hehe

Wednesday, July 13, 2011

BERSIN 4.00 (FLAT)

aku tak tau sampai bila isu Bersin kelolaan Tambiga akan habis dibincangkan.
tambah memeningkan kepala bila Pak Lah antara dalangnya.
setakat A. Samad Said takpa la lagi.
dia pun tak terurus bersih, ada hati nak bersihkan negara.
sikat la rambut tu, uruskan janggut tu.

.................

1. OKU dan orang tua

ramai yang simpati bila tengok gambar-gambar OKU dan pakcik tua semput ditahan polis ketika operasi membersihkan Bersih tempoh hari.
tapi kita jangan lupa pada bidalan " a picture speaks a thousand words" itu.

pada pandangan aku pula, gambar-gambar itu menceritakan betapa terdesak, kejam dan bangsatnya perjuangan PAS, PKR (sengaja ditiadakan DAP) ini hingga sanggup menggunakan OKU dan orang tua untuk kepentingan politik.

memang strateginya begitu.
orang tua, OKU digalakkan turun.
mak bapak digalakkan membawa anak kecil seawal usia 5 tahun ke demonstrasi AMAN ini.
supaya, bila polis ambil tindakan, nampak kasar dan tidak berperikemanusiaan.

ada melayu bahalol konon bijak bagitahu aku, mak bapak bawak anak kecil tu sebab itu perhimpunan AMAN. haha
macam mana kau masih boleh agak perhimpunan itu aman sedangkan roadblock 3 hari sebelum dah dibuat seluruh KL.
beribu orang polis bersedia 24 jam.
trak bomba, FRU, black maria beratus biji menanti.
diisytiharkan pula oleh kerajaan ianya PERHIMPUNAN HARAM TANPA PERMIT!

agak-agaknya AMAN?

.........................

2. Bersin tidak bermotif politik

haha.
ini paling kelakar.
kata pandai sangat membaca politik malaysia ni.

kalau bukan bermotif politik, kenapa yang sokongnya orang PAS dan PKR sahaja (sengaja ditiadakan DAP)?
kalau bukan politik, kenapa kerajaan Selangor hulur duit untuk Bersin?
kenapa selepas Bersin ni terus ada page di facebook desak DS Najib letak jawatan?

kalau bukan politik, habis apa?
hak asasi?
hahahahaha.

kau menuntut hak asasi kau dengan berarak beribu-ribu orang, kau ingat tak mengganggu hak asasi jutaan orang lain????

....................

3. Pilihanraya bersin dan adil

ini paling aku selalu dengar, tapi masih tak faham.
selama ini, tak adil ke?
selama ni, tak bersih ke?

ni yang aku ragu-ragu dengan kemenangan PR ni.
dah berpuluh tahun PAS pegang kelantan, atas tiket bersih atau penuh rasuah dan penipuan?

kalau benar ada pengundi hantu, mana??
tolong jangan bagi jawapan bangang.
"nama pun hantu, tak nampak laaa,"

.....................

kita kena jaga-jaga.
jangan cepat ikut telunjuk orang.
jangan juga cepat ikut hati sendiri.

kalau betul pun tak adil dan zalim kerajaan sekarang, perlu ke kita desak sebegitu rupa?
perlu ke kita ikut mesir dan libya?
anda yang menuntut demokrasi, tapi pakai teknik junta tentera.

INGAT, DEMOKRASI DAN DEMONSTRASI ADALAH DUA PERKARA BERBEZA.

3 comments:

tamsis said...

nasib baik xde yg claim..pakcik yg mati tu mati syahid sbb mati kerana menegakkan keadilan..busut!

-cry reen- said...

bkn dh ade yg claim cmtu ke? kononnya jihad menentang kebatilan..

ibra said...

SATU. kt Malaysia ni, sume pon mau politik maa~ isu pendidikan pon, apatah lagi Bersih.

DUA. kawan bapak aku terang2 ckp nak g some place sbg pengundi hantu tp masa tu aku kecik lagi la aku pun dgr dari mak ayah aku. athoi!

DUAstengah. tempat aku pekan kecik pun ada pengundi hantu. pekan kecik, sume org kenal satu sama lain, tibe2 duatiga bas datang orang luar masa pilihanraya, apekes? athoi!