hehe

Wednesday, October 20, 2010

Hang Tuah dan wanita UMNO

nota:

UMNO adalah parti untuk orang Melayu.
fungsinya untuk memartabatkan Melayu.
maka, tidak kira lelaki, perempuan atau wanita, pemimpin-pemimpinnya perlulah tebal jiwa Melayunya.
sekurang-kurangnya, perlulah lebih tebal daripada make-upnya (bagi perempuan dan wanita).

.............

semangat ini ditonjolkan.
tapi penuh kemusykilan di mata aku.

terutamanya oleh wanita-wanita yang memakai baju kemeja putih dengan lambang UMNO di dada; sebelah kanan kalau tak silap.
penonjolan ini sangat jelas.
terutamanya apabila lambang UMNO itu, ditonjolkan ke depan sedaya-upaya.
kuat sungguh semangat UMNO mereka.

wanita-wanita ini semua mengaku ahli UMNO.
rambut kuning, tapi UMNO.
seluar ketat, tapi UMNO.
dah tak reti cakap melayu, tapi UMNO.

rupa-rupanya,
ada beza antara Melayu dan Melayu UMNO.

...............

"how long to wait?" kata wanita UMNO itu.

ketika ini, ramai yang rasa nak tarik rambut kuningnya sebab beliau terus kehadapan, tidak beratur macam orang normal yang lain;
yang juga Melayu.
yang juga UMNO, walau tidak berkemeja putih seperti beliau.

bangla itu tidak menjawab.

"hey, this is for UMNO. I'm UMNO" kata wanita itu penuh sopan.
kenyaringan suaranya itu sudah ditakdir tuhan.
bukan salah beliau.

mendengar penjelasan wanita itu dari UMNO, terkencing-kencing bangla itu menjawab.
"satu jam boleh siap, puan"

"ok. 1 hourS from HERE i come collect. don't late" katanya tegas dan terus beredar.
ketegasan penting untuk jawatan penting dalam UMNO.

................

aku pejam mata.
aku cuba bayangkan suatu keadaan ni:

Hang Tuah sedang menggenggam keris taming sari di tangannya.
di hadapannya ada Hang Jebat Derhaka dan wanita UMNO itu.

siapakah yang akan ditikam Hang Tuah?

17 comments:

Anonymous said...

haha...
itu lah umno baru...
gaya lebih penting dari perjuangan...
duit lebih penting dari kebajikan...

cucunenekkebayan said...

anon: aku suka penggunaan 'umno baru' itu.

Anonymous said...

hang tuah akan bunuh wanita umno tu. betul tak john? haha

anonxanon said...

ni ntol aku ker?hehe...ni ker post ntok aku uh?hehe

zan-get-sue[change_the_world] said...

rasanya dah lama dah orang dok nampak wanita UMNO yang macam tu.....sbb dah bertaun aku tgk perhimpunan agong...puak2 wanita UMNO yang tak melayu la yang agak selalu difokus dek kamera TV3...setak silap aku la kan....diorg ni dari kelompok isteri2 muda@tua@mak datin@anak2datuk orang2 lama UMNO......

Anonymous said...

dah daftar sebagai ahli umno...

mak.

cucunenekkebayan said...

anon: xtau la. tanya hang tuah. hahaha. lawaknya aku!

sapik: diorang ni la yg buat org menyampah ngan umno. org tak benci umno, tp benci ahlinya.

mak: sila keluar jadi ahli. nnt kene kutuk skali ngan cucunenekkebayan! haha

maben: nnt la aku tulis pasal ko. tajuk dah ade. "Persatuan Kita wajar ganti UMNO!"

siddiq said...

cmne nak like byk2 nih? hahaha,
syok-ed piece!

cucunenekkebayan said...

siddiq: hahahaha. like aku limitkan skali je. haha

Noraishikin Mohd Salleh said...

aku suka sangat apa kau kata wahai cucu nenek kebayan. inilah apa yg aku maksudkan dlm blog aku.mgkn penceritaan aku tak sebaik ni, aku kena hentam dek anonymous mana ntah.

klu rajin singgah la dan drop ur comment ;)

http://cikinto.blogspot.com/2010/10/m10e16-sidang-jangan-tak-sidang.html

zan-get-sue[change_the_world] said...

tapi kan bro....aku benci umno sbb umno tu sendiri...dah rosak...dah hancur luar dalam.....macam dah x de sinar harapan......

cucunenekkebayan said...

cik into: baiklah. kalau ada kelapangan saya akan drop a comment. btw, blog anda juga sangat menarik!

sapik: jgn sebab nyamuk, kelambu dibakar.

zan-get-sue[change_the_world] said...

dah nyamuk ada kat dalam...ada kat luar kelambu...baik aku bakar kelambu agar asapnya menghalau nyamuk2 dan mungkin membakarnya sekali :)

cucunenekkebayan said...

bagus. maka terbakarlah rumah dan kau sekali.

cucunenekkebayan said...

bagus. maka terbakarlah rumah dan kau sekali.

zan-get-sue[change_the_world] said...

bakar terkawal~xdela bakar mcm org hilang akal~ahahaha

Diyana said...

John,lama xbaca blog ko..kerana sibuk berkerja untuk UMNO. bleh camtu?sebenarnya teruja nak baca ko tulis pasal perhimpunan agung UMNO ngan PRK galas&batu sapi..nak baca pe komen ko..huhu..leh msk dlm analisis report ak kat office..wink!..so,pendapat ko yg sgt menarik..aku suke..