hehe

Tuesday, November 29, 2011

POLITIK JIJIK BARISAN NASIONAL

Pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional, bakal-bakal pengundi barisan nasional dan penjilat-penjilat buntot ahli politik Barisan Nasional sekalian.

Korang nak sangat suara anak muda didengari kan? hah, ini suara aku, seorang anak muda berusia 23 tahun, yang baru sedar tentang kejijikan method politik Barisan Nasional, seusai Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011 tadi.

Ya, aku tewas peringkat akhir tadi. tapi itu bukan sebabnya. bukan aku tak pernah merasa kekalahan lagi hina daripada ini.

Aku bukan cyber trooper upahan Pakatan Rakyat. Bukan juga peminat mereka. Seluruh keturunan aku adalah penyokong tegar Barisan Nasional. Malah aku sendiri pernah dilamun cinta Barisan Nasional.

...................................

kita tolak tepi penganjuran macam sampah oleh Unit Pidato Pemuda BN.

tapi kita perlu lihat bagaimana sistem politik yang diamalkan Barisan Nasional puluhan tahun lamanya dalam (aku percaya) SEMUA acara/program yang dianjurkan mereka, berfungsi.

1. Pemuda BN punyalah memandang hina anak muda, bila nampak sangat cuba menggunakan 2 orang perempuan gedik nak mampos menjadi pengacara majlis. cakap pun tak betul, tergelak sana, tergelak sini,  terjerit sana, terpekik sini. kononnya, orang muda kalau tengok perempuan cantik (boleh la) akan lebih tertarik dengan program ini. Akibat terlalu gedik, mereka mengajak audience untuk menyanyi2 pada waktu maghrib. Tapi selamatlah ada orang lain yang tegur (floor manager dari ASTRO).

2. Tektik menggunakan betina gedik digunakan sekali lagi ketika persembahan selingan. Tiba-tiba, dalam pertandingan PIDATO POLITIK, persembahan selingannya adalah nyanyian goyang2 ponggong, pegang2 tangan oleh 2 orang wanita berseluar ketat (yang kemudian mengaku sebagai artis) sambil disambut jeritan "kocak!! kocak!!" (lancap!! lancap!!) oleh hadirin berbaju biru dan putih merah.

3. tak pernah dibuat dalam satu majlis, 2 kali lagu Negaraku dinyanyikan bersama. Satu untuk menyambut ketibaan Timbalan Ketua Pemuda BN dan sekali lagi ketika ketibaan KJ. Urusetia keliru nak kipas timbalan atau ketua pemuda.

4. Penonton disuruh bertepuk tangan, duduk rapat-rapat penuhkan kerusi supaya nampak cantik dalam gambar dan rakaman video nanti. sampai ada peserta yang dah turun pentas, kena naik balik dan berlakon menuruni anak tangga sambil mendapat tepukan. video ini akan dipersembahkan kepada DS Najib dan DS Najib akan berasa kagum dengan Pemuda BN. KJ dapat nama, sambil balaci-balacinya tersengih2 mengutip t-shirt2 percuma sebagai kenangan. Dasar dan tindakan kerajaan juga akan dibuat hasil daripada kajian maklumat2 rekaan syok sendiri ini. tu sebab tak berkesan!!

5. Masih banyak kerusi kosong. Lantas, cadangan bijak penganjur ialah dengan meletakkan pelajar-pelajar sekolah yang tak tahu apa, mat-mat rempit berbaju melayu putih bersamping UMNO (dilondehkan sampai paras punggung konon stylo) sebagai penonton. mereka bukan penggemar pidato, apatah lagi PIDATO POLITIK. lalu mereka bersembang, keluar masuk dewan (yang kecik nak mampos), main hp, bukak fb, sampai peserta terganggu. dengan umpan, cabutan bertuah!

6. Kau gagap macam mana pun, tak fasih bahasa Melayu pun, cakap apa orang tak paham, tapi kau masih boleh masuk final DAN MENANG asalkan kau cina. sebab kuota peserta Cina perlu dipenuhi. inikan pemuda BN yang mendokong 1Malaysia. (Walaupun salah satu drp 8 nilai utama 1Malaysia adalah MERITOKRASI!!)

7. Peserta tak perlu huraikan isi pidato sangat. cukup sekadar buat lawak bodoh, terpekik terlolong, maki hamun PAS, PKR, DAP, Anwar Al-Juburi, Nik Ajis, Karpal Singh dan mendapat teriakan/sorokan penonton sudah cukup melayakkan diri kita sebagai pemenang. Soalan pusingan spontan pun TAK PERLU JAWAB! gunakan sahaja alasan tak cukup masa nak jawab dan bila penonton ketawa terbahak2 sebab kebodohan jawapan kau, maka kaulah bakat yang dicari oleh BN! Unit Pidato BN mengembara seluruh negara mencari bakat seperti kau, sebagai badut politik BN.

