4]: 79)

firman ALlah juga
“Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.” (QS.Ash-Shaff {61}: 5)

Jika sesorg mempunyai kuasa melupakan Allah, berlaku zhalim pada hamba-hamba-Nya, dan berlaku tidak adil dalam kekuasaannya, maka dia aakan hancur dan akan goyang sendi-sendi kekuasaannya. Firman-Nya, “Maka itulah rumah-rumah mereka dakam keadaan runtuh disebabkan kezhaliman mereka.” (An-Naml {27}: 52).

lihat saja muslimat yg menampakkan aurat mereka...bukan niat mencari keburukkan org namun itulah realiti pegangan Islam dikalangan org Melayu...ya memang sukar menjalankan perkara2 spt ini, bukankah dakwah pertama Rasulullah saw sendri itu sukar pd awalnya...

ia sukar tp tidak mustahil...

Anonymous said...

jadi apa yang mahu kita kejarkan sekarang?

keredhaan Allah atau ada perkara lain yang lebih penting?

sapik said...

perpaduan melayu memang itu yang kita buru,memang itu yang kita tunggu. namun kadang2 perpaduan melayu itu dijaja tidak dengan cara yang tidak indah, dijaja bagaikan cara perjuangan penuh darah.
di zaman berbeza dikala waktu yang berbeza...cara perjuangan tidak seharusnya sama!13 mei 1969 juga menyaksikan pembelotan melayu terhadap melayu meski ketika itu digelar sangat bersatu.

adakah relevan kesatuan melayu dibimbing oleh mereka yang tidak lah melayu sangat pon.....arak dan judi jadi mainan harian....
melayu dipimpin dan dipagari nafsu
bukan akal yang jitu
itu kita tidak mahu.

kita perlu ubah cara perjuangan...
bukan cara dahulu.kerana dah dikatakan kita pon ada tv sorang satu, takkan masih nak mengasap keris mahu memburu mereka yang tidak sebulu......

cucunenekkebayan said...

lem: macam ni. melayu mesti Islam, tp Islam tidak semestinya Melayu. di Malaysia pulak, majoriti Islam ialah Melayu. mcm mana kita nak sebarkan Islam, kalau majoriti penganutnya berpecah belah? ketika inilah pentingnya perjuangan bangsa dtg dahulu. masa Nabi Muhammad hijrah dulu, baginda satukan muhajirin dan ansar politically dahulu dengan piagam madinah, baru sebarkan Islam.

anon: perpaduan juga sesuatu yang diredhai Allah. kita taknak jadi mcm negara lain. mcm Iraq, Afghanistan, Iran, tu semua negara Islam. tp tiada perpaduan bangsa. akhirnya, Islam pun condong, tidak tertegak di bumi mereka. yg ketawa siapa?

syapik: takde siapa suruh angkat keris perjuang bangsa melayu. skang ni nak cari keris pun dah susah. dalam muzium je banyak. tak kesah la guna cara apa skali pun, yg penting kita kene create awareness and take actions.

cucunenekkebayan said...

syapik: oh ye. sila bagi nama2 manusia pejuang bangsa yg benar2 melayu dan Islam di negara kita ni.

sapik said...

tapi satu soalan jer la aku nak tnye.....adekah kesatuan melayu itu lebih penting dari kesatuan nasional?

sbb skrg ni kesilapan dibuat oleh pemimpin melayu terdahulu,dan we have to try to make it work.

kita bagi itu ini,kita mengungkit itu ini,mereka tak cukup itu ini,mereka tuntut itu ini.....kerana apa? kerana kita yang beri hak untuk mereka tuntut....kita kena la tanggung the consequences

haha kalau aku kasik nama mmg ko akan carik jalan nak paku aku balik....kehkehkeh baik aku main atas angin jer

PakSu Lamp said...

eh...jgn salah faham ya...
kaum muhajirin dan ansar itu Islam ya...

kaum ansar yg menyambut kedatangan Muahajirin itu adalah bermajoriti Islam...kerana dikalangan mereka ramai yg menerima Islam...

moga org Melayu kembali bersatu atas nama Islam...dan kembali mengamalkan ajaran Islam dgn sebaiknya...kerana bumi Malaysia ini amanah Allah kpd kita...

moga perjuangan murni kita ini dirahmati dan diberkati Allah...
tidak salah memperjuangkan bangsa krn itu fitrah manusia...selagi perjuang itu atas dasar kasih sayang dan cinta...slagi perjuangan itu krn menegakkan Islam...inshaAllah...

cucunenekkebayan said...

lem: yelah. maksud aku, yg diutamakan ialah perpaduan dahulu. sebab payah nak sebarkan Islam kalau rakyatnya tidak bersatu padu.

sapik: kesatuan Melayu itulah yang akan membawa kepada kesatuan nasional. mana boleh kita capai kesatuan nasional kalau entitinya tidak bersatu. dah la entiti majoriti.

ko tak boleh bagi nama, sebab tiada nama yg layak disenaraikan.

azzairirosle said...

hahaha..aku rase aku taw sape yg cakap mcm tu sebab aku berada di tempat kejadian.haha..

cucunenekkebayan said...

tolong nasihatkan minah tu. jgn lupa diri. mentang2 bapak dia, adik beradik dia dan dia dah sedut habis2 keistimewaan tu, dia suh hapuskan lak? kenapa bapak dia guna keistimewaan tu? kenapa time dia dapat JPA, tak ingat lak nak hapuskan hak istimewa tu? takpun, suh dia pulangkan semua yg pernah dia rasa. belajar pakai duit sendiri, tanah kelapa sawit tu pulangkan balik. tolong suh dia jumpa aku. kasi brainwash sket.

azzairirosle said...

haha..relax john..aku terkejut gak bila dia cakap mcm tu..biasela john, yg interview ktorg aritu mat salleh, so nak show off la kot..tu la, susah kalu org cuba nak cakap sumthing yg ambitious tp takde ilmu. main dengar je cakap org lain then tiru.huhu .ko bace katne? komen aku kuar tak?

sapik said...

haha bagi aku ada yang layak dinamakan...ada orang yang aku masih hormati sebagai kepimpinan islam sejati di malaysia ini.....cuma aku tggu masa dia utk lebih menyerlah

bagi aku hak melayu mmg perlu...kerana mahu atau tidak....dari segi sejarah mmg ini tanah kita....

tapi bagi aku disebabkan permasalahan ni bermula dari pihak kita sendiri...
maka skrg kita bagaikan bangsa hipokrit dan buruk siku jika kita asyik melatah akan bnda yang sama

aku faham perjuangan kau lain...
tapi aku dah tgk mcam mana mereka yang pro melayu yang lain berjuang...
betapa jumudnya cara mereka

dan bagi aku tuntutan2 patut dihentikan dari kedua2 pihak