8. Mula-mula kata peserta final hanya 10 orang. tapi tiba-tiba, secara senyap-senyap ada dua peserta yang sudah kalah di semi-final, di masukkan pada peringkat final. mungkin sebab beliau ada FAN CLUB SENDIRI (ye, peserta itu ada fan club) maka akan NAMPAK meriahlah acara nanti. atau adakah mereka ini bakal bertanding di bahagian masing2? nanti adalah benda nak buat orang kampong kagum.

.......................................

Wahai ahli politik BN, tukarlah cara.
aku sebagai orang muda, LOYA dengan cara salam cium tangan, tepuk terpaksa, terpekik2 "1Malaysia" (sambil diberi arahan jari telunjuk PERLU diangkat paras bahu) dan "hidup BN!" itu.

Kalau dah terdesak sangat pun, janganlah NAMPAK sangat nak gunakan ARTIS dan PEREMPUAN untuk tarik minat anak muda. 

Buatlah sesuatu acara dan program itu dengan seikhlas hati. dengan niat betul2 mahu menaikkan nama BN di HATI RAKYAT, BUKAN DI HATI BOS KAU UNTUK KAU NAIK PANGKAT atau jadi calon bahgian!!!!!

Akurlah kepada realiti. 
Kenapa korang lebih rela memalsukan tepukan, daripada menganjurkan satu acara yang MENDAPAT TEPUKAN GEMURUH, IKHLAS daripada orang ramai???

Jujur aku bagitahu, banyak idea2 baru yang dibawakan oleh BN (pemuda) yang bagi aku sangat bagus dan fresh. rupa-rupanya, idea sahaja fresh, tapi pendekatan sudah lama BASI!!

.......................................

hhmmm..tak tahulah.
aku betul2 kecewa dengan BN.
baru aku tahu, macam ini rupanya kehidupan ahli politik dan politician wannabe.

BN sudah hilang seorang anak muda, tukang kempen kedai mamak (dan facebook, blog) percuma mereka atas kebodohan Pidato Politik anjuran kepala taik Pemuda BN.

Cukuplah dengan 3 acara mereka aku sertai.
Muntah hijau aku bila fikirkan.
pemimpin angkuh, bongkak, takbur, bodoh.
pengikut bahalol, penjilat, bacul, barua org melayu!
Korang sertai, ikut dahulu, barulah korang akan FAHAM.

"tell me, and i will forget.
Show me, and i will remember.
Involve me, and i will UNDERSTAND!!!"

.......................................

BN pilihan orang muda konooonnnnnn!!!!
Tuuiiihhhhh!!!!

aku akan berkempen untuk generasi sezaman aku untuk menolak mentah2 BN.
moga kalah PRU nanti.
supaya mereka belajar sesuatu,
the hardest way.


14 comments:

nana said...

Yg paling basic, tiada time off untuk waktu solat. Main rempuh. Aktiviti menjelang maghrib diisi dgn hiburan perempuan2 murahan yg dibyr BN untuk menynyi tergedik2 di atas pentas. Come on BN! Pembangkang nampk ni naye korang wei. Yg ckp ni pn bukan alim sgt tp sedikit sebyk Kecewa, marah. Seriously, BN bukan pilihan saya.

Anonymous said...

sambil diberi arahan jari perlu telunjuk diangkat paras bahu.

welcome to d true democracy hieq,
u get involved, now u understand..
gadis2 gedik, i like:)

-cry reen- said...

if perlu mengundi, sy terpaksa pangkah BN. sbb BN bagus? tak.. mmg camtaik most of the times. tp apa plhn yg kita ada? menolak BN mentah2 lalu siapa yg patut dipangkah? parti Islam yg menjadi kuda kafirkah? parti mata lebam yg penuh dengan benci dan dendamkah? atau parti anti Melayu Islam dr zaman tok nenek kita dulu tp bermuka 3 untuk menang undi Melayu? atau cuma berdiri atas pagar?

seriously BN perlu berhenti dari menganggap rakyat ni kotak mainan, yang semudahnya boleh diperbodohkan

cucunenekkebayan said...

Nana: betul. BN bodoh membuka ruang untuk dibalun pakatan. dah melampau la BN skang ni. event syok sendiri, pastu control media paksa publish story untuk dapat publisiti murah diorang ni.

Anon: demokrasi BN? gadis gedik pakai beg LV. ditaja?

Cry reen: sbb itu aku takkan mengundi. dua2 sampah. jgn jadikan diri kita terpaksa mengundi. siapa kata hukumnya wajib mengundi? kalau ada selonggok tahi anjing dan selonggok tahi babi, dua2 pun kita tak perlu pilih.

realpolitic said...

gadis gedik pakai beg LV tajaan Rosmah

sapik said...

ko alami ape yang aku pernah alami waktu bekerja dengan PAS...macm timbul satu kesedaran akan betapa bengapnya orang politik kita...tu lah sbb aku cakap sebelum ni...aku x kan undi PAS sbb aku rasa diorg mmg x leh buat keja kalau memimpin...budak2 PAS xyah nak panas bontot la...aku dah siap meeting dengan presiden dan majlis tertinggi kot...so x yah la cakap yang PAS tu solusi terhadap BN...


BN pulak mmg dah lama sampah...sejak dari zaman Mahathir lagi...politik cium tangan walhal cium bontot ni dah bertahun2 jadi makanan yang disuap2 buat mereka yang mengankat bndera keris berpalang...

sekarang aku still akan mengundi..tapi aku mengundi atas calon..bukan atas parti..kalau aku tgk calon kawasan aku ok...aku pangkah..x kiralah dacing atau bendera oren

akuniracist said...

Aku setuju dgn sapik.Mana2 parti politik kat malaysia ni semua macam babi.Apa yang penting penuhkan temolok sendiri...pastu sapa yang pandai isap telor,jilat jubor akan dapat kekayaan sewenang-wenangnya tanpa perlu berusaha keras.

Apapun untuk PRU-13 nanti undilah calon yang bertanding dan bukannya parti yang di wakili sebab "PARTI2 POLITIK KAT MALAYSIA NI SEMUA MACAM BABI" BHAHAHAHA.......

PASIST said...

Pakatan akan melangkah bergaya ke Putrajaya nanti...inshaallah.
TAKBIR!!!!!!

-cry reen- said...

cunekkebayan;

previous election ckup umo aku 21 tp aku x g ngundi, reasonnya sbb aku x pasti sape yg btul2 berjuang utk rakyat, bkn berjuang utk diri, keluarga atau parti sendiri. tp nak jd cerita, tibe2 Perak jatuh kt tgn PR, n Nizar diangkat jd MB.. 11 bulan Perak dlm tgn PR, PAS biar Nizar jd puppet DAP melalui kerusi MB. Melayu (Islam) diperkotak-katikkan sewenangnya. Post2 penting n jwtn2 exco kerajaan negeri Perak masa tu xde sorg pn Melayu except for exco hal ehwal agama Islam.

Mmg BN ni hampeh.. nak ikutkan, xde sape pn layak dpt undi aku. tapi nak xnak kdg2 kita tpksa plh 1 yg terbaik dlm kalangan yg buruk2. untuk apa perlu pilih tu entahlah. tp yg pasti, sekurang2nya bila tanah kau dapat kt pemimpin patung yg jd kuda kafir, kau tak lah rasa teruk sangat sbb kau dah pergi mengundi.

sapik said...

err LOL wut? haha ur argument is a bit weird there....dah orang negeri kau pilih DAP sbb mostly cina...mesti la exco ko cina? right....so that is democracy..nak tak nak kena faham dulu demokrasi baru kita nak tunggang terbalik mengamuk pasal bangsa2 ni....hmmmm.....



aku rasa lebih baik jadi juara demokrasi dari juara kontroversi

-cry reen- said...

sapik :

it's not an argument.. the previous comment was my stand on why i OUGHT TO pull my vote in the next election, a respond to CNK's comment, xde pun dalil yg kata kita wajib mengundi. mmg x wajib, tp sometimes, ada masanya dan ada ketikanya, ada pkra yg akan menyedarkan kau bahawa mengundi tu 1 kewajipan.

seluruh perak mostly terdiri drpd Cina? ya ke? i'm not talking about a town like kampar or ipoh, i'm talking about EXCO NEGERI PERAK. ni bkn soal bangsa. Ni psl kesian n sedih, bila tgk MB Islam kau dah mcm kerbau berlebai yg hidungnya ditarik untuk ignore dan dibutakan matanya bila rumput n tanah yg patutnya jadi tempat dia membajak, makan n beranak-renek, dah jadi hak milik bangsa lembu, sapi dan babi. kau faham?

Anonymous said...

pemikiran cry reen tepat..selari dengan aku..setuju..tetapi,kadang2 kita kena ajar jugak UMNO ni..mereka menjadi mentaliti, fahaman dan pegangan macam ni sebagai alat nak kutip duit dan kuasa.,..

Anonymous said...

PERANG MELAYU CINA BERMULA!

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/12/perang-ekonomi-melayu-cina-bermula.html

Anonymous said...

congraaaaattttssss~! hehe. aku sentiasa doakan urusan hang dipermudahkan. ameen. ^_^



-uplb student.duh.